*☾ bab 14 ☾*

20 2 0
                                    

Aku termenung jauh. Fikiran aku melayang memikirkan persoalan Denniz. Jikalau aku menerimanya kembali dalam hidup aku, tidak ada perkara yang boleh menjaminkan diri aku bakal tidak sakit.

Sweet words are just sweet lies.

Tiba-tiba ada tapak tangan melambai di hadapan muka aku. Aku menoleh kearah orang yang melambai. Nampak Arin sedang melambai dan Sam sedang memeluk tubuh.

"Termenung jauh nampak," ujar Arin lalu dia melabuhkan punggung disebelah aku. Begitu juga dengan Sam.

"Aku.. uh.." aku bergelut untuk membalas. Arin mengangkat kening sebelah. Sam pula mula mengeluarkan buku kemudian mula menulis tak mengendahkan kami berdua.

"Denniz lamar aku."

Arin angguk, mungkin dah dapat teka yang Denniz bakal lamar bila-bila masa.

"Aku takut nak terima,"

"Kenapa?" Arin menyoal dengan dahi berkerut. Aku mengeluh.

"Aku tak nak perkara lama diulangi," jelasku. Arin menggangguk faham.

"Well, you should give him a chance," ujar Sam. Aku memusing untuk menoleh kearahnya.

"Tapi.."

"Loving is about accepting eachother imperfections," sambung Sam. Aku merenung Sam dengan reaksi risau. Adakah Denniz yang terbaik untukku?

Sekarang waktu rehat, aku beratur di kantin universiti. Aku ambil makanan, bila pusing belakang aje, tiba-tiba terlanggar orang. Aku terus jatuh terduduk di atas lantai.

"Oh my goodness, I'm sorry-" belum sempat lelaki itu meminta maaf, tiba-tiba bahunya dipegang, kemudian ditumbuk kuat tepat-tepat dimukanya.

Kolar lelaki itu ditarik kemudian mukanya ditumbuk sekuat hati. Tumbukkan bertubi-tubi di lepaskan.

Aku terus berdiri untuk menariknya dari menumbuk lelaki itu. Lelaki yang ditumbuk itu berdiri, kemudian menumbuk Denniz tepat dibibirnya. Bibirnya berdarah.

Denniz yang ditumbuk itu menegakkan badannya, dia mengelap bibirnya yang berdarah menggunakan ibu jarinya. Dia menarik kolar lelaki itu semula.

"Touch her again and you're dead," ugut Denniz. Lelaki itu melepaskan ketawa sekejap.

"And?" soal lelaki itu. Denniz mengerutkan dahinya.

Tangan kirinya mencengkam kolar, tangan kanannya diangkat untuk mencekik lelaki itu kuat. Aku terus menarik tangan kanan Denniz yang kuat mencekik.

Sekuat mana aku tarik, Denniz tetap tidak bereaksi dan cengkamannya langsung tidak dilonggar.

"Denniz Lukka! Stop!" jeritku. Denniz tidak mengendahkan aku.

"Denniz! Saya okay!" ujarku. Aku merenung matanya untuknya membalas pandangan aku. Dia menoleh untuk menyabung mata denganku.

Dia merenung mata aku, kemudian dia menelan air liur. Tapi bukan menelan air liur ketakutan. Cengkamannya dilonggarkan dan dilepaskan. Lelaki yang dicekik terus jatuh terlentang keatas lantai.

Kemudian ada sekumpulan pelajar menarik lengan Denniz kebelakang. Cuba untuk menghentikan Denniz dari berbuat apa-apa lagi.

"Watch out next time," ugut Denniz. Aku merenung lelaki yang terlentang diatas lantai. Mata aku sedikit membeliak. Eh, itu bukan ke.. Faris?

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now