EDISI RAMADHAN II

Comincia dall'inizio
                                    

Heidi hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Nasiblah ramai lagi makmum lain yang boleh memenuhkan barisan saf.




Masa terus berlarutan, Imam Habib memberikan salam yang ke-empat. Menandakan sudah 8 rakaat mereka laksanakan.

Ada beberapa makmum yang bangun meninggalkan saf. Katanya, 8 rakaat sudah cukup untuk mereka.

Di antara makmum-makmum yang bangun keluar dari saf adalah Hafhiz. Seperti yang dikatakan sebelum solat tarawih, Hafhiz hanya akan solat tarawih 8 rakaat. Dan apa yang dikatakan adalah benar.

Hefzy yang duduk di sebelahnya tadi turut bangun dari saf. Hafhiz pandang adiknya yang seorang ini. Ternaik sebelah keningnya. Gaya Ziana Zain.

"Bukan kau cakap kau nak solat tarawih 20 rakaat ke?"

Hefzy pandang abangnya. Mata dikelipkan beberapa kali. Dia tersengih.

"Aku ada sebut 'kut' kat hujung ayat. Kalau ada 'kut' maksudnya aku tak pasti. Aku pun manusia biasa. Aku buat silap juga. "

Hefzy diam seketika.

"Eleh, kau pun sama solat 8 rakaat je. " sambungnya lagi. Sekali lagi, sebelah kening Hafhiz ternaik.

"Aku dah kata awal-awal lagi aku nak solat 8 rakaat, kau tu sok-sok lebih je kata nak solat 20 rakaat."

Kali ini, giliran Hefzy pula yang keningnya ternaik. Side eye diberikan. Mahu menafikannya tapi perkara yang dikatakan adalah benar.

"Mana ada aku sok-sok lebih."

Hafhiz hanya diam dan memandang adiknya itu dengan pandangan tajam helangnya. Ingat dia sorang aje ke boleh jeling orang?

Hefzy turut memandang Hafhiz dengan mata harimaunya. Kedua-duanya saling memberi dan menerima jelingan sesama sendiri.

Sambil bermain mata
Turun ke hati
Hatinya jatuh
Eh eh, ah ghiso




Hifzan memandang Heidi seketika.

"Kau kata nak solat 8 rakaat je, tak nak bangun ke?" soalnya pelik. Tadi kata nak solat 8 rakaat aje, ni tak bangun-bangun lagi dari saf. Nak duduk situ je ke? Orang lain pun nak solat juga. Dah kalau dia duduk situ, macam mana yang lain nak solat tetiba ada orang duduk kat tengah-tengah alam.

"Tak apa lah, aku rajin." jawab Heidi mudah sebelum dia bangun untuk melaksanakan solat yang seterusnya. Hifzan turut bangun.

Hifzan hanya membiarkan. Bagus lah kan kalau dia nak teruskan solat?




Di suatu tempat yang lain di mana terdapat seseorang yang sedang melayan dirinya menjamu selera, mungkin tadi dia makan nasi, tapi kini dia makan spageti pula.

Betul-betul melahap ni. Memandangkan tetamu ramai yang hadir, makanan pun banyak. Jadi, tiada salahnya jika dia ingin makan berlebihan 'sedikit'.

Sedang dia nikmati hidangannya, satu suara memanggilnya dari tepi.

"Def."

Tersentak Hadif dibuatnya. Mahu jadi arwah member kat situ juga akibat tersedak. Dia pandang ke sebelah kanan.

Hafiy.

" Two things I wanna say. Stop calling me 'Def'. Apa? Do you think I'm deaf that you want to call me 'Def'? Nama aku Hadif. H.A.D.I.F. 'Dif' bukan 'Def'. That's first. The second thing is... Apa masalah kau hah?! Main terjah orang macam tu je. Kalau aku mati tercekik macam mana?! Tak ada adab ke?"

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora