"I'm dead."

***

Mata dibuka perlahan-lahan. Keadaan sekeliling diperhati dengan kerutan di dahinya. Kepalanya terasa sakit itu disentuh lembut. Semakin berkerut dahinya apabila merasakan kepalanya berbalut di dahi.

"K-kat mana..?" omelnya perlahan.

Tekaknya yang kering itu menyukarkan suaranya untuk dilontarkan dengan lebih kuat. Sofa yang diduduki olehnya itu dilihat lalu bangun dari baringan. Bilik yang kosong tanpa barang di dalam dilihat. Sangat gelap. Langsung tiada cahaya lampu mahupun dari cahaya matahari sendiri.

"A-abang..?" panggil Madiena.

"Abang ke ?" tanyanya sendiri. Kelainan bilik ini membuatkan dia menafikan bahawa Kla Aat yang membawanya ke sini.

"Ab—"

"Diena." panggilan itu membuatkan dirinya kejung. Tiada siapa yang memanggilnya Diena selain Kla Aat dan arwah Harith.

"Die—"

"Cukup." Madiena bersuara. Kepalanya disentuh. Keluhan lega dilepaskan dalam diam kerana masih ada tudung di kepalanya.

Kla Aat yang perhati itu sedikit pelik. "Kepala Diena sakit ke ?" tangan cuba untuk menyentuh bahu gadis itu.

Namun , pantas dielak oleh gadis itu. Tubuh dipusing menghadap Kla Aat. Wajah tua itu dipandang dengan pandangan yang sunggul. "K-kat mana ?" serak suaranya.

Mendengarkan suara anak angkatnya yang serak itu , pantas Kla Aat mengambil segelas air lalu dituang ke dalam gelas. Kaki kembali melangkah ke arah Madiena. Sempat suis lampu ditekan.

Madiena mengecilkan matanya apabila cahaya mula menerjah masuk ke dalam anak matanya. Cahaya yang terang itu membuatkan kepalanya berpinar sedikit. Mungkin kerana kesan hentakkan dan baru sedar daripada pengsan.

"Air.."

Gelas yang dihulurkan dipandang kosong. Ragu-ragu dengan Kla Aat yang diluar jangkaan. Kadang baik , kadang jahat. Sofa yang dia baring sebentar tadi dihampiri lalu duduk di situ.

"Minim air , Diena. Suara dah tak ada tu."

"Masalah B-baba ke ?" tanpa memandang ke wajah tua itu , Madiena menyoal.

Kla Aat mengeuk air liurnya perlahan. "Jangan buat Baba marah. Diena sendiri tahu apa yang akan terjadi nanti." Kla Aat memberi ingatan.

Madiena menunduk. Senyuman hambar terlakar di bibir. "Buatlah apa yang Baba mahu. Diena dah tak kisah. Biarlah Diena mati daripada tanggung rasa sakit berada dalam genggaman Baba."

Gelas di tangannya digenggam kuat. "Diena takkan mati. Selagi Baba tak dapat apa yang Baba nak , Diena takkan mati."

"Apa yang ada pada Diena sampaikan Baba sanggup buat macam ni ?" persoalan yang selalu berlegar di kepala akhirnya disoal.

Kla Aat diam.

"Apa , Baba ? Perempuan di sini tiada apa yang Diena ada ke ?" matanya berkaca memandang Kla Aat. Dia langsung tidak faham. Tidak mungkin hanya kerana badannya sahaja. Masih ramai lagi perempuan di luar sana yang mempunyai bentuk tubuh yang cantik.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now