BAB 33🥀

94 5 0
                                    

Dahlia yang terasa tidak enak badan lantas bangun dan menyandarkan badannya pada kepala katil. Tangan kanannya dengan perlahan mengurut pada dahi. Sakit kepala. Sampai nak benda pun terasa berpusing-pusing. Haish tak pernah-pernah dia pening teruk macam ni.

Kejap tapi pernah dia rasa benda ni sekali. Selepas kejadian lalu itu. Takkan aku....

"Angel. Kenapa ni? Sakit?" soal Xavier yang muncul dari pintu bilik mereka. Dahlia yang mendengar soalan bertubi-tubi suaminya hilang terus apa yang difikirkan olehnya tadi.

Xavier duduk di sebelah isterinya. Tangannya di dekatkan pada dahi isterinya. Tak panas. Tapi kenapa muka isterinya seperti pucat.

"Lia pening kepala sikit. Tak boleh nak tidur" Dahlia menurunkan tangan suaminya yang berada di dahinya. Lantas dia membentuk badannya dengan kepala diletakkan di atas tiba suaminya itu. Bau suaminya itu membuatkan peningnya semakin reda. Senyum manis dituju kepada Xavier.

"Nak abang ambilkan minyak angin tak. Nanti reda pening kepala sayang nanti" kata Xavier mengurut kepala isterinya.

Dahlia mengangguk. Hmm maybe dengan minyak angin pening kepalanya hilang.

Xavier lantas mengangkat kepala dahlia dan bangun menuju ke meja solek isterinya itu. Minyak angin diambil lalu dia kembali ke arah isterinya yang terlihat pucat.

Dahlia mengambil huluran minyak angin Xavier itu lalu dia cuba membuka penutup botol minyak itu. Namun baru sahaja dia habis memulas penutup botol itu. Dia pantas memberi minyak angin itu kepada suaminya dan bergegas lari masuk ke bilik mandi.

Dia duduk disisi mangkuk tanda itu membuang segala isi perutnya itu.

Werkkk.....

Werrrkkkkk..

Werrkkkk...

Xavier mendengar itu lantas masuk ke bilik mandi with. Terlihat isterinya dengan nafas naik turun bersama wajah yang sudah pucat lesi itu.

"A..a....a...werrrkkkkk" termuntah lagi Dahlia itu. Dirinya sekarang seakan lemah.

Xavier dengan perlahan mengosok badan belakang isterinya itu bagi membantu isterinya itu.

Lama dahlia membuang semua isi perutnya ke dalam mangkuk tandas itu lantas menyandarkan kepalanya pada dada Xavier. Dia penat. Entah kenapa dirinya terasa terlalu penat dah lemah. Semua saraf-sarafnya bagai mati dan tidak berfungsi.

"Mari abang cuci mulut sayang tu lepastu sayang rehat okay, angel" Dahlia mengangguk lemah. Ya, dia patut rehat pun sebab matanya bagai mahu layu dan tertutup kemas sahaja.

Xavier mencempung badan isterinya. Kedua-dua tangan isterinya di letakkan lehernya.

Selepas siap mencuci mulut beserta wajah isterinya agar kelihatam segar sedikit Xavier perlahan melabuhkan isterinya di birai katil.

Bantal ditepuk sedikit bagi seimbang sedikit. Selimut ditarik sehingga ke dada isterinya. Minyak angin diletakkan disisi katil.

"A..a-abang" getus Dahlia perlahan .

"Hmm?" Xavier berpaling kepada Dahlia itu. Isterinya bagai mahu muntah lagi tapi ditahan. Lalu isterinya pantas menyuruhnya untuk membawa jauh minyak angin itu dengan isyarat tangan.

Xavier mengambil minyak angin semula dan disimpan ke tempat asalnya semula.

"Kesian kau minyak angin. Nampaknya bini aku tak suka kau" getus Xavier dalam hati.

Xavier mengurut kepala isterinya selepas lama dia mengurut dan melihat Dahlia bagai sudah tenang dan lena ke dalam dunia mimpi. Dia perlahan mengucup dahi isterinya itu dan mengusap rambut isterinya.

Baru sahaja niatnya ingin bangun untuk turun ke bawah tangan isterinya telah memegang tangannya seperti tidak mahu dia pergi.

"Kenapa ,angel?" soal Xavier sambil duduk semula disisi Dahlia itu.

