MGG : 40

3.2K 169 7
                                    

"Hari-hari pergi kerja. Sorry , aku malas." sebaik sahaja melabuhkan punggung , dia berkata begitu. Kaki disilangkan.

Felix yang melihat Aryan yang santai berbaju tidur itu hanya diam. malas mahu berbunyi. Nanti terkena juga. Mee goreng buatan Mummynya disumbat ke dalam mulut.

Beberapa minit kemudian , muncul semua orang di ruang makan untuk bersarapan. Kecuali pasangan sejoli yang masih lagi berada di dalam bilik.

"Haaa.. Aryan ! Kenapa tak mandi lagi ?" sergah Tan Sri Arfeeq dari belakang. Puan Sri Evyra menuangkan air kepada suaminya lalu mencedok mee goreng ke dalam pinggan.

Aryan mengeluh malas. "Penatlah.. Bagilah Ar cuti seminggu."

"Seminggu ? Kau buat apa je kat Thailand. Macam kau yang kena culik. Lagipun kau dah cuti dah kelmarin , kan ? Tak cukup lagi..?" Henry menggeleng kecil. Tali leher berwarna biru gelap dibetulkan. Baru 4 hari mula bekerja sudah malas.

"Tolong bebankan plan." jawab Sammuel bersahaja. Mee goreng dikunyah.

Alex tertawa. "Ini aku setuju. Sangat membebankan."

"Mummy !! Daddy !! Look at them !" adu Aryan manja. Tak suka betul dengan abang-abangnya. Suka kenakan dia.

"I think , they said the right thing." balas wanita tua itu.

"Haah. Kamu ingat kami tak tahu perangai kamu ? Nakal , suka buat perangai tak senonoh , orang serius pun kamu buat bodoh. Betul ?" tebak Tan Sri Arfeeq.

Bibir dicebik. "Mark.." lengan sasa Markuez digoncang.

"Hands off." tegas suara Markuez.

"Ishhh !! Semua macam tu. Tapi bagilah Aryan cuti. Please..." telapak tangan disatukan. Mulut dimuncung-muncung.

"Tanya Aelden."

"Tanya apa ?" suara Aelden menerjah masuk ke dalam telinga. Serentak itu , semua berpaling ke arah Aelden yang erat memimpin tangan Madiena.

"Menantu mummy !! Awalnya bangun. Kalau rasa penat tak payah turun , mummy suruh Aelden ambil sarapan je kat bawah bawa naik." wanita tua itu berlari laju ke arah menantunya lalu dipeluk erat.

Madiena tersenyum kecil lalu membalas.

"Evyra. You tak perlu berlari. Takut I tengok. Kalau pinggang you patah , susahlah I nak peluk malam-malam." lelaki tua itu sengaja ingin mengusik.

"Abang kenapa ? Saya kuat lagi lah !" pelukan dilepaskan. Suaminya ditatap tajam.

"Berkedut dah mummy.." suara Sammuel kedengaran.

"SAM !!" jeritan wanita itu bergema.

Yang lain terdiam. Mata terkelip-kelip. Singa betina dah muncul dah.

Felix menyiku perut Sammuel. "Kau memang berani. Singa betina dah muncul. Kau nak bertanggungjawab ke , sial ?" bisiknya.

"Manalah aku tahu akan jadi macam ni." Sammuel turut berbisik.

"Perempuan sensitive tau. Kalau aku tembak lengan kau sebelah lagi memang OKU kekal kau nanti."

"Aishh.. Kau ni Fel. Dah lama berdendam ke ?"

"Kamu berdua bisik apa ?!! Mengutuk mummy ?!!" mata Puan Sri Evyra tajam. Dada naik turun.

"Evyra darling.. Come and sit." ajak Tan Sri Arfeeq. Ingin menenangkan isterinya.

"Tak nak !"

"Evyra Nadeliene.."

Rengusan dilepaskan. Mendengar nama panjang diseru oleh suami , tahulah dia apa yang Tan Sri Arfeeq mahukan. Apa lagi kalau bukan ikut arahannya. Kaki berjaln ke arah suaminya lalu melabuhkan punggung di sebelah Henry.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now