Part 18

30K 2K 517
                                    

Minyak wangi disembur pada kiri dan kanan leher, anak mata Arash bertentang dengan isteri daripada pantulan cermin. Wajah si isteri bagai menyimpan persoalan, pandangan Daisha pada dia penuh dengan tanda soal.

"Kenapa?"

"Awak kata awak polis? Ini bukan..baju polis? Macam baju tentera je?" Atas bawah anak mata Daisha pada pakaian seragam Arash.

"Kan saya cakap dengan awak, saya professional. Mana-mana boleh. Campak saya dekat mana pun saya boleh survive." Penuh riak dalam nada suara Arash.

"Betul-betul lah, awak! Awak kerja apa?"

"Polis, sayang. Saya masih di bawah PDRM, cuma sebahagian daripada unit pasukan khas. Saya jadi instructor hari ni." Belakang badan dipusing menghadap isteri, perkataan yang terpampang pada belakang badan Arash nampak lebih jelas pada Daisha.

"Takut lah saya.." Daisha melangkah dua tapak ke belakang, terkelip-kelip kelopak mata pada suami.

"Comelnya awak, Daisha Sofea. Orang comel, cantik macam awak, saya tak boleh marah. Pandang pun rasa nak pitam." Tawa dilepas, jari telunjuk Arash mencuit hidung isteri. "Saya dah kena gerak ni. Tengahari sikit saya balik, kita makan tengahari sama-sama. Awak tak payah masak apa-apa, nanti saya beli makanan dekat luar. Kalau awak nak keluar, keluar lah. Tapi jangan keluar daripada pangkalan pula. Keluar area sini je. Kalau Sofea nak pergi mana-mana, saya habis kerja nanti kita pergi sama-sama, hm?"

"Okey!"

Turun pandangan Daisha apabila Arash tiba-tiba menghulur tangan.

"O— oh!" Tangan Arash dipaut, ulas bibir mengucup belakang tangan suami. Tegak sahaja badan yang membongkok tadi, ubun-ubun dia dikucup Arash.

"Bye, cantik Arash. Kita sayang awak." Sepatu disarung pada kaki, angin manja ditinggalkan di rumah bersama isteri.

••

"Weh, sarjan lah.." Paha rakan sebelah ditepuk tepuk. Belum apa-apa, seram sejuk satu badan dengan kehadiran pengajar yang berminggu lama cuti.

"Dia dah kahwin, confirm lembut sikit hati dia." Ujar salah satu anggota.

Dagu diangkat sebaik sahaja Arash tiba di hadapan anggota yang berbaris. Tegang, sedatar ulas bibir Arash sambil menghadap yang lain.

"Sarjan, Pocky kena share dengan bini lah sekarang." Usik salah seorang anggota.

"Aku depan kau sekarang bukan nak melawak. Turun 40." Kerling Arash pada anak buah. Bunyi gelak tawa pada awalnya terus surut bila anggota yang bersuara tadi turun untuk tekan tubi.

"Aku dah cakap. Dia kahwin ke tak kahwin, sama je." Menyesal pula dia cuba mengusik Arash.

Dagu ditongkat pada tangan, termenung Daisha sambil menghadap buku latihan. Sunyi pula rumah tanpa Arash. Hampir dua jam dia duduk di meja belajar bertemankan buku nota dan latihan, Pocky milik si suami dijadikan snek.

Kelopak mata terasa berat, kedua lengan Daisha terus ditolak ke hadapan. Keluhan terlepas daripada celah bibir Daisha apabila sendi otot direnggang. Tudung sarung hitam yang digantung dalam almari terus dicapai, disarung ke kepala. Nak keluar lah! Kaki melangkah keluar sahaja dari rumah, kedengaran suara kanak-kanak dari arah taman permainan.

Seronoknya!

Terjengah-jengah badan Daisha ke arah bawah. Ralit memerhati, salah seorang kanak-kanak melambai ke arah dia, serta merta lambaian berbalas. Daun pintu ditutup rapat, anak tangga terus dituruni Daisha.

Baru sahaja hendak naik ke rumah, bunyi riuh gelak tawa dari taman permainan menarik perhatian. Kaki Arash yang sudah melangkah naik beberapa anak tangga, turun semula, berubah arah tuju ke taman permainan di hujung rumah keluarga.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now