"Akit..." adu Dahlia dengan dahi yang berkerut menahan rasa pening yang bermaharajala lela.

"Ye, abang tahu. Ni abang nak turun ke dapur nak masak bubur untuk sayang. Sayang rehat dulu nanti dah siap abang kejutkam sayang okay" kata Xavier mengusap rambut isterinya.

"Jangan lah tinggalkan Lia. Lia nak abang. Sakit Lia tak hilang lagi" cebik Dahlia dengan air mata sudah mahu mengalir.

"Shhh...jangan nangis. Okay. Abang tidurkan sayang dulu okay" hampir panik sahaja dia apabila melihat air mata kesayangannya mahu mengalir.

Xavier dengan perlahan turut membaringkan dirinya bersebelahan Dahlia itu.

"Nak peluk abang" minta Dahlia memandang mats coklat cair suaminya dengan padangan comel. Entah kenapa dia jadi macam ni tapi lantak lah laki aku kan.

"Peluk lah sayang. Dah tidur okay. Nanti kalau sayang muntah-muntah lagi kita pergi hospital okay" dahlia mengangguk perlahan dan memeluk suaminya itu. Dengan kesempatan itu dia mencium haruman bau suaminya ini. Tenang . Dah kepalamya yang pening mula reda.

Xavier setia berada disitu dengan menepuk perlahan-lahan pinggang isterinya untuk menidurkan isterinya itu. Ralit dia menidurkan Dahlia sehinggakan matanya yang mengantuk turut layu dengan perlahan-lahan.

============

Xavier membuka mata perlahan apabila mendengar deringan telefon yang menjerit. Xavier melihat isterinya yang lena tidur beralaskan lengannya yang menjadi bantal utnuk Dahlia dan tangan Dahlia masih lagi berada di pinggangnya.

Dia dengan perlahan mengangkat kepala isterinya dan diletakkan di atas bantal. Tanya yang berada dipinggangnya perlahan-lahan dia meleraikan . Apabila melihat isterinya merengek dia cuba menenangkan isterinya selepas tiada rengekkan dari isterinya dia meletakkan tangan isterinya jatuh ke bawah.

Dengan langkah perlahan Xavier pergi ke arah di Mana terletaknya telefonnya itu. Lalu telefon itu diambil dan ditekapkan pada telinga. Dalam ingin menjawab panggilan itu dia berjalan ke balkoni untuk tidak menganggu isterinya yang tidur itu.

"Assalamualaikum. Asal" jawab Xavier yang memulakan talian itu.

"Aaaaa...walaikumussalam" balas salam dari Azam. Dia cuma blur sikit. Sebab tak pernah Xavier nak jawab salam apatah lagi beri salam. Selalunya mari terjah je. 'Hello, kau asal' lebih kurang gitu lah dulu.

"Zam , kau nak apa call aku ni?"  Azam Luth merupakan kawan sekolej dah salah satu ahli dari FAQ'YA team. Azam hanya bekerja di syarikat Tengku Faqih dan jawatan yang diserah oleh Tengku Faqih kepada Azam bukan calang-calang.

"Hah...aku nak cakap yang nanti malam Faq suruh kumpul dekat markas. Nak bincang pasal ada konco lain mari kacau pula dekat tempat Kita" terang Azam.

"Okay, cakap dekat Faq aku lewat sikit. Isteri aku merengek sakit. Nanti lepas isteri aku okay sikit aku tinggalkan isteri dekat rumah mama aku" kata Xavier yang perasaan diselebungi dengan risau akan kesihatan isterinya sekarang.

"Okay nanti aku beritahu dia" lalu Xavier  mematikan talian itu apabila mendengar suara isterinya merengek mencari dirinya itu.

"Abang..."

"Ye, angel. Abang dekat sini. Dah sayang bangun pergi siap. Abang nak hantar sayang dekat rumah mama. Abang ada kerja sikit" ujar Xavier.

Dahlia mengangguk. Lalu masuk ke wardrobe untuk menukarkan pakaiannya dengan lebih sesuai.

Xavier hanya menghantar susuk isterinya dengan ekor mata tapi dalam hati rasa tersentuh apabila melihat kesihatan Dahlia sekarang. Pucat lesi.

Haish takkan lah isteri aku.....haish jangan yakin sangat Rean getus Xavier dalam hati.


____________________________

cuba korang teka My Dahlia ni habis sampai berapa?

kalau korang semua betul saya bagi mini love hihihi...

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now