Bab 40

169 21 0
                                    

Air disisip untuk menghilangkan rasa dahaga. Hampir separuh cawan air yang tinggal, kelibat Afiq langsung tidak kelihatan. Betul-betul janji melayu dia guna. Aku tak kisah kalau lewat setengah jam macamtu tapi sekarang lebih dari setengah jam aku tunggu dia. Urgh! Geramnya aku.

Aku dan Afiq berjanji untuk berjumpa di kafe kedua milik aku. Katanya dia ada beberapa maklumat untuk dikongsi. Alang-alang dia ajak, aku setuju je. Aku pun ada beberapa soalan untuk ditanya kepadanya. 

Hampir pukul 6 petang. Aku dahlah kena balik awal, nanti ibu report kat Muqris mampus aku kena tibai. Afiq tu bujang. Siapa nak marah dia? Air yang masih berbaki dihirup sehingga habis. Bunyi kerusi di hadapanku ditarik memecahkan kesunyian.

"Sorry weh! Aku sesat tadi, tak jumpa kafe kau. Biasanya aku pergi yang kat pantai tu. Kafe kau yang ni aku tak pernah datang." 

"Takpe dah biasa,"balasku sarkrastik. Pakai telefon mahal-mahal pun boleh sesat. Tak boleh buat suami nanti sama-sama sesat sampai mampus. Reject awal.

Afiq mengeluarkan beberapa jenis fail dari beg galasnya. Sekeping fail nipis diletakkan di hadapanku. "Kau ingat tak pasal lelaki yang stalk kau?" Tak ada simpang menyimpang, terus kepada topik utama.

"Ingat." Memanglah aku ingat. Sampai ke harini dia ikut aku ke mana-mana. Entah-entah 'lelaki' itu turut berada di sekitar kafe. Cuma aku je yang tak kenal. Scary gila. 

"Dia dah kena tangkap 2 minggu lepas."

Hampir terlucut cawan yang aku pegang. Terkejut.Apa?! L-lelaki tu dah ditangkap? 2 minggu lepas? Habistu siapa yang hantar surat kepada aku selama 2 minggu ni? Semalam, siapa yang ikut aku hantar Muqris ke airport

Takkanlah orang lain. Kandungan surat itu sama, 'aku nak cip', 'cip nak aku,' 'aku ialah cip'. Taklah gurau bodoh je. Nak hilangkan rasa takut.

"Kau biar betul Fiq. Lain macam lawak kau,"selorohku untuk menghilang debaran. Melihat wajah serius Afiq, aku yakin dia tak main-main.

Bulu romaku menegak. Seram. Kesimpulan awal yang aku boleh buat ialah bukan dia yang mengikuti aku selama ini. Atau yang ditangkap tu hanya kambing hitam. Tapi apa yang dia nakkan dari aku?

"Sabar, jangan buat muka macam hilang laki. Eh tapi memang laki kau hilang pergi laut pun sekarang ni,"gumam Afiq.

"Ada yang jadi umpan memancing ni karang." Pasal suami jangan buat main ea. Sensitif. Kitonyo manjo.

Afiq gelak. Suka dapat kacau aku.

"Kembali pada topik utama kita, aku ada jumpa maklumat yang menarik. Lelaki yang stalk kau ni ada kaitan dengan seorang penjenayah laut. Senang cerita lanun. Ketua lanun ni bukan bishe-bishe, dia pandai rangka strategi untuk merompak,bersembunyi dan mungkin tu salah satu sebab lelaki ni susah nak tangkap."

"Dia ni terkenal di kalangan nelayan, kalau nelayan-nelayan naik ke laut memang dorang berharap tak jumpa dengan si lanun ni. Dia terlepas dari penjara sejak 4 tahun lepas. Tak banyak maklumat yang aku dapat sebab bukan dalam tugas aku. Ni dikira kau luck dapat maklumat pasal dia ni," terang Afiq panjang lebar. 

Ayat sama je mamat ni bagi. Tak banyak maklumat. Jangan sampai aku upah spy.

Fail yang berada di hadapanku dibuka. Biodata yang lengkap tersenarai berserta gambar. Theo Parto. Seorang lelaki yang berusia 35 tahun dan berkulit sawo matang. Parut yang kira-kira 3 inci di mata kanannya menambahkan lagi air muka yang kejam. Sekali tengok dah boleh tahu yang lelaki ni penjenayah. 

Lelaki ni ke yang stalk aku selama ni? Ke bukan? Cip yang disebut pun sehingga hari ini aku tak tahu cip apa. Dia ingat aku ni buka kedai jual cip ke? Aku ni bukan anak Datok atau Tan Sri yang boleh dijadikan tebusan. Nak suruh beli Lamborghini tu boleh tapi hutang la.

Mr Vader (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang