MGG : 32

1.6K 115 8
                                    

Kaki berjalan melangkah ke arah kaunter pertanyaan. Penjaga di situ dipandang. "Kau kenal doktor Nita ?" tanyanya tanpa berlengah.

Seorang gadis di situ mengangkat muka lalu mengangguk. "Encik ada appointment dengan doktor Nita ke ? Silakan duduk dulu Encik. Doktor Nita ada pesakit sekarang ni. Seke—"

"Eh kau diam sekejap. Panjang betul bercakap. Aku nak jumpa dia sekarang." pantas percakapan gadis itu dicantas.

"Seperti yang saya katakan sebentar tadi , doktor Nita ada pesakit sekarang ni.."

"Ada aku kisah ? Panggil dia sekarang !!"

"Encik ! Perlahankan suara. Ni hospital." gadis itu bangun dari duduknya. Jejaka di hadapannya dipandang geram.

Willson yang memerhati daripada tadi hanya berpeluk tubuh dan bersandar di kaunter itu. Percakapan anak buahnya dan penjaga kaunter hanya didengari. Mata memerhati sekeliling kawasan itu.

"Mana bilik doktor tu ?" suara anak buahnya kedengaran.

Gadis itu menunjukkan ke arah sebelah kiri. "Sana. Tunggu di kerusi dulu Encik."

Willson yang mendengar pantas berjalan ke arah bilik yang ditunjuk. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Anak buahnya yang melihag pantas mengikut dari belakang. Gadis itu mengetap rahangnya.

"Encik !!"

"Kau senyapkan mulut dia sebelum peluru ni tembus kepala dia." arah Willson mendatar.

Anak buahnya mengangguk sebelum menghampiri gadis itu. Willson hanya beriak biasa sebelum pintu yang tertera nama doktor Nita itu dilihat. Tanpa teragak-agak pintu itu dikuak luas. Doktor Nita yang sedang bercakap dengan pesakit itu dilihat. Kaki menapak masuk ke dalam.

"Emm.. Encik ? Maaf ya ? Saya ada pesakit. Tunggu turn." Nita memandang Willson.

Willson mendekati doktor itu. Punggung dilabuhkan di bucu meja. Pesakit perempuan yang terkelip-kelip memandangnya itu dikerling. "Kau keluar. Turn aku pula."

"Tapi.. Saya baru je masuk. Doktor ?" gadis itu menyoal Nita.

Nita menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lelaki yang duduk di bucu meja itu dilihat. Entah siuman atau tidak. "Encik. Mohon beri kerjasama. Lepas cik ni , baru turn encik."

Willson hanya diam. Kaki mendekati pesakit perempuan itu sebelum menarik kuat lengan halus itu. Pintu yang tersedia buka itu dihampiri. Gadis itu berkerut menahan sakit kerana diheret oleh jejaka itu.

"Masa kau dah tamat."

Bam !

Pintu ditutup kuat oleh Willson. Nita ternganga sedikit apabila melihat kejadian itu. Pertama kali perkara ini terjadi di hadapan mata dan pada dirinya sendiri. Willson kembali mendekati Nita yang masih kaku di tempatnya. Tempat pesakit sebentar tadi diambil.

"Kau Nita ?" badan bersandar ke kerusi. Kaki disilangkan.

Nita mengangguk perlahan.

"Nice. Now tell me , where's Kla Aat ?" soal Willson terus terang.

Wajah Nita berkerut. "Apa urusan Encik dengan dia ? Saya bukan saudara-mara dia."

"Kau tak boleh ke jawab je soalan aku ?"

Nita tersenyum nipis. "Maaf Encik. Saya tak kenal Encik. Dan Kla Aat hanya penjaga kepada pesakit saya."

Willson memutarkan biji matanya. "Beritahu sekarang atau.."

"Atau ?"

"Atau kau nak mati ?" pistol di dalam poket dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.

Tercengang. Pistol hitam itu dilihat lalu menelan kelat air liurnya. Tangan di bawah meja mula diramas perlahan. Bukan calang-calang orang rupanya jejaka di hadapan dia. Sama seperti Kla Aat , pembunuh.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now