BAB 32🥀

83 5 0
                                    

Dahlia masuk ke dalam perkarangan rumah selepas Wisha menghantarnya dihadapan rumahnya itu.

Matanya memandang pada sesuatu yang tidak kena dengannya tadi. Mana kereta suami aku. Tapi Dahlia buat tidak endah sahaja. Mesti suaminya keluar sebentar semasa dia tiada di rumah.

Dahlia mengeluh sebentar. Haish macam Mana aku nak buka pintu besar ni. Rean pun satu tak cakap pun macam mana nak buka pintu ni.

Dahlia meletakkan beg kertas yang berjenama yang dibeli olehnya ke bawah. Lalu telefon bimbitnya dibawa keluar dari pursenya itu. Nombor suaminya dicari dan didekatkan telefon ke telinga.

"Yes, angel" jawab Xavier dalam talian sambil matanya memandang satu susuk yang berada ditingkat bawah sekali.

"Abang ni. Abang pergi mana?" adu Dahlia.

"Abang dekat pejabat ni ada meeting terkejut tadi. Sorry abang tak sempat nak cakap dekat sayang. Ni sayang kenapa? Sayang dah balik dah ke?" ujar Xavier itu.

"Hah baru je sampai ni sekarang ni semua salah abang"

"Kenapa abang pula yang tiba-tiba salahnya?"

"Abang lah tak cakap ma...husk....macam...mana...husk nak buka....husk pintu ...husk...ni" menangis Dahlia itu. Entah kenapa dia rasa nak menangis padahal masalah pintu tak boleh nak buka je kut. Ni tambah pula badannya rasa kurang segar.

Xavier yang mendengar tangisan Dahlia itu lantas berlari ke bawah dan pintu utama yang besar tu dibuka cepat. Resah wajah Xavier memandang ke bawah dimana isterinya duduk memeluk lutut dengan telefon masih berada di telinga bersama tangisan kian kuat.

"Ya Allah ,angel. Kenapa menangis macam ni. Abang minta maaf, okay angel" Xavier mendekati isterinya yang kian laju air mata mengalir.

Dahlia yang mendengar suara garau suaminya itu mengangkat kepala.

"A...husk...abang....husk...ce...husk...cepat...husk ...abang...husk balik..husk" tersedu Dahlia itu sambil menarik hingusnya mahu terkeluar itu.

"Ya Allah sayang. Jom masuk" Xavier mencempung Dahlia itu dan beg kertas yang dibeli oleh isterinya diambil dengan tangan yang masih tiada pegangan itu.

Dahlia hanya senyap sambil menarik hingusnya yang mahu keluar ini. Haish benda paling memalukan baginya adalah time menangis. Auto hingus ni nak je keluar apatah lagi hidungnya mesti merah.

Xavier melabuhkan Dahlia pada sofa di ruang tamu itu. Lalu dia menyelit rambut yang telah menutupi wajah separuh isterinya itu.

Aku baru je prank sikit. Sampai teruk sangat isteri aku menangis ni. Sampai merah hidung dan mata tu. Xavier berlalu masuk ke dapur untuk mengambil tisu.

"Ya Allah sayang dah. Abang minta maaf tau. Lain kali abang ajar sayang nak buka pintu ni nanti okay. Dah tak nak nangis-nangis dah tak cantik dahlia abang ni nanti" Xavier menyeka air mata Dahlia dengan ibu jarinya lalu tisu yang telah dia ambil tadi membersihkan hingus yang mahu terkeluar dari hidung isterinya itu.

"Abang ..husk...jahat"

"Ye abang jahat" balas Xavier menarik Dahlia masuk ke dakapannya sambil dia mengusap rambut panjang isterinya itu.

"Abang husk...tipu Lia" kata Dahlia yang masih menangis tapi nangisnya semakin reda apabila berada dalam pelukan hangat suaminya ini.

Kau ada. Takde . Pergi main jauh-jauh.

Ye abang tahu . Abang tipu sayang. Abang jahat dengan sayang. Abang tak ajar sayang nak buka pintu tu. Abang minta maaf ye angel. Dah tak nak nangis" balas Xavier bagi memujuk isterinya tidak berhenti menangis lagi.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now