Part 7

25.2K 1.7K 303
                                    

Beg telekung yang diletak dihadapan sejadah diambil Daisha, dijadikan sebagai alas untuk kedua belah lengan.

Dagu Kak Jiah direhatkan pada bahu Daisha sambil memandang skrin yang terpampang penceramah jemputan masjid untuk minggu ni.

Hadirnya dia dan Daisha untuk mendengar ceramah hari Jumaat ini pun atas ajakan Daisha sendiri. Katanya dah lama tak dengar ceramah di masjid. Tutup sahaja kedai, terus mereka berdua ke masjid.

"Sebab tu dalam Islam, pentingnya kita cari yang sekufu supaya diri kita tidak dipandang hina, tidak direndah-rendahkan. Surah Yasin, ayat 40, tuan puan, tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya."

••

Turun sahaja dari perut kereta, mata Arash dikecilkan menghadap susuk tubuh yang dijamah kegelapan lorong tanpa secalit cahaya.

"Daisha mana?" Ariff mengharapkan adanya dua susuk tubuh, namun hanya satu yang berjalan ke arah dia. "Aku tanya kau, Daisha mana, bab—"

Buku lima Arash menjadi sebab terhantungnya ayat Ariff. Tepat keempat-empat buku jari Arash mendarat pada pipi Ariff yang masih belum hilang bengkaknya.

"Bising, sial." Tangan kanan yang dijadikan penumbuk tadi digoyangkan sekilas sebelum menggenggam kolar baju Arif. "Kau buat apa dekat dia?"

"Daisha mana?!" Kedua tangan Ariff naik untuk cuba menolak bahu Arash namun sedikit pun tidak berganjak.

"Aku tanya sekali lagi. Kau buat apa dekat Daisha? Kau pukul dia ke?!" Naik tinggi suara dan penumbuk Arash untuk hinggap pada wajah Ariff yang penuh dengan kesan lebam. "Jawab, bodoh?!"

"Bukan— bukan aku! Aku tak tahu apa jadi dekat dia!" Nampak Arash masih seakan tidak percayakan dia sepenuhnya, ayat dihuraikan lagi. "Aku tak jumpa dia daripada semalam. Kalau aku tahu apa jadi dekat dia, aku tak call kau, aku tak tanya kau pasal dia. Aku tak tahu siapa pukul dia!"

"Kalau aku tahu kau menipu, mampus kau aku kerjakan lah, sial." Badan Ariff yang terangkat dek genggaman dihempas pada jalan berbatu.

"Aku boleh report polis lah! Kau tak ada hak nak pukul aku!"

"Report! Report lah, bodoh. Kau ingat aku takut?! Kau tak ajal hari ni sebab bukan kau yang pukul Daisha tapi aku ulang lagi sekali, kau dengar elok-elok!" Ditunjal-tunjal jari telunjuk Arash pada dahi Ariff. "Kalau aku tahu kau menipu, aku cakap dengan kau, kau tak akan nampak dah terbit matahari."

Arash berlalu pergi, meninggalkan Ariff menggerimis menahan sedih di setiap bahagian badan.

Pulang sahaja, Daisha masih lena atas katil hospital dalam keadaan mengiring, kedua tangan yang tertutup dengan lengan baju hoodie dibawa rapat ke dada.

Selimut Daisha ditarik sedikit sebelum tubuh Arash direbahkan atas sofa sambil kedua belah kaki dilunjurkan.

Tidak sampai dua jam terlelap, telinga Arash dipiat Puan Rozi dengan lembut. "Bangun, Arash. Subuh."

"Sekejap, bu." Badan Arash yang tadinya menelentang kini dipusing menghadap sofa. Puan Rozi menaikkan anak mata. Lali dengan perangai si sulung. Kalau bab tidur, lupa segala urusan akhirat.

"Arash Zayden."

"Siap, tuan!" Sebelum tercabut telinga dipulas ibu, baik dia bangun sekarang. Tergelak kecil Daisha pada reaksi Arash.

"Sekejap lagi ibu bawa naik sarapan untuk kamu dengan Daisha. Bangun, jangan tidur dah. Daisha, kamu tengok-tengokkan anak ibu ni. Kalau dia tidur balik, bagitahu ibu, ye?" Pintu wad bilik dibuka, anak mata Arash dan Daisha menghantar tubuh Puan Rozi keluar.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now