BAB 12

7 3 0
                                    

Biar hati terjerut sakit, jangan dizahir lemah yang tersorok

Hibanya hati Naziefa melihat Azhari dikendong naik ke atas rumah lalu dibaringkan di tempat sedia. Dirinya hanya mampu mengekori dari belakang dan memerhati sahaja apa yang ayahnya buat. Kudrat orang tuanya yang tak seberapa menggoyahkan ketenangannya. Sungguh hatinya rasa bersalah apabila melihat si ayah terpaksa berhempas pulas sendirian menggendong sang anak. Satu-satunya keturunan yang bakal membawa nama Razak. Tetapi Tuhan tak izinkan.

Betapa dia tak mampu hilangkan rasa bersalah di dalam dada walaupun sudah tiga tahun sejarah pahit itu ditinggalkan ke belakang. 

“Maafkan Efa, ayah,” pohon  Naziefa sebaik sahaja tubuh tua itu menyandar ke dinding. Hembuskan nafas lalu memanggung sila.  Tangan si ayah diraih lantas di kucup mesra. “Efa nak pergi jenguk Hari tapi mak cakap tak payah sebab drai KL ayah terus ke hospital. Nak bawa balik Hari,” jelas Naziefa sambil menunggu ayahnya membuka mulut. Namun terbit debar di dalam dada apabila wajah Pok Jak nampak sungguh lain. Riak wajah itu seperti tidak puas hati akan sesuatu. 

Terus hati gadisnya dilanda garuda. Apatah lagi ayahnya menekur ke bawah. Tak lama panggungkan kepala lalu mengusap permukaan dahi terus ke belakang kepala. Dua tiga kali juga ayah berbuat begitu. Tiba-tiba telinga mendengar nafas si ayah yang menderu bagaikan ribut di tengah laut. Naziefa dapat membaca. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi. Mungkin ada orang yang telah membangkitkan kemarahan ayahnya. 

Mungkin. 

Atau… apakah ayah terlalu letih - lelah kerana begitu lama dihinggut kereta di jalan raya dan tak sempat hendak berehat terus membawa Azhari pulang ke rumah.  Mungkin juga. Namun hatinya tak mampu ditenangkan. Akal pula langsung benak.

Wajah ayah benar-benar tak cukup tenang. Hati Naziefa teramat bimbang. Apakah akan ada malapetaka yang bakal menggoncang kerukunan sekarang.

Dia tidak pasti.

Dek risau akan air muka ayahnya, mata Naziefa berpindah ke wajah Azyan. Adiknya yang berusia 17 tahun itu pula dari tadi masam mencuka. Langsung tidak menegur sebaik sahaja bertemu muka. Wajah Azyan berkerut bak mangga jeruk. Bersalam pun dingin. Malah langsung melangkah masuk ke bilik. Naziefa tertanya-tanya namun dia tak mahu mengundang bala lalu ke dapur. Ketika itu emaknya sedang membetulkan kedudukan Azhari.

Baru saja keluar dengan segelas air kosong matanya disapa insiden yang menyesakkan dada.

“Kau….”

Pok Jak bingkas bangun. Melihat Abang Man yang sedang melangkah ke mari orang tua itu tidak menunggu lama. Terus mendekati lalu melibas belakang lelaki itu dengan kain batik lepas yang tersangkut di bahu.

“Macam mana kau buat kerja, hah. Penat-penat aku jual suara satu sen pun tak jadi kerja,” jerkah Pok Jak dengan muka  merah menyala. Sedari tadi menahan lahar dalam hati. Akhirnya meletus sebaik sahaja orang yang membuat ulah muncul di depan mata.

Ketar lutut Naziefa melihat lelaki yang diharapkan ayahnya dipukul bagaikan anak kecil. Siap dengan bebelan pedas dan berapi. Abang Man pula hanya diam sahaja. Langsung tak melawan.   

“Kau….” 

Pok Jak melibas lagi. Tak puas hati kerana apa yang terbuku di dalam dada belum lagi terbelah dua. Nampak radio usang di tepi tilam Azhari, terus tangan itu mencapainya. Tak sempat hendak membalun Mok Yah datang menghalang. Menolak Abang Man ke dinding dan mesin bersuara itu tidak sempat singgah di kepala jejaka terbabit. Sebaliknya melompat keluar dari jendela yang terbuka. 

Radio itu sudah tidak usang lagi. Akhirnya selamat juga untuk disemadikan di dalam tong sampah.

“Ayahnya. Kenapa ni. Man tu baru sampai pagi tadi. Esok pula nak bertunang. Kalau dia cedera ayahnya masuk lokap nanti.” Mok Yah menyedarkan suaminya namun amarah Pok Jak masih membadai.

TARANUM kasih NAZIEFAWhere stories live. Discover now