MGG : 30

1.8K 136 5
                                    

Susuk tubuh yang terbaring kaku itu dipandang sebelum tangan naik meraup wajahnya. Punggung dihempas ke sofa yang berada di dalam bilik itu. Runsing hatinya memikirkan tindakan perempuan simpanannya terhadap anak angkatnya.

"Godfather.." James yang melangkah masuk itu menghampiri Kla Aat.

Kla Aat hanya mengumam kecil.

James berdehem kecil. Hatinya sedikit resah dan tidak tentu arah. "Saya baru dapat tahu maklumat tentang Madiena."

Tubuh Kla Aat yang bersandar itu pantas ditegakkan. "Apa yang kau dapat ?"

"Suami Madiena bukan calang-calang orang , Godfather. Suami dia Master in Black Shadow."

Bungkam. Matanya meluas dan mulutnya melopong. Madiena yang terbaring di atas katil itu dikerling sebelum bangun berdiri. James yang kelihatan cemas itu dihampiri.

"Kau dapatkan maklumat tentang pergerakan Black Shadow."

"Semua sudah dapat. Dia bila-bila masa sahaja akan bertolak ke Pukhet."

Kla Aat merengus geram. Sebelah tangan mencekak pinggang. Sebelah lagi sibuk meramas rambutnya. Patutlah kepala anak buahnya , Aod boleh sampai ke Pukhet. Rupa-rupanya suami anak angkatnya sangat berpengaruh.

"Luth Aelden Evrard.." nama itu meniti di bibirnya. Siapa sahaja tidak kenal dengan nama itu ? Sangat berpengaruh di Perancis dan Malaysia dalam dunia membunuh.

"James. Kau panggil Nita." arah Kla Aat.

James mengangguk sebelum beredar. Beberapa mimit kemudiam , doktor Nita muncul di hadapan pintu bilik. Tercungap-cungap gadis itu seraya menghampiri Kla Aat yang menunggu kehadirannya.

"Yes ?"

"Cucuk ubat tidur dos yang paling kuat."

Nita terdiam seketika sebelum menggeleng kecil. "Tak boleh. Dia masih tak sedarkan diri. Agak bahaya untuk dia lebih-lebih lagi keadaan dia yang lemah sekarang ni." terangnya. Walaupun alasannya agak mengarut , tetapi demi keselamatan bayi di dalam kandungan gadis itu , dia terpaksa.

"Huh !" keluhannya keras. Makin serabut kepalanya.

"Kenapa encik nak buat macam tu ?" tanya Nita agak sangsi dengan lelaki tua itu.

"None of your business. I nak bawa dia keluar dari sini. Bila dia boleh discharge ?"

"Mungkin lagi beberapa hari. Keadaan dia masih lagi perlu dipantau. Luka di bahagian kepala agak teruk."

Mendengar sahaja perkataan luka , Kla Aat terus sahaja bertanya. "Luka kekal ke ?"

Nita menggeleng kecil. "Tak pun. Tapi mengambil masa untuk hilang. Tak lama , cuma beberapa minggu. Mungkin dua atau tiga minggu macam tu. Sapu ubat parut hilanglah."

Kla Aat mengumam kecil. "Aku nak dia discharge petang ni."

"Tak boleh , encik. Dia sang—"

"Buat je lah apa yang aku suruh !!" jerkah Kla Aat. Kepalanya semakin serabut apabila menghalangnya.

Nita berdehem kecil lalu mengangguk. "Saya cuba."

Kepala dijatuhkan beberapa kali sebelum menyuruh gadis itu keluar daripada. Punggung dihempas kuat ke sofa. Sebelah tangan naik mengurut kepalanya sendiri. Secara tiba-tiba wajah Ena terbayang dalam fikiran.

"Erghh !! Disebabkan perempuan tu lah masalah makin besar. Sial !" Kla Aat semakin bengang.

"Aelden.. Macam mana aku terlepas pandang hal ni ? Bukan ke dia ada di Perancis dengan Alex ?" wajah diaraup sebelum bersandar penuh ke sofa. Mata dipejam rapat.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now