MGG : 5

3.1K 188 22
                                    

Gadis yang sedang lincah di dapur itu dihampiri sebelum mengepung tubuh itu dari belakang. Madiena yang perasan itu menelan kelat air liurnya sebelum berpaling memandang gerangan di belakangnya. Wajah Aelden menyapa pandangan.

"E-encik.. Bu-buat apa ni ?" Madiena mengecilkan diri. Takut tersentuh dengan badan Aelden.

"Kau buat apa ?" tanya Aelden.

"Haa..?" Madiena tidak faham.

Aelden membongkokkan tubuhnya supaya sama dengan ketinggian Madiena. Madiena menggeliat kecil. Tidak selesa dengan situasi sekarang. Dah lah semalam tidur sekatil , nasib baik bila bangun tak ada apa-apa yang terjadi.

"Aku tanya kau buat apa ?"

"Masak.." perlahan sahaja suara itu menyapa telinga Aelden.

"Masak apa ?"

"Nasi goreng. Encik tak makan ke ?" tanya Madiena.

"Makan." Aelden menjarakkan tubuhnya dari Madiena.

"Mana yang lain ? Aku tak nampak pun." kaki melangkah ke arah ruang makan.

"Tak tahu.. Saya turun tadi tengok tak ada orang pun." Nasi goreng di dalam mangkuk dibawa ke ruang makan.

Aelden melabuhkan punggung di kerusi. Kerusi di sebelahnya ditarik lalu menarik tangan Madiena supaya duduk di situ. Madiena hanya menuruti. Aelden memandang ke arah Madiena.

"Kau ada suami ?"

Madiena menggeleng.

"Jom kahwin."

Mata Madiena membulat. Terkejut. Aelden hanya melihat wajah terkejut itu sebelum menyedok nasi ke dalam pinggan. Sudu dicapai sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.

"K-kahwin ? De-dengan Encik ke ?" tanya Madiena.

Aelden mengangguk bersahaja.

"WHATT ??!!!" suara seseorang yang bergema itu dilihat. Aryan , Henry , Felix dan Markuez yang baru sahaja keluar daripada lif dilihat.

Madiena menunduk sedikit. Aelden hanya beriak biasa. Relax laa nak kecoh apa , kan ?

"Kau serius ke nak kahwin dengan Princess ?" tanya Felix lalu melabuhkan punggung. Begitu juga yang lain.

Aelden mengangguk.

"Aelden.. You know this thing can be a big risk ?" soal Markuez.

"I know. But if  I want , it means I really want it. I can handle it."

"For real ?"

"Hmm.."

Yang lain hanya diam mendengar. Madiena yang membatu itu dilihat. Henry berdehem sedikit. "Princess macam mana ?"

"Macam mana apa ?" tanya Madiena.

"Kahwin. Setuju ke ?"

Madiena mengerling ke arah Aelden sebelum menunduk sedikit. Gelengan kecil diberikan. Yang lain menelan kelat air liurnya sebelum memandang ke arah Aelden yang memandang tajam ke arah Madiena.

"Kenapa Princess..? Princess takut ?" tanya Aryan lembut.

"Sejak bila si piggie ni pandai cakap lembut sial." bisik Henry perlahan.

"Saya tak kenal awak semua lagi.." suara Madiena menjadi perlahan.

"Bila kahwin kau akan kenal." kata Aelden.

"Tapi saya tak—" percakapan Madiena dipotong Aelden.

"Tak payah nak berdalih sangat. Kahwin dengan aku." seusai berkata Aelden terus melangkah pergi. Nasi goreng di dalam pinggan yang belum habis dibiarkan begitu sahaja.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now