*☾ bab 7 ☾*

30 4 0
                                    

Pukul 5:00 am
2 Disember 2023

Aku menelefon umi. Aku sekarang berada dihadapan rumah aku. Kenapa ada khemah kat luar ni? Terus aku panik. Aku mengetuk pintu.

"Assalamualaikum!!" aku mengetuk pintu lagi.

"Assalamualaikum-" terus pintu terbuka.

"Waalaikumussalam, haih buat umi terkejut aje adik ni," ujar umiku. Aku sengih bersalah. Kemudian membuka kasut untuk memasuki rumah.

"Apa emergency nya umi?" soalku. Pergerakan umi terus terhenti.

"Pergilah masuk bilik adik," balas umi. Aku terus bergerak menaiki tangga sambil menarik beg roda aku. Aku berjalan lagi dan lagi lalu membuka luas pintu bilikku.

Tiada apa-apa di dalam bilikku. Kemudian aku membuka almari bajuku berniat untuk meletakkan beg roda milik aku, tapi niat terhenti apabila aku ternampak sehelai dress kembang berwarna putih didalam bersertakan dengan tudung selendang berwarna putih.

Macam baju kahwin.. Jeda. Aku terus berlari menurun tangga sambil membawa baju dress putih itu.

"Baju apa ni umi??" soalku dengan dahi berkerut. Umi terus menoleh kearahku.

"Adik bakal berkahwin," balas umiku. Kerutan didahi dan panik mula bertambah.

"Dengan siapa??" soalku lagi.

"Harith. Harith Naufal."

Jeda.

Dengan sepupu aku sendiri? Lawak karut apakah ini? Harith Naufal itu ibarat adik aku sendiri. Dan ya, dia lebih muda dari aku.

"Umi? Kenapa umi tak tanya adik dulu??" soalku cuba untuk tidak meninggikan suara.

"Umi rasa, he is the best for you,"

"Umi! Dia sepupu adik!" balasku.

"And?"

"Takkanlah adik nak kahwin dengan sepupu sendiri.." jawabku perlahan. Umi hanya merenungku kosong.

"The decision have been made, esok dah kahwin. Dah terlambat untuk menarik balik," balas umi. Butir mata terus bertakung. Aku berlari menaiki tangga dan memasuki bilikku.

Aku menutup pintu bilik aku rapat dan menutup mukaku dengan menggunakan bantal. Aku menumbuk-numbuk bantal dengan kuat.

Aku meraung. Kemudian aku mencari telefon bimbit aku di dalam beg aku lalu aku membuka sosial media. Aku tertekan profile aku dua kali, dia terus membawa aku ke akaun lama aku. Tiba-tiba aku ternampak seseorang post story.

Denniz?

Dia seorang sahaja yang masih mengikuti akaun lama aku. Aku menekan story miliknya.

Hadiah

Caption nya lalu ada gambar menunjukkan beg yang sangat cantik dari Dior yang berwarna merah.

Aku menekan profile nya. Kemudian aku baru ingat dia. Denniz.. dia pernah cakap yang dia suka aku sangat-sangat.. Tapi itu hanya cinta monyet! Masih ke dia sukakan aku?

Now, it doesn't matter! Aku lebih rela mati dari kahwin dengan Harith Naufal tu! Dia dahlah playboy, ada bulu badan banyak, lepastu miang dengan ramai perempuan. Geli!

Tiba-tiba aku tertekan punat membuat panggilan. Alamak! Dia terus angkat. Aku buka speaker.

"Hello?... Hello??" balasnya dengan suara yang lembut . Aku menutup mulut tidak membalas.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now