Part 45

20.1K 1.7K 356
                                    

Kaku Daisha berdiri menghadap ruangan belajar yang kini sudah lengkap dari segi perabot hingga ke perhiasan. Rak buku yang dahulunya penuh dengan novel kini ditukar pula pada yang lebih besar. Semakin banyak ruangan untuk dia tambah koleksi buku.

"Suka tak—" Habis hujung minggu Arash menyiapkan bilik belajar isteri. Setiap perabot yang dibeli telah dicat semula pada warna kegemaran Daisha sebelum disusun mengikut susun atur yang telah ditetapkan dalam kepala. Ditambah juga karpet di bahagian tengah bilik. Ruang rias juga turut disertakan.

Belum sempat pertanyaan Arash dijawab, Daisha sudah tergesa-gesa berlari ke bilik tidur. Peralatan tulis dan buku nota dikaut penuh dalam tangan, dibawa ke bilik belajar tadi. Habis satu pusingan, Daisha kembali semula ke bilik, susunan gambar yang menghiasi setiap lengkungan cermin dicabut satu persatu.

Lengan Arash disilang ke dada, badannya dibawa menyandar pada birai meja. Dia hanya diam sambil meneliti setiap tingkah laku si isteri yang ralit menyusun setiap satu barangan. Usah menunggu lagi jawapan, cukup jelas kegirangan mengisi setiap ruangan wajah cantik Daisha.

"Terima kasih, abang! Kita tak pernah ada meja belajar sendiri...kita biasa tumpang meja belajar adik je. Lepas adik tak ada, abah buang meja adik sebab tak nak bagi kita pakai. Abah kata membazir bagi kita meja belajar sebab kita tak pandai pun." Halus senyuman di wajah, Daisha tolak bekas alat tulisnya rapat ke bahagian dinding.

"Isteri Arash pandai lah. Awak pandai sangat. Cuma abah tak nak bagi peluang dekat awak, sayang. Come, abang tolong awak tampal gambar ni." Arash elus pinggang isteri sebelum mengambil kepingan gambar dari tangan Daisha. Dia enggan menadah telinga akan cerita lama. Risau jika wujudnya perasaan benci pada bapa mertua. Gusar jika hilangnya rasa hormat.  Yang penting, Sofea dah jadi tanggungjawab dia yang sah. Jika Daisha bawa pulang kegagalan sekalipun, Sofea masih isteri dia.

Daisha memerhati Arash mengambil alih tugas menghiasi ruangan hiasan. Dia suka curi-curi pandang akan gambar-gambar tersebut sambil mengulang kaji pelajaran. Wajah-wajah yang ada pada gambar itu jugalah yang banyak memberi semangat pada dia untuk terus kuat. Kadang kala terimbau kata-kata yang pernah diucap mereka. Minatnya dalam fotografi juga adalah salah sebab kenapa dia gemar menyimpan hasil fotograf yang ditangkapnya sendiri. Seronok rasanya bila dapat tangkap gambar kenalan dan ahli keluarga biarpun wajahnya jarang sekali terlihat pada gambar. Sekali-kala terdetik juga rasa ingin tahu bagaimana agaknya perasaan jika gambarnya juga dia ditangkap dalam diam.

"Dah?" soal Arash selepas kepingan gambar yang terakhir ditampal. "Ada lagi tak?"

"Dah! Itu je gambar yang kita ada. Yang lain semua kita tinggal dekat rumah sana." Besar hati Daisha melihat ruang hias kini mulai penuh. Banyak lagi yang boleh ditambah. Ini belum termasuk lagi dengan nota hitungan hari dan kuntuman bunga ros yang diberi Arash setiap hari.

"Sofea tunggu sekejap." Bergegas Arash meninggalkan bilik, pulangnya semula dengan beberapa kepingan gambar lain dan sekuntum bunga ros dalam tangan.

"Gambar apa tu, abang?"

"Gambar kita." Menjulur lengan Arash.

Semakin tinggi pinggir bibir Daisha bila dibelek gambar-gambar tersebut. Gambar dia dan Emir, gambar dia dan Haura ralit berbual dengan Haura. Termasuklah juga gambar dia dan Arash tersenyum menghadap sesama sendiri. Kesemua gambar-gambar ini diambil sewaktu kenduri kesyukuran dahulu. "Cantiknya! Siapa tangkap gambar-gambar ni?"

"Abang tangkap. Gambar abang dengan awak tu, abang minta Alisha tangkap kan senyap-senyap. Kita sebagai abang, kena guna-gunakan adik supaya dia tak makan gaji buta. Ada banyak lagi gambar yang abang dah cuci tapi— tapi yang lain tu...biar abang buat collection  sendiri je lah." Berbisik suara Arash pada akhir ayat, ulas bibirnya terus dikatup rapat.

Her ProtectorWhere stories live. Discover now