Bab 27

346 36 1
                                    

Seram aku nak bawak kereta mahal Muqris. Dia tenang duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Ceh! Nak jadi passenger princess katanya. Dengan pakai uniform tentera laut. Pagi tadi bukan main menggedik nak suruh aku hantar dia ke pangkalan. Kisaie pun sama naik menangis nak jumpa Uncle Handsome kesayangan dia.

Hairan juga aku dengan Muqris. Sekadar tentera laut biasa tapi, boleh pakai kereta mahal- mahal. Jangan kata dia pun tergolong dalam geng- geng 'trader' sudah! Manalah tahu, kan?

Kereta diparking kemas. Gear ditarik ke P.

"Jom!"

Muqris mengambil Khaled dari carseat. Sekarang Khaled pun dah memilih nak dengan Muqris je 24 jam. Eloklah semua anak saudara aku nak dengan dia je. Aku selaku mak saudara kandung elok jadi patung. Tak ada guna. Huh!

"Ambil gambar kejap." Muqris menghulurkan Iphone miliknya.

"Abang, ambil gambar dengan hantu cina tu."arahku.

Mata Muqris terjengil. "Hantu cina kau panggil aku?"

Lidah dijelir.

Beberapa keping gambar diambil. Selesai mengambil gambar, aku mengembalikan Iphone kepada tuannya. Tangan kecil Kisaie aku pimpin. Risau sekiranya budak ni terlepas, pergi terjun laut. Menangis tak berlagu aku. Budak- budak mana yang tak suka bermain air. Geram tengok air laut depan mata, tahu -tahu dah ada kat dalam.

Aku berjalan seiring dengan Muqris. Kalau orang tak kenal kami mungkin mereka sangkakan sebuah keluarga bahagia, isteri hantar suami ke pangkalan. Biarpun sebenarnya anak saudara. Kelihatan beberapa tentera lain juga turut dihantar oleh keluarga. Ada yang dihantar ibu bapa, isteri dan sebagainya. Rasa kerdil pula sedangkan aku dengannya tiada apa- apa ikatan tapi aku turut menghantarnya.

"Tuan!" Seorang tentera menabik hormat.

Muqris mengangguk kecil apabila ditegur. Aku mengambil Khaled dari dukungannya.

Aku ni tak adalah bodoh sangat walaupun di tepi bajunya tertulis KD Panglima Hitam yang aku tak tahu apa maknanya. Kalau ditabik hormat, siap panggil 'Tuan' maknanya Muqris ni dalam kategori berpangkat. Tapi tak pula aku nak tanya.

Badan dipalingkan. Muqris menyamakan parasnya dengan Kisaie. "Okay, boy. Dengar cakap Acu tau. Nanti Uncle Handsome balik lepas 3 bulan tau?"

"Alooo! Lamanya. Uncle Handsome janganlah pergi. " Kisaie mencebikkan bibirnya. Air mata bergenang di kelopak mata.

Tengok! Punya rapat dengan anak saudara aku. Khaled pun merengek nak berdukung dengan Muqris.

"Sekejap je. Nanti Uncle Handsome baliklah."pujuk Muqris. Kepala Kisaie dicium.

Muqris kembali berdiri. Kepalanya ditundukan sedikit.

Kalau Muqris berdiri tu macam biasa aku kena dongakkan kepala."Jaga diri."

Bibirnya ketawa kecil.

"Aku kena campak tengah laut kot. Nak jaga diri buat apa? Lainlah kalau terserempak dengan Megalodon."Selamba dia berkata. Sejurus itu dia mencubit pipi Khaled.

"Tak kelakar, Ris." Meremang bulu roma aku. Aku tak boleh kalau dengar nama haiwan laut. Seram! Auto terbayang ikan yang tinggal jauh di dalam laut bergigi tajam, sotong gergasi, jerung jangan cakaplah. Tengok 47 Meters Down pun aku menjerit macam tengok cerita hantu.

"Lana Del Rey once said in Summertime Sadness 'Think I'll miss you forever, like the stars miss the sun in the morning sky.' See you soon, bear." ucapnya lembut.

Automatik bibir mengukir senyuman.

"But the stars never meet the sun." ujarku.

Sebelah kening lebatnya terangkat. "Ouh, really? Then Lana Del Rey must be lied on me all this time."

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now