*☾ bab 19 ☾*

25 2 0
                                    

Aku membuka almari loker universiti lalu menyusun baju aku masuk kedalam almari. Tiba-tiba bahu aku dipeluk.

"Sampai hati kau balik tanpa aku!" ujar Alya. Aku sengih.

"Maaf ya, Alya cinta. Urgent," balasku. Alya meletakkan tangannya atas kepala aku.

"Hihi, eh kita dah lambatlah," ujarnya. Aku merenung ke arah jam di dinding, kelihatan aku mempunyai 15 minit lagi sebelum kelas bermula.

Aku bergegas lalu mengambil beg aku di dalam bilik. Aku mengambil semua buku, lalu memasukkannya ke dalam beg aku.

"Alya, kau tak nak siap lagi ke?" soal aku. Aku mengintai ke luar bilik untuk mencari susuk tubuh Alya, tetapi dirinya tidak kelihatan dimana-mana.

Aku tidak mengendahkannya, kemudian aku terus berjalan keluar dari blok universiti aku.

Aku mengeluh, lalu aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut secara senyap-senyap.

"Ahh, nasib baik aku sempat pergi kelas tadi," ujar aku. Arin hanya memandang aku bosan.

"Aku tahulah kau tak boleh puasa, jangan la makan depan aku," ujar Arin. Aku sengih. Tiba-tiba, aku terdengar suara Sam dari entah ke mana.

"Welcome back to the journalist broadcast station, sekarang anda sedang mendengar suara journalist Nadyyi Mawar or Sammy the Sam. Okey.. Mesti kau orang tertanya-tanya apakah tanda-tandanya jika perasaan kita berkembang kepada seseorang. Perasaan ini ialah satu lumrah manusia yang semua orang akan hadapi walau apa pun jua yang terjadi. Jadi tanda-tandanya ialah, yang pertama, anda akan rasa mabuk cinta. Contohnya, mandi teringat dia, makan teringat dia, tidur teringat dia, jalan teringat dia, pergi kelas teringat dia, macam dia tidak akan pernah berhenti berlengang di fikiran. Itu dinamakan mabuk cinta. Seterusnya, semua rasa perit menghilang dan menyejukkan hati anda dengan kuasa cinta."

Aku terdiam mendengar kata-kata itu. Adakah selama ini hidup aku dilitupi cinta? Aku sambung menyuap nasi ke dalam mulut.

"Selain itu, jikalau kita punya bahasa cinta kita ialah sentuhan fizikal, kita akan mendambakan sentuhan mereka. Jikalau itu bukan bahasa cinta kita ataupun love language, kita akan terobsesi dengan butiran kecil mereka. Dan yang paling terakhir, stereotaip di kalangan manusia yang terjatuh cinta ialah, mandi tak basah, tidur tidak lena, makan tak kenyang. Dan cara yang paling terbaik untuk atasi perkara ini ialah dengan berdoa kepada Tuhan, jikalau dia yang terbaik, dekatkanlah, dan jika dia bukan, maka redakanlah perasaanku kepadanya."

Aku tertumpu kepada keseluruhan siaran yang disiarkan oleh Sam. Aku menoleh ke arah Arin, dia juga tertumpu ke arah siaran Sam. Kemudian Sam menyambung.

"Itu sahaja untuk hari ini, harap siaran ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. X.O.X.O, itu sahaja dariku, Nadyyi Mawar. Terima kasih kerana mendengar siaran ini."

Akhirnya,nasi yang aku jamah sebentar tadi habis dalam sekelip mata. Tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan yang kuat.

DUSH!

Aku terus menoleh ke arah punca bunyi. Arin pun menoleh sama, tetapi tetap tidak dapat jumpa punca bunyi.

Aku terdiam dan berfikir seketika. Aku menoleh ke arah Arin. Aku menghela nafas panjang lalu aku mengambil sapu tangan untuk mengelap mulut aku.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now