Part 47

18.2K 1.5K 207
                                    

Sekali-sekala Arash mengerling ke arah penumpang, nampak tangan isteri kekal pada kotak kecil di paha. Senyuman Daisha meleret, dari sisi juga sudah jelas senyuman si cantik yang melebar. Ingatkan dia seorang sahaja yang tidak sabar hendak pulang ke rumah, si isteri juga turut sama teruja.

"Manja," tegur Arash. Tangan kiri kekal pada stereng kereta, tangan memaut pergelangan tangan isteri di sebelah.

"Iye? Tampak keriangan di wajah Daisha.

"Comelnya si cantik ni." Berkali-kali Arash mencubit pipi mulus si isteri, hatinya juga bagai dicuit mendengar suara tawa Daisha.

"Kita tak sabar sangat nak bagi ayah, ibu dengan Alisha rasa kek ni! Kita harap diaorang suka."

"Diaorang mesti suka, sayang. Semua dessert yang si cantik pernah buat, semua sedap. Abang nak singgah R&R, manja nak apa-apa tak?" Wajah Arash kekal menghadap jalan, jarinya masih mengepit pipi isteri. Pacuan kini melalui susur keluar yang membawa mereka terus pada kawasan rehat dan rawat.

"Kita nak kacang rebus! Abang rasa ada jual tak?" Pelat pertuturan Daisha bila Arash melelar pipinya.

"Ada rasanya. Nanti abang tengokkan. Ke manja nak turun sekali?" usul Arash sebaik sahaja kereta masuk di bahagian kotak parkir.

"Hm...tak nak lah! Kita nak jaga kek kita!"

"Abang turun sekejap. Kunci pintu. Sofea comel sangat, nanti ada orang nak culik." Tali pinggang dibuka, tangan Arash membelek-belek poket seluar untuk meninggalkan kunci kereta bersama si isteri.

Bergerak-gerak kepala Daisha, lengannya masih melengkung pada kotak kek. Sambil sibuk dia memerhati Arash, anak matanya menangkap pandangan kedai kecil berhadapan dengan barisan parkir kereta.

Putu bambu...

Besar mulut Daisha terbuka. Sedapnya putu bambu! Badannya dibawa pula menghadap suami, lengan baju Arash ditarik-tarik. "Abang! Abang cakap hari tu, abang teringin nak makan putu bambu kan?"

"Ha?" Bertentang mata Arash dengan si isteri, keningnya sedikit bertaut. Bila masa pula dia teringin.

"Adalah! Abang cakap abang nak makan putu bambu..." pujuk Daisha lagi, ulas bibir bawahnya disorong ke depan.

"Mana ada, manja. Putu bambu pun abang tak pernah makan."

"Alah..." keluh Daisha. "Abang tak nak cuba rasa?"

Arash hanya membalas dengan senyuman, dagu isteri dicuit lembut. "Manja nak ke? Kalau nak, abang beli."

"Tak lah! Kita tanya je. Kalau abang tak nak, tak payahlah beli. Kita dah ada kacang, takkan nak beli putu bambu pula. Nanti membazir..." Biarpun menolak, mata Daisha masih tertumpu pada kedai putu bambu tersebut.

"Kalau awak nak, abang belikan. Tak apalah kalau tak habis pun?" Makin disoal makin keliru jadinya Arash.

"Abang beli lah juga. Takkan kita nak makan seorang?"

"Nanti abang rasa-rasa lah manja punya sikit." balas Arash lagi.

"Tak naklah! Kita tak nak. Kita nak kacang rebus je." Tajam jelingan Daisha pada suami.

"Geramnya abang dengan si cantik ni. Nak, cakaplah nak. Tak nak, cakap tak nak. Nak ke tak nak ni?" Tergaruk-garuk Arash pada bahagian dahinya yang berkedut.

"Tak naklah..."

"Tak nak, sudah."

**
Masuk semula ke kereta, jari telunjuk Arash penuh dengan gantungan plastik makanan. Kotak Pocky dibawa keluar dahulu dari plastik pertama. Setiap kotak ditindan tinggi atas paha. Tangan Arash menyeluk pula plastik yang kedua, bekas kertas yang lembab dengan wap panas dihulur pada isteri.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now