*☾ bab 27 ☾*

21 0 0
                                    

Pergerakan Adeen terhenti. Dia menoleh ke belakang.

"It is just like survive or die option, Adeen."


"Ambiklah gaji ni, banyak ni,"

"Tak nak. Kau jangan paksa aku boleh tak?"

Syafiq mengeluh.

"Okay, okay. Aku janji duit ni, bukan dari XK. Duit ni dari aku, okay? Sumpah."

Adeen menjeling kearahnya.

"Kau ingat aku bodoh ke?"

"Eh tak, tak.."

Syafiq mengurut kepala sendiri. Adeen dengan dia punya kedegilan tak dapat dipisahkan.

"Kau kan ada misi untuk kahwin dengan kekasih Denniz, kau mestilah perlukan duit ni,"

"Bila masa aku cakap aku setuju dengan misi bodoh tu?"

Syafiq mengeluh kuat. Penat macam ni.

"Kau kan haritu dah jumpa dah kekasih dia dekat lintasan belang tu,"

"Siapa? Bila masa aku jumpa dia?"

Syafiq mengeluarkan beg, dan meletakkannya tepat-tepat dihadapan Adeen. Adeen memalingkan pandangan.

"Duit ni, kau buat jelah apa pun yang kau nak buat. Tapi yang paling penting jangan beli makanan pakai duit ni, okay? Tu ja. Assalamualaikum."

Belum sempat Adeen sempat membalas apa-apa, Syafiq sudahpun hilang dari pandangan. Adeen mengeluh.

"Waalaikumussalam."

balasnya perlahan. Dia membuka beg tersebut, banyak wang ringgit dalam tu, tetapi Adeen tetap berniat untuk membuangnya. Tiba-tiba dia berhenti.

"Apa yang istimewa sangat pasal kekasih dia tu?"

ujarnya sendiri. Adeen menutup zip beg itu dan menggalasnya.

...

"Jadi begitulah ceritanya."

ujar Syafiq. Tangan aku masih terketar-ketar. Aku terlalu buntu.

"Ja.. jadi selama ni aku bukan berkahwin dengan Denniz.. tapi dengan-"

"Ya."

Aku memaling untuk memandang Adeen. Kelihatan dia sedang mengalihkan pandangan. Personaliti dia dengan Denniz memang jauh berbeza. Tetapi aku hampir-hampir terfikir yang Denniz benar-benar berubah, tapi ternyata Denniz sudah lama pergi..

Syafiq yang tadi muncul untuk menceritakan segalanya mengukirkan senyuman. Mungkin dia memang kenal Adeen ni seperti buku untuk dia baca semudah itu.

"Tapi, macam mana awak tahu semua ni?"

soal aku ke Syafiq. 

"Oh, aku, em, pencuci dekat kilang milik XK. Dah banyak aku tengok yang terjadi dekat situ dan lagi-lagi.."

Aku mengangkat kening aku. Lagi apa?

"Kejadian Denniz."


Punggung aku dilabuhkan ke atas sofa. Aku perlukan masa untuk menerima segalanya. Ternyata hidup aku bukan biasa. Ini memang luar biasa. Aku memandang kekiri kanan. Maknanya.. rumah ini ialah hasil duit daripada pekerjaan Adeen yang agak.. tidak bagus. Rumah ni memang besar, mesti ada bilik yang tersorok di sekitar rumah ini.

Adeen memang seorang yang misteri. Aku baru sahaja mengorek ke lubang tanah sedikit, sudah aku hampir-hampir ditanam. Rasa seperti ada lebih banyak lagi rahsia yang disembunyikan oleh Adeen. Patutlah hidup aku tidak masuk akal, rupanya kisah aku lebih daripada biasa.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now