Bab 28

17.7K 607 19
                                    

Fatin memegang pipinya yang merah kerana ditampar oleh Datin Aisyah.

Datin Suningsih cepat-cepat menerpa ke arah Fatin. Syafika menyapu mukanya yang terjunam di dalam gulai. Pedih !

"Sayang, okey ? " panggil Ammar. Syafika tersenyum lalu berlari ke tandas. Sayu Datin Aisyah melihat Syafika.

"Syah ! Kenapa tampar Fatin. Silap-silap si Fatin tak selit pun kaki dia. Mungkin Ika tersadung kerusi." Datin Suningsih membela Syafika. Fatin tersenyum gembira. Fatin mengeluarkan air mata palsunya.

Dasar drama queen !

"Eh Su, Fatin yang selit kaki Fika okey. Saya nampak lah ! Eh, kau betina ! Jangan nak drama queen lah. Baik kau berambus." Datin Aisyah tidak boleh mengawal amarah.

"Aunty, sa saya tak selit pun kaki Syafika. Sebenarnya dia yang nak selit kaki Atin, tapi Allah marah Allah bagi dia yang jatuh. " Fatin memditnah Syafika.

Terpana Syafika apabila mendengar kata-kata fitnah oleh Fatin. Datin Suningsih melihat Syafika yang berada di hadapan meja.

Datin Suningsih datang mendekat ke arah Syafika lalu menamparnya. Syafika memegang pipinya dan perutnya yang sakit.

Sanggup mama buat macam ni !

Datin Aisyah terus ke arah Syafika dan memeluknya. Syafika menangis teresak-esak.

"Eh, Su ! Kenapa tampar dia ? Sepatutnya tampar betina tu ! " kata Datin Aisyah. Fatin buat muka tidak bersalah.

Padan muka kau ! Bahahaha.

"Weh budak ! Kenapa kau macam ni ah dengan orang ? Kau tahu aku tak pernah ajar anak aku macam ni tau. Kau anak derhaka ! Kau seksa sepupu sendiri. Dia tak salah. Padan muka kau jatuh dalam gulai. Memang patut pun ! " Jerkah Datin Suningsih sambil menarik tudung Syafika.

Syafika bangun. "Ma ! Along tak buat apa pun. Fatin yang selit kaki along ! Tak percaya tanya Ammar." Ammar menunduk. Tak tahu nak kata apa. Diam tidak menjawab.

"Ammar betul ke ? " tanya Datin Suningsih. Ammar diam seribu bahasa. Ditatapnya mata Syafika yang sembab dan mohon. Ammar mengangguk.

Terus Fatin lari keluar dari rumah.

***
Mereka sedang melayan saudara-mara yang datang. Syafika hanya membalas kata-kata mereka dengan mengangguk dan menggeleng. Fatin ? Ahh, lantak dia lah. Padan muka. Tahu takut.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Ammar menatap Syafika dengan penuh kesayuan. Sungguh, kesian dia. Sanggup ibu kandung marah anak sendiri malah, membela orang luar. Sangat sedih.

Ammar memegang bahu Syafika. Syafika tersenyum nipis. "Sabar ya sayang. Setiap dugaan ada hikmahnya tersendiri. Sabar." pujuk Ammar sambil tersenyum. Syafika membalasnya.

Syafika termenung seketika. Dia sudah tidak mendengar apa yang dibahaskan.

Kenapa mama dah terhasut dengan kata fitnah Fatin dekat aku ? Jahatkah aku sampai Fatin buat macamtu ? Takkan disebabkan Irham tunang kepada Kak Amnah , kakak dia suruh balas dendam dekat aku ? Kenapa harus ? Mama I want you be my real mama.

Tiba-tiba satu suara yang dia sayang menyapa telinga.

"Assalamualaikum. Nur Syafika Rizan ! " Panggil seseorang itu di hadapan pintu. Dia berlari ke arahnya dan memeluknya. Ammar terlopong.

CHANDELIERUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum