7D1A | 23

510 38 0
                                    

" Ai... pagi-pagi ni nak pergi mana sayang oi? " Tegur Puan Dairisya melihat anak daranya yang baru sahaja turun. Berdasarkan pemerhatiannya, penampilan Helena pagi ini seperti mahu bersiar-siar.

Helena sengih. Bibir dimuncungkan mengucup pipi sang ibu.

" Morning, mummy. Tak ada mana, saja nak pergi flower garden. Dah lama tak pergi tengok, entah-entah dah naik semak. " Ujar Helena lembut.

" Oh, nanti jangan pergi seorang okey? Ajak abang-abang you tu. Tak mau mummy tengok semua terperap dalam rumah, nanti naik lemak. " Puan Dairisya menarik lengan Helena untuk duduk bersama di meja makan. Memang sudah diterapkan dari dulu, sebelum ke mana-mana makan sarapan dahulu untuk alas perut. Tak kira lah nak kejar masa atau pun tidak, tetap Puan Dairisya akan sumbat makanan ke mulut ahli keluarganya walaupun sedikit.

" Abang mana? " Soal Helena. Tak nampak pula kelibat abang-abangnya pagi ini. Yang dia tahu, abang Hafiy nya sudah keluar awal pagi. Entahlah, sejak kebelakangan ini Hafiy nampak sibuk.

" Hifzan dah makan awal pagi tadi, dekat gim rasanya. Yang lain mummy tak tahu. Biar aje, nanti pandailah dia orang turun. You makan dulu. "

Helena angguk kepala sahaja. Penkek yang dimasak oleh Kak Reysa disua kemulut. Sedap!

" By the way, mummy nak tanya. "

Helena angkat dua belah kening. Tanya apa?

" Lena tak nak sambung belajar ke? " Tanya Puan Dairisya sambil mulut mengunyah makanan. Matanya bulat menatap wajah cantik anaknya.

Helena diam seketika.

" I don't know. Kalau sambung pun, Lena tak tahu nak ambil course apa. Mula-mula ingat nak belajar sama-sama dengan Saleema, tapi dia ambil architecture. Lena tak nak, susah. " Jawab Helena. Kalau ikutkan keputusan pelajaran dia semuanya bagus-bagus. Tiada cacat cela. Pelajar cemerlang katakan. Tapi dia tak ada cita-cita yang khusus, itu masalahnya.

" It's okay, mummy tanya aje. Tak paksa pun. Lena tahu tak, semalam Hefzy cakap kat mummy yang habis aje diploma dia nak sambung degree dekat MIT. "

Tersedak Helena. Segelas air kosong dicapai dan diteguk sehingga lega sebelum menyambung kata.

" MIT?! Massachusetts Institute of Technology? Yang dekat U.S tu? "

Puan Dairisya angguk-angguk kepala. Betul lah tu.

" Rajinnya! Betul-betul nekad nak jadi arkitek ni! " Helena tepuk tangan. Bangga dengan kesungguhan abang sendiri.

Dan kemudiannya raut wajahnya berubah sugul.

" Hm, no more adik abang... " Nanti kalau Hefzy belajar jauh-jauh dia rindu. Kalau sambung degree mesti lama, sanggup ke Saleema tunggu? Eh.

" Tapi abang tak sure lagi. " Sampuk satu suara.

Nasib baik Helena tak bepencak silat di situ, terkejut dia. Baru cakap pasal Hefzy, dah muncul. Macam magik.

" Ha, Hefzy. Turun pun, ingatkan nak bertandang dalam bilik tu. " Perli Puan Dairisya.

Hefzy sengih kambing. " Hehe, morning mummy... " Hefzy labuh duduk di sebelah Helena.

" Abang Hefzy, nanti teman Lena pergi taman boleh? " Soal Helena terlebih dahulu. Mana tahu abangnya ada kelas hari ni.

" Sorry, adik. Not today. Nanti abang ada kelas pukul 10. " Ucap Hefzy serba salah.

Helena senyum saja. " Tak apa, abang Lena kan ada banyak! " Helena ketawa kecil. Tak apa, dia faham. Bukannya boleh paksa pun.

Sliding door bilik gim itu ditolak. Dari jauh lagi dah nampak orang yang dicari. Maklumlah, sebahagian besar gim itu hanya dihadang oleh dinding kaca.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now