Aku tak jumpa tang celah mana lawaknya. Hambar betul laki aku buat lawak. Akhirnya aku jumpa juga satu kelemahan dia. Lawak hambar. 

"Awak bercakap dengan siapa kat depan kafe?"Soalanku yang mengundang maut menyebabkan Muqris tersedak. 

Merah mukanya menahan perit. Setelah membilas tekak dengan air masak barulah dia membuka mulut. 

"Kau nampak rupanya. Dia kawan aku."

"I never knew you had a 'girl' friend." Perkataan 'girl' sengaja ditekan. Sekali lagi, dia tersedak. Nampaknya dia terperangkap dengan kata-kata sendiri. Betul apa yang aku cakap. Aku tak pernah tahu pun dia ada kawan perempuan. Selama ni sibuk berkepit dengan Ajwad. 

Aku setia menanti jawapannya.

"Jangan salah sangka. Tu anak panglima, aku berkawan dengan dia sebab dulu dia minat kat aku dan kitaorang pun hampir dijodohkan," ujarnya sambil ketawa. Air disisip.

Seketika aku diam. Ting! "Oooo...Maksudnya awak hampir berkahwin dengan dia la ni."

Kali ini dia tersedak air. Terbatuk-batuk cuba mencari nafas. "Kau nak kata aku pun suka dia ke?"

"Haaa! I tak cakap, u yang cakap. Ooo...Kira betul la awak pun suka dia. Kenapa tak kahwin dengan dia? Saya rampas awak dari dia la ni. Patutlah!" Jari ditunjukkan ke arahnya. Laju aku menuduhnya.

"Mana ada!"

"It's ok. Saya faham. Dia cantik, saya ni siapalah kan kat mata awak,"ujarku dengan nada sedih. 

Muqris menepuk dahi.Pening melihat perangaiku. Kan dah cakap, kena hadap pelbagai perangai aku. Padan muka!

"Kenapalah awak tak kahwin dengan dia. Percuma dapat isteri macam model, cantik, anak panglima pulak. Hurmmm..."

Keadaan sunyi buat seketika. Masing-masing menikmati makanan yang berbaki. Hanya kedengaran kipas yang berpusing.

"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku dah jumpa kau. Buat apa nak berkahwin jika hanya salah seorang saja yang sayang,"kata Muqris setelah sekian lama mendiamkan diri.

Kali giliran aku pula yang tersedak. Air yang Muqris hulurkan aku teguk dengan rakus. Tangan kirinya menepuk belakang aku. Rasa perit di kerongkong mula hilang. Tak pasti sama ada aku terkejut bila dia kata dia jumpa aku atau pasal kahwin tadi. 

Tapi apa yang aku pasti ayatnya double meaning.

"Cepat siap. Nanti nak hantar aku pergi airport. " Muqris mengangkat pinggan yang kotor termasuklah pinggan aku lalu berjalan ke dapur. 

Kata Muqris, dia perlu pergi ke Pangkalan di Kota Kinabalu. Malam tadi dia beritahu, baru aku gelabah tanya tiket dan barang-barang dia semua. Tu la, tak masuk dalam kepala lagi. Pasangan lain bergaduh pun masih ambil kisah kelengkapan suami. Aku? Muqris tengah buat apa pun aku tak ambik tahu.

Selesai menyiapkan kerja rumah, kami berdua terus menuju ke lapangan terbang. Suasana di KLIA 2 agak sesak dengan orang ramai. Bagasinya siap dibalut dan check in. Jika dilihat pada departure board pun kapal terbang yang bakal dinaiki Muqris tidak berlaku sebarang  penangguhan. Alhamdulillah. 

"Kenapa awak kena pergi kem kat Sabah pulak? Saya ingat awak pergi kem kat Lumut."Sementara menunggu penerbangan, kami berdua duduk di kerusi yang disediakan di sekitar lapangan terbang.

"Aku kena escort kapal tangki minyak. Misi kali ni agak santai tapi tak boleh ambil mudah," jawab Muqris lembut. 

Uish! Kapal macamtu pun kena iring eh. Baru aku tahu. Aku ingat tugas askar ni pergi berperang je.

Mr Vader (OG)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz