Bab 21

432 38 0
                                    

Badan dipusingkan ke kiri. Tidak sampai sesaat, aku memusingkan badan ke kanan. Mata dipejam.
Kejadian di KLIA tempoh hari masih melekat utuh di fikiran. Mata kembali dibuka. Aku menolak comforter yang membaluti tubuh. Rambut dikusutkan. Serabut! Kata -kata Muqris masih kedengaran di telinga aku seperti dia baru mengatakannya semalam. Sudah seminggu sejak aku menjemput Angah dari KLIA.

Aku bergerak turun dari katil. Rambut yang serabai sempat aku ikat sebelum aku bergerak ke beranda bilik. Sebaik sahaja sliding door dibuka, angin malam menampar lembut pipiku.

Kerusi rotan menjadi tempat aku melabuhkan punggung. Laju kaki aku duduk bersila. Salah satu tabiat yang aku tak boleh buang. Hatta duduk atas kerusi, memang wajib aku duduk bersila.

"Muqris gila. "ujarku seorang diri.

Memang betul. Dia gila. Kepala ada terhantuk kat mana -mana sampai berkata perkara yang mustahil. Sangat mustahil.

Bunyi notifications menandakan ada mesej masuk. Mesej itu aku baca dari lockscreen sahaja. Macam tau -tau aku tengah terfikir tentang dia.

Bald monk: Tidur awal. Jangan fikir banyak sangat.

Bald monk. Nama yang aku letak untuk Muqris. Sebab dulu zaman sekolah kepala dia botak macam sami. Hanya sesetengah orang yang tahu termasuk aku kerana ditutup dengan kopiah. Macam mana aku tahu kepala dia botak? Biarkan ia menjadi rahsia.

Mesej yang dihantar Muqris sekadar aku baca. Tiada keinginan untuk membalas mesejnya. Jangan fikir kepala hotak lu! Memang aku sejenis overthinking. Dasar sami botak.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Lebih baik aku masuk ke dalam.

"Auch! "Aku mendesis kesakitan apabila ibu jari kaki terlanggar dengan kaki kerusi.

Urgh! Setiap kali aku kutuk sami botak tu mesti akan dapat balasan. Tak fahamlah!

Ketika aku bergerak untuk masuk ke dalam bilik, bahuku terlanggar dengan sliding door. Kan dah kata! Pantang aku kutuk Muqris, auto dapat balasan.

Malas mahu berfikir tentang Muqris. Menyerabutkan kepala aku je. Kepala diletakkan saja di atas bantal terus aku terlelap.

"Are you insane? "Soalan pertama yang aku tanya setelah pulang dari KLIA. Kepala dijenguk ke dalam rumah. Bimbang sekiranya Angah mendengar perbualan kami berdua.

"Crazy. I prefer that word. "

"Muqris! "Nada suaraku menaik. Geram.

"Hantar abang ipar ke rumah je. Apa yang gila? "kata Muqris dengan tak bersalah. Muka selamba ditayangkan.

Yang ini satu hal. Aku tak tau jin mana yang rasuk Muqris, dia menawarkan dirinya untuk hantar sampai ke rumah. Dalam kereta rancak dia bercakap dengan Angah macam kenal 10 tahun. Apa yang aku tak boleh tahan bila Muqris dengan selamba badaknya suruh aku duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Kalau aku berkeras tak nak, terus Muqris berikan amaran melalui matanya.

"Tak kelakar. Awak kenalkan diri awak sebagai teman lelaki saya? Seriously? Saya tak pernah ada ex dalam seumur hidup saya. "Bengang betul aku. Suka hati hidung dia je letak pangkat yang 'tak diiktiraf '.

"Ezul? "

"Excuse me? He's not my boyfriend. Both of us didn't declare anything. He likes me. I like him. That's it! "jelasku. Memang betul aku dan Haizul tiada apa -apa hubungan. Sekadar kawan. Sehingga hari ini aku rasa terkilan disebabkan dia memutuskan persahabatan tambahan pula kami berdua memutuskan untuk ke hubungan yang lebih serius.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now