*☾ bab 6 ☾*

28 6 0
                                    

Pukul 7:08 am
1 Disember 2023

"Nanti tengahari birthday Azam, kau ikut tak, Denniz?" Denniz yang sedang duduk bersila diatas lantai pun menoleh kearah Syafiq.

"Yelah, nanti aku ikut." jawab Denniz malas.

"Alhamdulillah, baik jugak kau. Kau nak makan roti canai tak? Aku nak beli ni" soal Syafiq lalu mencapai kunci keretanya dan memakai kasutnya di hadapan pintu keluar.

"Nak," jawab Denniz. Syafiq pun hanya menoleh sekali kearah Denniz dan berjalan keluar, kemudian undur balik.

"Tolong sidai baju aku jap! Terima kasih!" ujar Syafiq kemudian laju keluar kembali. Denniz pun mengeluh perlahan.

"Weh kau nak pergi mana tu!!" soal Syafiq.

"Pergi beli hadiah dekat Azam lahh!!" jawab Denniz.

"Aku drive!!" Denniz yang baru sahaja mahu menyarungkan helmet dikepala membatalkan niat. Dia terus berjalan mendekati kereta milik Syafiq dan masuk kedalam.

"Aku beli roti canai ni, satgi lepas beli jom makan kat tangga tepi kedai runcit," ujar Syafiq. Denniz hanya angguk dan mula memakai tali pinggang.

"Kita nak beli apa ni?" soal Syafiq lagi.

"Entahlah," balas Denniz.

"Beli PS5 lah, kau kan banyak duit," ujar Syafiq. Denniz menjeling keatas.

"Lebih baik kita yang main PS5 tu. Beli
Nintendo lah senang" ujar Denniz.

"Setuju," balas Syafiq lalu mula menggerakkan kereta dan keluar dari kawasan apartment universiti.

"Aku ingatkan kau nak beli warna merah, tapi kau beli warna hitam?" soal Syafiq. Banyak tanya dia ni.

"Kan Azam suka warna hitam," balas Denniz. Mereka hanya sabar menunggu lampu isyarat jalan raya yang besar dihadapan.

Lintasan belang yang mempunyai empat laluan disetiap bucu. Memang ramai orang lah! Bila hijau semua terus jalan. Tiba-tiba Denniz rasa macam kenal seseorang yang baru sahaja lalu disebelahnya.

Secara automatik, mulutnya menyebut.

"Sarah?"

Dia berpusing kebelakang untuk melihat reaksi wanita tersebut. Kemudian wanita itu menoleh kebelakang lalu menyabung mata bersama Denniz. Denniz mengukirkan senyuman lalu dia sambung berjalan beriringan Syafiq.

"Siapa Sarah?" soal Syafiq berkerut.

"Nama jenama aje," balas Denniz.

Aku berjalan tapi tetap menoleh kebelakang. Siapa tu? Macam mana dia tahu nama aku? Aku pusing depan aje, nampak seorang perempuan yang memakai spek mata sedang mengangkat kotak dihadapan kafe. Macam kenal?

Dia berhenti sekejap untuk meneka gerangan aku.

"Sarah?" katanya.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now