BAB 31🥀

104 4 0
                                    

Xavier memandang dingin kepada dua susuk yang senang terlantang pada sofa yang berada di ruang tamu rumahnya itu. Kenapa lah rumah aku yang jadi mangsa untuk korang ye.

"Takde tempat lain ke nak bincang pasal korang berdua punya hubungan ni. Kalau bini aku terjaga sebab korang memang aku lunyai-lunyai kan korang" Xavier mencengkak pinggangnya itu lalu melabuhkan punggungnya berhadapan dua pasangan yang entah lah. Susah nak cakap.

"Kau tahukan ramai orang Tuan Razif dekat luar sana. Kalau aku bincang soal ni dekat luar memang tak jadi kahwin lah aku ni. Kau sendiri yang cakap kau nak adik ipar cepat-cepat" bidas Wisha menyilang kakinya itu dengan rambut diselak ke belakang telinga.

"Yang penting aku ikut cakap kau okay" sambung Wisha lagi lalu matanya memandang Tengku Faqih yang hanya memerhati pergaduhan mulut dua beradik itu.

Xavier tersenyum nipis. Lalu dia menyandarkan dirinya dan mata merenung Tengku Faqih.

Tengku Faqih yang melihat itu mula berfikir kata-kata yang mahu diluahkan. Haish kenapa lah Adik dengan abang ni tengok aku. Haish dua-dua sama je. Eh tiga-tiga sama je tambah yang sorang tu sekali.

"Soal ni aku tak cakap dekat keluarga aku sebab aku tak nak diorang terlibat dalam soal Tuan Razif tu. Aku takut Tuan Razif libatkan keluarga aku pula untuk balas dendam dia yang tak berapa nak tercapai tu. Jadi aku fikir yang kita akan buat majlis ni dengan biasa sahaja bagi mengelakkan Tuan Razif tahu soal ini" terang Tengku Faqih.

Kedua-dua adik beradik itu mengangguk serentak. Wisha tak kisah soal ini sebab dia tahu kalau dia nak buat majlis besar-besaran pun tak boleh sebab mereka lagi dibawa pemerhatian Tuan Razif itu. Haish dasar orang tua ni bila lah nak insan pun tak tahu.

"Aku setuju. Lagipun nak kahwin ni cukup lah melafazkan akad nikah sahaja dah sah jadi pasangan suami isteri" ujar Xavier.

"Cun. Tapi boleh tak aku nak minta izin kau lah kan Kita buat majlis ni dekat tempat lain sebab aku dah suruh Kael dan Thaqif check setiap kawasan rumah Tuan Razif itu. Tuan Razif takde dekat sini maybe dia pergi berhijrah dekat negara luar dan dari Kita buat majlis dekat sini dia dapat serang kita dengan guna anak angkat dia tu" terang Tengku Faqih lagi.

"Kau na-"

"Eh...abang kenapa tak cakap ada orang nak datang. Boleh je Lia biarkan air untuk diorang" potong Dahlia yang baru sahaja turun dari bilik mereka itu sambil membentukkan rambutnya yang sedikit kusut itu.

Xavier, Tengku Faqih dan Wisha serentak mengalih pandangan pada Dahlia yang datang ke arah mereka semua.

Dahlia lantas melabuhkan punggungnya bersebelah suaminya itu apabila Xavier menggamitkan tangan untuk dia duduk. Xavier memeluk bahu isterinya dan senyum dituju kepada isterinya itu.

Wisha dan Tengku Faqih yang senyap dari tadi hanya melihat drama romantik pukul 7 malam antara pasangan suami isteri itu.

Dahlia turut membalas senyuman kepada Xavier. Lalu Xavier memandang mereka berdua yang senyap dari tadi itu.

"Apa? Kau nak buat majlis tu dekat mana tadi, Faq?" soal Xavier merenung tajam kepada mereka berdua itu.

"Nanti lah aku share location dekat kau. Pasal pembayaran dan hantaran biar aku yang tanggung. Okay bye aku balik dulu" ujar Tengku Faqih lalu berlalu bangun dan pergi keluar dari rumah Xavier itu.

"Kau tunggu lah nanti lepas aku kahwin memang depan-depan aku cium bini aku tunjuk dekat kau nanti. Siap kau" getus Tengku Faqih lalu keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah Xavier itu.

Xavier memandang adiknya yang masih duduk disitu.

"Kau -"

"Tak nak. Lagipun aku tengah merajuk dengan Liam sekarang. Now bagi aku kebenaran nak pinjam isteri kau. Aku boring nak keluar shopping kejap dengan kakak ipar kesayangan aku" selamba Wisha.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now