MGG : 20

2.8K 151 7
                                    

Kawasan yang gelap itu diperhati. Tubuhnya berpusing-pusing memandang keadaan sekeliling. Dipenuhi pokok-pokok besar. Hanya cahaya dari celahan daun sahaja yang menjadi 'lampu' untuknya melihat.

"Kat mana perempuan tu ?!" jeritan seseorang kedengaran.

Gadis itu mula resah. Kakinya menapak perlahan ke belakang.

"Cari perempuan tu ! Sekarang!!" arah seseorang.

Bunyi derepan kaki yang berlari itu membuatkan dirinya menjadi takut. Pantas kaki berlari laju tanpa memandang ke arah belakang. Mindanya kosong. Tiada hala tuju. Hanya mengikut kakinya yang membawa ke sesuatu tempat.

Pondok buruk yang kecil itu dilihat sebelum menghampiri perlahan. Kaki memanjat tangga di situ sebelum duduk di hujung bucu pondok. Beberapa minit kemudian , hujan renyai-renyai mula jatuh ke atap dedaun itu.

"T-tolong.." bisiknya perlahan. Lututnya dipeluk erat untuk memberikan haba kepada badannya sendiri.

"Kat mana dia ?! Cari sampai jumpa. Aku tak rasa dia lari jauh. Pasti hanya di kawasan ini." suara garau seseorang kedengaran lagi. Orang yang mengejarnya.

"Tolong..Tolong pergi dari sini.." rintihnya perlahan. Kepala disembamkan ke lutut.

Bam !

Bunyi petir yang kuat itu mengejutkan dirinya. Hujan mula turun dengan lebat. Sejuk mula menguasai dirinya.

"Sial ! Berteduh di pondok tu dulu !" arah lelaki itu.

Semua anak buahnya berlari menuju ke pondok yang gelap gelita itu. Tidak menyedari langsung kehadiran gadis kecil itu. Baru sahaja kaki memanjat tangga , mata seorang anak buah lelaki itu terpandang ke arah satu susuk tubuh.

"Dia dekat sini !!!" jerit seorang anak buah itu.

Gadis itu tersentak. Matanya memandang ke arah beberapa orang lelaki di situ. Pantas kaki bangun berdiri. Baru sahaja ingin berlari melangkah pergi , tangannya ditarik seseorang.

"Kau nak pergi mana perempuan..? Huh ?!" lelaki jahat itu menyambar tangannya kuat.

"Le-lepas ! Lepaskan saya !!" gadis itu meronta-ronta.

"Lepas ? Heyy.. Kau tahu tak yang bapak angkat kau tu jual kau pada aku ?! Kau milik aku !!" pipi gadis itu dicengkam kuat.

Air mata serta merta jatuh ke pipi gebunya. Mulutnya tersebik kecil dan bergetar halus. Takut semakin menguasai dirinya. Tangan kasar lelaki itu dipukul kuat. Lelaki itu hanya ketawa.

Tubuh gadis itu dicepung lalu beredar dari pondok.

"Bos !! Masih hujan ni !" jerit salah seorang anak buahnya.

"Biarkan sahaja. Hujan macam ni baru best panaskan badan. Betul tak cantik ?" Lelaki itu tersengih sinis.

"Lepaslah !!" gadis itu meronta-ronta di bahu lelaki itu.

"Diam !!"

"Lepaslah.. Saya mohon pada Encik.. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan saya dilepaskan.. tsk.." esakkan mula kedengaran.

"Layan nafsu aku dulu , baru aku lepaskan kau."

"Saya bukan pelacur !!" rambut lelaki itu ditarik kuat.

"Arghhh !! Sial punya perempuan !" tubuh gadis itu dilemparkan ke dalam semak-samun. Pantas tubuh itu ditindih. Baju yang basah dan terlekat di tubuh cantik itu dilihat dengan penuh geram.

"L-lepas !!!" jerit gadis itu kuat. Perutnya terasa senak apabila tubuh sasa itu menghempap kuat.

"Kau cabar aku permpuan. Kau cabar aku !!"

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now