"Cantik" getus Dahlia melihat cincin yang ada bentuk swan itu. Macam rantai tadi.

"Aku ambil yang ini" bidas Xavier yang muncul dari belakang Dahlia itu.

Dari tadi dia melihat Dahlia yang masih tidak membuat pilihan untuk ambil yang Mana dan dia tahu Dahlia tidak akan memilih benda yang mahal kalau bukan dia yang paksa.

"Rean..kenapa awak ni hari tu awak bagi saya gelang dah ni nak belakang saya cincin. Cincin tu mahal lah. Saya mana ada duit nak bayar balik cincin dekat awak"

"Ada aku suruh kau bayar. Suka hati aku lah nak buat apa dengan duit aku. Lagipun duit aku juga lah bakal jadi duit kau nanti so tak salah aku nak beli something special for my angel" sinis Xavier membawa Dahlia ke arah satu kerusi jauh dari tempat duduknya tadi.

"Sejak bila saya jadi isteri awak..Kita belum kahwin lagi pun dan bila masa saya terima nak awak jadi suami saya"

"Kau lupa ke janji aku dulu. Aku takkan sesekali lepaskan kau lepas apa yang aku dah buat pada kau"  sinis Xavier lalu meninggalkan Dahlia yang baru sahaja ingin berkata itu lantas Dahlia mendengus kasar.

"Sekali dengan rantai yang my wife ambil tadi" ujar Xavier lalu menghulur black cardnya kepada pekerja wanita itu.

"Terima kasih dan datang lagi ye encik" ujar pekerja wanita itu sambil menghulur beg kertas kecil kepada Xavier bersama black card di kembalikan kepada pemiliknya semula.

"Kau lapar?" soal Xavier kepada Dahlia yang berdiam diri itu.

Dahlia mengeleng tanda tidak lapar. Tapi memang betul lah dia tiada selera. Sejak akhir-akhir ini dia memang tiada selera nak makan biarpun makanan tu menarik tapi sorry duhai makanan.

"Awak saya dah kata saya tak lapar" ujar dhakia apabila perasan yang langkah Xavier semakin hampir dengan sebuar restoran di mall ini.

"Tapi aku lapar" bidas Xavier lalu melabuhkan punggungnya pada satu sudut meja yang kurang ada orang disana.

Dahlia hanya turut sahaja dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Xavier itu.

"Kau tunggu sini. Jangan nak lari" Xavier pergi ke arah kaunter untuk memegang makanannya.

Dahlia hanya mengangguk dan menghantar susuk Xavier dengan ekor matanya sahaja lalu mata dialihkan ke arah lain. Melihat suasana orang yang sedang berjual beli.

Tanpa dia sedar, ada satu figura yang sedang memerhati mereka berdua dari kedai emas lagi sehingga sekarang.

Xavier berdehem.

Dahlia tersentak dengan deheman Xavier lalu memandang Xavier yang sudah melabuhkan punggungnya bersama makanan yang diorder tadi.

"Saya kata saya tak nak" ujar Dahlia kepada Xavier yang menghulur satu mangkuk kecil yang berisi fried fries.

"Makan. Kau dari dua hari lepas kurang sangat makan sejak kau jauh dari ubat tu" Xavier menyuap lamb grill ke dalam mulutnya.

"Aku takkan benarkan kau ambil atau cuba sentuh benda alah tu. Dan selepas kahwin aku sendiri yang aku cuba tolong hilang rasa tu" bidas Xavier yang tahu apa yang mula bermain dalam fikiran Dahlia.

"Saya tak layak untuk berkahwin dengan awak dan awak tinggalkan jelah saya. Biar saya bina kehidupan baru untuk saya sendiri" ujar Dahlia yang melepaskan kata-kata yang selalu dia pendam.

Xavier meletakkan pisau dan garpu dengan kasar lalu tisu diambil untuk mengelap mulutnya.

"Kau ingat dengan keputusan kau macam ni kau jamin kau boleh tenang selepas macam-macam dah berlaku dekat kau" bidas Xavier merenung tajam ke dalam mata hitam Dahlia

"Saya tak layak. Keluarga awak dan awak dah banyak tolong saya dan sekarang please lepaskan saya. Saya buat macam ni sebab saya tak nak maruah awak tercalar..Rean"

"Aku tak kesah kalau maruah aku tercalar ke terjatuh ke apa yang aku nak kahwin dengan kau. Aku takkan sesekali lepaskan kau. Maybe kau dah lupa apa yang berlaku pada malam tu" bidas Xavier lagi.

Dahlia yang mendengar itu tiba-tiba teringat kejadian malam tu dimana dia mabuk dan jatuh ke dalam dakapan seorang lelaki , iaitu Xavier Adrean.

"Sekali aku pegang, sentuh, cium kau...aku takkan sesekali mungkiri janji aku. Kahwin dengan kau" Xavier bangun dengan pergi menuju ke tandas.

Dahlia mengeleng kepala lantas dia bangun berlari keluar dari restoran itu tanpa pengetahuan Xavier.

Apabila jarak dari restoran itu mula jauh dia mengstabilkan semula lariannya dengan berjalan biasa sahaja. Nafas ditarik lalu dilepas.

Namun baru sahaja dia hampir keluar itu ada satu tangan yang menekup mulutnya dengan kain yang berisi ubat yang boleh membuatkan dia tidak sedar.

"Rean" ujarnya perlahan selepas itu dunianya bagai gelap.

====

Xavier yang baru kelaur dari tandas itu mula perasan akan susuk Dahlia sudah hilang. Mata meliar sekeliling mencari susuk itu namun semuanya hampeh.

Salahnya juga sebab terlampau ikut emosi sehingga gadis itu takut dan lari darinya.

"Kael, check CCTV dekat seluruh sudut mall ni. Cari Dahlia" arah Xavier menyuruh Mikhael dalam talian itu.

"Cakap dekat Faq aku nak jumpa dekat markas . Okay" lalu talian itu dimatikan dan dia berjalan kelaur dari restoran itu. Sempat dia mengambil barang-barang yang dibeli olehnya tadi.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now