Bab 6

28.9K 942 14
                                    

"Eh, minah ni ! orang tanya dia, boleh pula dia termenung. Apala. Kalau dah sah-sah minat kat mamat tu cakap je lah.'' kata Hanis.

''Erk. Takde maknanya aku nak suka dekat orang psycho macam dia tu. Eii dah la tak hensem pula tu.'' Elak Syafika. Tiba-tiba perbualan sepi. Hening. Kelas pun senyap.

' kenapa ? ' Syafika tertanya tanya.

"Kenapa wei ? Asal kelas senyap semacam aje.'' Tanya Syafika kepada Hanis.

Mereka melihat classmates yang lain semua pergi ke luar kelas. Dilihatnya si Batrisya sedang menumbuk numbuk Ammar.

''Psst, apasal dengan minah senget tu ? '' bisik seseorang kepada kawannya. Nasib, aku terdengar perbualan mereka.

''Aku dengar, cinta si Batrisya tu ditolak oleh Ammar sebab Syafika.'' kata kawannya. Aku terkesima.
Aku cuba membuat muka selamba.

Tiba-tiba Batrisya datang menghampiri Syafika.

''Eh, dasar perempuan murahan ! EX-boyfriend orang juga kau nak rampas kan ? Dasar junior form 4 yang gatal ! '' Selepas itu Batrisya ingin menampar muka Syafika. Namun tangannya digenggam kemas oleh Syafika.

''Sorry, sekarang apa kena mengena dengan masalah akak dengan saya ? Yes saya sedar saya junior akak. Akak kan senior akak kena berfikiran rasional sikit. Saya pun tak tahu apa masalahnya, sekarang akak nak marah saya pula.'' kata Syafika dan melepaskan genggaman di tangan Batrisya.

''Akak, akak. Siapa kakak kau ? wei, kau jangan nak buat tak tahu la. Kau dah rampas EX-boyfriend aku ni kan ? boleh kau buat bodoh dasar sial ! '' Batrisya terus menampar Syafika hingga terjatuh.

''Batrisya ! '' tengking Ammar. Batrisya terkejut. Hanis terus ke arah sahabatnya yang sedap memegang pipi yang kesakitan.

"Apa ?! You asyik bela betina je kan ?! I ?you tak pernah bela I. Asal you kejam sangat ? " kata Batrisya.

"You, I. Eh, perempuan gedik ! Kau jangan nak perasan la. Kau yang murahan. Juak diri dekat lelaki. Siapa yang nak dekat kau ? Dah lah pernah buat maksiat dengan si Syahikhwan iblis tu kat stor sekolah. " balas Ammar sambil tersenyum sinis.

Semua orang memandang Batrisya. Dia menjadi terkedu dan tidak berdaya untuk melawan. Kenapa ? Sebab dia memang pernah buat benda tak senonoh masa dia couple dengan Syahikhwan. Now, bila dia dah pregnant dia datang dekat Ammar balik. Memang tak la dia nak jilat balik apa yang dia dah ludah.

"You kejam ! Wei betina, kau tunggu balasan daripada aku ! " kata Batrisya kemudian lari dari situ.

Apa masalah diorang dengan aku ? Pelik. Aku takde buat apa apa pun. Bisik hati Syafika

CHANDELIERNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