Delilah mula pasang kekuda ketika melihat tanda-tanda Diaz masih lagi tidak berpuas hati. Dalam sekelip mata, kedua-duanya saling berkejaran.

"Delilah!!" Suara Diaz di celah gigi. Delilah di hadapan pula mengekek ketawa. Dah serupa singa abang tirinya mengejar, tapi langsung tak buat dia gerun. Lagi dia bantai gelak!

"Kau sini.. sini! Barua betullah budak ni!" Aksi ganas mula berlaku. Menerajang dan diterajang. Seinci Diaz mahu dekat, Delilah dah angkat kaki tinggi hendak menyepak.

Beberapa insan yang berada berdekatan terkebil-kebil melihat adegan tersebut. Hairan dan tertanya-tanya dengan perangai anak bos mereka. Apabila menyedari Tuan Amza juga berdiri tidak jauh dari situ, Diaz dan Delilah terus beriak selamba. Tidak mahu memalukan lelaki itu di hadapan para tetamu yang ada.

"Baba.." sapa Diaz. Sekilas dia menjeling Delilah yang menayang senyum kepada Tuan Amza, Lea serta beberapa tetamu yang tidak dia kenali.

"Anak bujang you, Am?" Seorang wanita yang kelihatan sudah berumur menyoal Tuan Amza sambil memandang Diaz dengan penuh minat.

"The only one." Lebar senyuman Tuan Amza.

"Dah besar ya, dia.. handsome!" Ujar wanita itu lagi. Diikuti dengan ketawa tetamu yang lain.

Mendengar pujian itu, spontan Diaz mengerling Delilah dari ekor mata. Saja mahu membangga diri.

"Bertuah you, Am.. dapat anak sepasang. Cantik tampan belaka."

Eh?

Suasana jadi senyap serta-merta.

"Err.. ini anak you jugak?" Kali ini seorang lelaki pula yang bertanya. Penuh kemusykilan dan terkejut kerana setahu dia, anak Amza Khaizan hanya seorang.

"Eh, no.. ini anak perempuan saya." Lea terlebih dahulu membetulkan bicara wanita tadi. Membuatkan mereka yang disitu mengangguk-anggukkan kepala dan suasana kembali riuh dengan ketawa.

"Oh.. sorry! I thought anak Am sepasang lelaki dan perempuan."

Diaz dan Delilah bertukar pandang sebelum meninggalkan mereka yang masih berbual. Malas nak ambil peduli.

"Kau dengar tadi tu? Ada orang kata, kalau orang-orang tua memuji kita, maknanya pujian tu memang betul."

Terburai ketawa Delilah.

"Mitos dari celah mana kau dengar tu, Diaz? Yang aku tahu, bila baby duk tenung kita, itu maksudnya kita betul-betul attractive." Cantasnya membuatkan wajah Diaz berubah polos.

"Iye?" Eh, tak pernah pula dia dengar..

Delilah tahan gelak. Muncul idea jahatnya. Tidak jauh dari situ, dia menggamit dua orang budak lelaki lingkungan tujuh tahun yang sedang bermain badminton.

"Adik.. adik tengok muka abang ni kejap. Handsome tak handsome?" Bahu Diaz ditepuk beberapa kali sambil tersenyum miring.

Terkebil-kebil budak dua orang tu sebelum berpandangan sendiri. Riak serius Diaz direnung lagi.

"Muka garang.." komen mereka serentak. Delilah tergelak tanpa suara.

Drastik Diaz menjegilkan mata. Berani budak-budak ni kutuk dia?

"Yang ini bukan baby, tapi budak dah tua bangka!" Tempelaknya."Eh, budak.. bak sini racket tu. Kau pergi main benda lain."

Selamba badak dia merampas racket badminton dari dua orang budak lelaki tersebut.

Terus laju Delilah menampar lengan Diaz. Kesian pula dengan dua budak yang terpinga-pinga tu. Diaz ni kalau bawa watak pembuli memang cun! Tak perlu nak pergi audition dah.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now