Bab 7

27.5K 896 7
                                    

Ammar mendekat. Semakin dia mendekat semakin Syafika menjauh. Kemudian Syafika mengambil keputusan untuk pergi ke kelas.

Ammar berasa bersalah. Batrisya tu memang nak kena ! Bentaknya di dalam hati.

"Ammar, sorry kau tak boleh jumpa dia sekarang. Firasat aku mengatakan dia terpinga pinga kenapa masalah kau dengan Bat, libatkan dia. So, baibaii." belum sempat Ammar membalas Hanis telah pun masuk ke kelas.

Kemudian semua yang di situ pun bubar.

'Apa yang aku nak buat ni ? ' bisik hati Ammar.

Ammar berjalan ke kelas. Kemudian Cikgu Ashraf, cikgu sejarah datang kepadanya.

"Ammar, " panggilnya.

"Ya, saya cikgu. Kenapa ?" jawab Ammar lembut.

"Sekarang waktu sejarah di kelas 4 Shafie. Saya tak masuk sebab ada mesyuarat tentang camping tu. Jadi, saya nak kamu dengan kawan kamu jaga kelas saya okey." kata Cikgu Ashraf.

Alahai, satu masalah. Masalah yang lain pun datang. Huh. Ammar mengeluh.

"Kenapa Ammar ? Taknak ke ? Kalau takna saya boleh arahkan yang lain." kata Cikgu Ashraf.

"Err, tak lah cikgu ! Saya nak je. Kejap saya pergi panggil Arik ya. Assalamualaikum cikgu." jawab Ammar.

"Waalaikumsalam. Terima kasih ya." kata cikgu Ashraf. Ammar hanya tersenyum dan terus ke kelasnya.

**
Ammar sampai ke kelas dengan tercungap cungap. Aril mendekati kawannya sambik menepuk bahu kawannya itu.

"Wush bro, dah tau bulan puasa asal kau lari lari ni ? " kata Aril.

"Sebab lagi 5 hari kita nak puasa la aku lari. Nak dapat pahala lebih." perli Ammar.

"Alah kau, perli je kerja. Tay la kau kalau macam ni ada problem en ? " kata Aril. Ammar mengangguk.

"Prob kau apa lagi ? " tanya Aril. Ammar mengeluh.

"Fika."

"Kenapa dengan dia ? Bat tu kacau dia ? Kurang asam betina murahan." kata Aril sambil menampar meja. Semua orang tertumpu kepadanya. Aril mengangkat tangan supaya bersabar.

"Yes, perempuan tu gila ke apa ? Saja nak cari perhatian budak form 4 agaknya. Jadikan aku mangsa keadaan, nak hotla katakan. Then, dia ungkit Fika. Dia kata, dia rampas aku daripada dia. Aku yang lepas dia sebab perangai dia yang bangang tu. Nak tuduh Fika pula. " kata Ammar yang masih lagi boleh mengawal amarah.

"Relaks bro, masalah Bat tu biar aku je tanggung. So, now ? " tanya Aril.

"Huh, prob sekarang Cikgu Ashraf suruh kita jaga kelas Fika seba dia ada mesyuarat dengan cikgu cikgu yang lain. Aku malu nak pandang dia." kata Ammar sambil menunduk.

CHANDELIERWhere stories live. Discover now