7D1A | 03

965 50 8
                                    

Puan Dairisya menghembus nafas perlahan. Sunyi rumah agamnya ketika ini.

Suaminya awal pagi lagi sudah keluar bersama anak sulungnya Hifzan Dareeq, pergi menguruskan mesyuarat di syarikat mereka. Hifzan kini berusia 29 tahun.

Hadif Daris pula tiada di rumah. Pergi reunion sekolah katanya.

Heidi Dahlan? Tiada di Malaysia. Dia mempunyai tugas di luar negara memandangkan kini dia merupakan seorang tentera.

Anak keempat, Habib Dhani. Pergi ke luar negeri semata-mata untuk mendengar tazkirah ustaz kegemarannya. Terpaling alim diantara adik beradiknya katakan.

Yang masih ada di rumah hanyalah si kembar, Hefzy Darwish dan juga Helena Dahlia.

Masing-masing sedang berada di dalam bilik. Puan Dairisya tidak tahu mereka buat apa dalam bilik, daripada subuh lagi tak nampak batang hidung.

Puan Dairisya menaiki anak tangga menuju ke bilik anak-anaknya. Bilik si kembar dituju dahulu.

Puan Dairisya mengetuk pintu.

" Hafhiz, Hafiy. Dah bangun ke? "

Sudah pukul 11 pagi kut, tak akan masih membuta?

Senyap.

" Argh! " Suara garau menjerit kedengaran dari dalam bilik.

Segera Puan Dairisya membuka daun pintu. Takut terjadi apa-apa kepada dua orang kembarnya itu.

Pandangan Puan Dairisya tertumpu pada dua orang manusia yang sedang duduk di hadapan televisyen yang ada di dalam bilik itu sambil bermain game.

" Kau main tipu! " Tempik Hafiy kuat kepada kembarnya. Tidak puas hati apabila kalah di dalam permainan video. Console permainan dilempar kuat ke lantai, marah.

" Apa yang aku tipu? " Tanya Hafhiz dengan sengihan mengejek.

" Kau kata kalau guna baju tu, nanti aku menang! " Hafiy memandang tajam abang kembarnya. Hafhiz tua 15 saat sahaja daripada Hafiy.

" Kita main game barbie kau aje, bukan betul-betul pun. " Mereka sedang bermain permainan video barbie di mana mereka perlu memilih pakaian yang sesuai dan dibandingkan antara satu sama lain.

Dan ini semua berpunca daripada Hafiy yang mencabar Hafhiz untuk berlawan dengannya. Hafiy memang suka perkara sebegini, permainan kanak-kanak. Dia tidak seperti kembarnya yang lebih matang. Rupa tak kena sifat, badan dah tegap dah tapi perangai lembut sikit.

Namun kedua kembar ini mempunyai satu persamaan.

Troublemaker.

" Hafhiz, Hafiy! " Puan Dairisya sudah memanggil mereka kuat.

Hafhiz dan Hafiy menoleh ke belakang. Susuk mummy mereka sedang bercekak pinggang memenuhi kornea mata.

" Keluar dari bilik sekarang, asyik terperap aje, Lama mummy panggil tadi tau! Tak ada orang teman mummy dekat bawah. Pergi panggil abang kamu yang seorang tu. Helena sekali. " Dengan satu nafas Puan Dairisya berkata.

Hafhiz dan Hafiy memandang satu sama lain.

" Mummy pandai raplah. " Kata Hafiy perlahan kepada Hafhiz.

Mereka tabik hormat kepada wanita itu tanda memahami arahan.

" Good. " Puan Dairisya pergi dari ruangan itu.

" Dah, kemas cepat. " Hafhiz mengarah Hafiy untuk mengemas bilik mereka yang bersepah itu.

" Kau pun kemaslah! " Marah Hafiy. Ingat dia ni kuli ke?

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now