*☾ bab 5 ☾*

24 3 2
                                    

Aku meletakkan kepala aku di atas meja. Dengan perasaan sedih aku mengeluh. Semua orang baru aje pergi rehat, aku pula tak ada selera nak makan, sebab fikir pasal konversasi milik aku dan Denniz semalam.

Aku perlahan-lahan mengangkat punggung aku untuk bergerak ke surau. Sewaktu perjalanan, aku terserempak Aifin dan Laisya yang sedang bergerak kearah destinasi yang sama denganku. Mereka melambai-lambai kearahku, aku membalas lambaian.

"Hi, Sarah," ujar Aifin mesra dengan senyuman.

"Hi," balasku.

Aku menyusun kasut aku ke atas rak kasut yang disediakan. Selepas itu, aku pun masuk kedalam surau bersama Laisya dan Aifin.

Kemudian, aku masuk dalam surau. Aku bukak tudung, tiba-tiba Laisya bersuara.

"Sarah nampak sedih lah, tengok" ujarnya sambil menunjuk kearahku. Aifin pun pusing melihat aku.

"Weh Sarah, kenapa sedih?"  soal Aifin. Aku melihat mereka berdua dengan senyuman keliru.

"Bila masa aku sedih?" tipuku. Tapi mereka hanya melihat satu sama lain dan lihat aku semula.

"Aku nak pergi ambik wuduklah," ujar Aifin lalu berjalan pergi masuk kedalam bilik wuduk.

Tiba-tiba pintu surau terbuka luas. Ternampak Sam sedang berdiri membuka pintu. Bila nampak aku aje, terus dia lambai tinggi-tinggi.

"Hi, Sarah!"

Satu hari yang lepas..

oh finally I can chat with you again.

aku hanya sabar menunggu mesejnya yang seterusnya.

Actually, saya hilang sebulan sebab family saya accident.

aku terkejut. Lalu kemudian dia menghantar mesej lagi.

don't worry, they are okay.

aku menghembus nafas lega.

lepastu saya balik kampung.

oh, I'm sorry to hear that. Are you okay?

yes, I'm okay.

glad to hear that

kemudian dia berhenti membalas. Aku menutup telefon bimbit aku.

Aku membuka mata aku dari tidur yang nyenyak. Mata aku terus tertumpu kepada telefon bimbit aku. Aku mengambil telefon bimbit aku dari meja.

Tiada mesej. Sehingga dua minggu, kami masih tidak bermesej. Kalau mesej pun, aku mesej tak banyak.

Kalau aku post gambar atau video tentang diri aku, mesti dia like. Dia membalas story yang aku post, hanya dua kali. Tapi dia like semua benda yang aku post.

Selepas itu, kita orang bermesej lagi sampai dia skrinshot confession tentang semua orang yang menyimpan perasaan terhadapnya.

Orkeed juga ada banyak bergaduh denganku. Tapi aku dah penat nak layan jadi aku..

I'm sorry Orkeed.

Lepastu aku sudah tidak bermesej dengan Orkeed lagi. Tiba-tiba aku dapat mesej dari Denniz.

can I talk to you?

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now