Bab 37

16.2K 532 31
                                    

Mereka semua berada di ruang tamu. Berkumpul untuk minum petang. Lega sedikit rasa sedih di hatinya. Huh.

Tiba-tiba ada seseorang menolak daun pintu rumah dengan kasar.

Dum !

Fatin menangis dan memegang perutnya. Semua orang kehairanan. Apa dah jadi ?
Syafika mula resah hati. Ditatapnya muka Ammar dengan sirius. Ammar menggelengkan kepala.

"Aunty, " Kata Fatin lalu memeluk Datin Aisyah. Datin Aisyah menepis.

Datin Suningsih hanya berdiam diri.

"Semua orang. Hiks. Saya nak bagitahu bahawa Ammar ni orang jahat dan tidak boleh dipercayai ! Dia telah mengandungkan saya ! Biar saya ceritakan semua."

Ammar terbeliak. Syafika telah jatuh terduduk di lantai. Benarkah ?

---
Ammar menguak pintu rumah.
"Asslamualaikum."
Kata Ammar di hadapan pintu rumah.

Aik ? Tak ada orang ke ?

Ammar terus memasuki rumah dan menguncinya. Terkejut dia apabila dia pusing ke belakang, Fatin memakai singlet dan seluar pendek sahaja.

"Hai Ammar. Awal you balik ? " Kata Fatin sambil melentok di bahu Ammar.

"Tepi la ! " Ujar Ammar tegas.

Fatin terus menarik tangan Ammar. Ammar yang longlai dan keletihan tertarik kerana ditarik sangat kuat oleh Fatin.

Fatin membawa. Ammar ke dalam bilik. Ammar marah. Fatin membuka butang baju Ammar. Ammar menepis lalu keluar dari bilik. Fatin tersenyum sinis.

---

Syafika mendengar cerita daripada Fatin bahawa Ammar telah 'memperkosa' Fatin. Kenapa ? Syafika mengambil kunci kereta lalu keluar.

"Syafika ! Awak belum sihat lagi ! " Jerit Ammar lalu mengejar dan memegang erat lengan Syafika.

"Tak sihat badan tak apa ! Kalau tak sihat hati, siapa yang nak ganti ? Kau ke ? Takkan ?! " Syafuka terus masuk ke dalam kereta lalu keluar.

Ammar meraup muka. Kenapa Fatin sanggup memfitnahinya ? Apa salah dia ?

"Mama, dan semua. Please, ni fitnah ! She is a slander girl ! Tipu je apa yang dia cakap tu." Ammar membela diri.

"Sudah Ammar ! Semua dah terbukti. Mommy nak kamu nikahkan Fatin ! " Arah Datin Suningsih.

Ammar terkesima. "Tak boleh, Ammar dah ada Fika. Ammar tak nak mendua. Lagipun Ammar tak cintakan Fatin ! " Ammar membantah.

Datin Aisyah geram. "Eh Su, sekarang ni siapa ibu Ammar ? Aku ke kau yang nak suruh suruh nikah bagai ? Sedar la ! "

Fatin tersenyum sinis.

Peperangan bermula.

"Tak kisah lah ! Janji dia bertanggungjawab dekat anak yang dikandung oleh Fatin."

Ammar mengeluh. Dia melihat ayahnya. Mengharap kepastian.

"Ammar, papa nak kamu bertanggungjawab."

Dush.

Seluruh badam terasa lemah mendengar kata-kata ayahnya. Tak nak ! Ammar dah ada Fika. Semua, please faham Ammar.

CHANDELIERWhere stories live. Discover now