MGG : 33

1.2K 98 11
                                    

Bam !!

Pintu ditutup kuat. Anak buahnya yang berlari kehulur kehilir di dalam kapal itu dilihat. Dinding kapalnya yang berlubang itu turut dilihat sebelum matanya membesar.

"What's going on here ?!!" soalnya serius.

"Godfather !! Kita diserang !" James berlari ke arah Kla Aat.

"Sial ! Tunggu apa lagi ? Lajukan kapal !"

"Tak boleh , Godfather.. Aelden dah kepung kapal kita dari depan dan belakang." James mula cemas.

Bom ! Bom ! Bom !

Bunyi bom yang dilempar dari luar kedengaran. Pantas kaki mereka berdua berlari keluar dan melihat keadaan sekeliling. Benar apa yang dikatakan oleh James , memang kapal mereka dikepung.

"Shit ! Malam-malam macam ni diserang !! Keluarkan semua senjata. Sasarkan pada kapal yang ada Aelden dulu. Separuh lagi , pergi ke arah kapal satu lagi. Now !!" Kla Aat memberi arahan.

James mengangguk sebelum beredar.

"Honey.. Bunyi apa yang bising ni ?" Ena yang tiba di situ dilihat. Wajah gadis itu masih lagi mengantuk dan langsung tidak sedar akan keadaan yang sedang berlaku.

"Pergi bersembunyi."

"Huh ? Bersembunyi ? Untuk apa ? I nak tidur.." matanya digosok.

Bang !! Bang !!

Mata Ena terus segar. Tubuh Kla Aat dipeluk erat. Suasana yang tidak aman itu dilihat. "Kla Aat. Apa benda ni ?!"

Kla Aat menolak tubuh kecil itu. "Pergi menyorok ! Jangan degil , Ena !!"

Ena mengangguk tanpa banyak soal. Bilik dimasuki sebelum dikunci dari dalam. Kla Aat memerhati lalu melangkah ke arah bilik kecil di mana terletaknya Madiena di situ.

Tombol dipulas. Berkunci.

Tok !! Tok !! Tok !!

"Madiena !! Buka pintu ni !!" jeritnya.

"Madiena !!!" jeritnya lagi apabila tiada sahutan.

Klak.

Wajah Madiena yang sedikit pucat itu tersembul di muka pintu. Muka berkerut gadis itu ditatap. Tanpa berkata sepatah perkataan , Kla Aat menarik kuat tangan itu supaya mengikuti langkahnya.

"B-baba nak ke mana ni ?" kakinya terkocoh-kocoh mengejar langkah Kla Aat. Tangannya ditarik kuat oleh lelaki tua itu.

Kla Aat merengus geram. "Kau diam dulu boleh , tak ?!" kepala mula berserabut.

Madiena diam. Takut melihat Kla Aat yang kelihatan bengang itu. Sebelah tangan dibawa ke perut. Niat untuk melindungi anak yang dikandungnya. Bilik kecil yang kosong itu dibuka Kla Aat.

Madiena hanya mengintai dari belakang. Sangat gelap. Tanpa disedarinya , Kla Aat sudah menolak tubuhnya masuk ke dalam bilik itu. Satu rantai besi yang panjang diambil lalu diikat tubuh Madiena dengan sesuatu benda yang berwarna hitam.

Dahi Madiena berkerut. Jantungnya berdegup laju. "A-apa ni..?"

Kla Aat tidak menjawab. Sebaik sahaja selesai diikat dengan kemas , mangga kunci diambil lalu dikunci di rantai besi itu. Tersengih bibirnya sebelum pintu dikunci kemas. Mata Madiena terbutang.

"Baba ! Buka !! Baba !!" pintu disepak sekuat hati memandangkan tangannya juga diikat bersama badan.

Kla Aat hanya diam. Satu remote control di dalam poketnya dikeluarkan. Sengihan sinis terbit di bibirnya. Sudah tidak kisah dengan duit yang dia dambakan selama ini. Remote control itu menjadi penentu kehidupan Madiena dan nasib perjalan hidup Aelden.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now