Bab 12

415 45 2
                                    

   "8 hari! "

   Terkejut aku dengan jeritan Muqris. Nasib baik tak melayang bungkusan nasi lemak di tangan aku. Kalau tak, sama -sama berputih mata melihat nasi lemak selamat berciuman di lantai.

    "Ris! "marahku. Geram.

    Muqris ketawa kuat. Kelakar dengan reaksi aku.

     "Sorry. Sorry. "

     Bibir diketap geram. Sabar jelah!

     Tangan menghulurkan bungkusan nasi lemak. Bersinar sinar mata Muqris melihat bungkusan.

     "Ashik emak! Dap erm! "Bulat mata Muqris melihat nasi lemak. Wajahnya tersangatlah ceria.

    Aku ketawa kecil. Comel!

    "Jom makan." Aku menyediakan pinggan. Nasi lemak diletakkan di atas pinggan. Satu untuk aku. Satu untuk Muqris.

    Buka sahaja bungkusan nasi lemak, bau sambal menusuk ke dalam rongga hidung. Kecur air liur aku. Doa dibaca. Terus disuap ke dalam mulut.

    "Mana yang lain? "tanya Muqris. Mulutnya penuh dengan nasi lemak.

    "Sekarang baru pukul 8:15 pagi. Yang lain datang pukul 9:00 pagi. Lupa ke? "Aku mengingatkan Muqris. Sejak dua menjak ni aku dan Muqris orang yang terawal di kafe.

    Muqris tersengih.

   "Lupa. "

    Sambil menyuap nasi lemak, aku melihat Muqris. Leka sangat dengan nasi lemak sampai tak perasan aku perhatikan dia.

    Kenapa naluri saya katakan ada sesuatu yang awak sembunyikan dari saya? Kenapa awak selalu ada dengan saya? Awak ni siapa sebenarnya Muqris?

    "Apa maksud awak tadi? 8 hari lagi? "What the heck, Fatima Ashal! Lain yang kau fikir, lain yang kau tanya.

    "8 hari lagi lah sebelum saya nak pencen. "

    Muqris menghabiskan nasi lemaknya. Sempat dia sendawa.

   "Tak sopan, Ris. Lepas makan kena ucap apa? "Aku menegur.

   "Alhamdulillah. "ucap Muqris. Dia menggosok perutnya.

    Tak senonoh!

    "Ei! Perut buncit. "ejekku.

    Muqris mencebikkan bibir. "Biarlah buncit. Asalkan bahagia. "

    Aku mengutip sisa makanan. Pinggan Muqris diambil. "Dah. Dah. Sambung kerja. "

  "Aip! Aip! Kapten! "

  Sakit. Hati aku sakit sekarang ini. Melihat Haizul datang ke kafe sebagai pelanggan. Bukan seorang diri. Tapi dengan seorang perempuan. Wajahnya nampak bahagia. Sampai ketawa dengan perempuan itu.

    Haizul seakan akan tidak terkesan dengan apa yang berlaku pada kami berdua. Reaksinya sewaktu aku mengambil pesanan seperti kami saling tidak mengenali antara satu sama lain.

    Auch!

    Sabar Ashal. Move on. Cari lelaki lain untuk buatkan Haizul cemburu.

   "Fatima bushuk! "

    Hm. Tak payah teka pun dah tau siapa.

    "Macam mana delivery? "Sambil mengelap di bahagian kaunter aku bertanya.

     Muqris mengeluh.

     "Panas! Tapi best sebab pergi hantar kat rumah orang kaya. Best uuu tengok rumah besar. Lagi -lagi bila rumah tu rumah amoi. "cerita Muqris rancak.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now