Part 29

22.4K 1.8K 258
                                    

Genap seminggu Daisha beritahu abah tentang keputusan peperiksaannya, seminggu juga abah tidak bercakap dengan dia. Usah kata bertukar kata, duduk semeja pun tidak. Setiap kali Daisha ikut serta sesi menjamu selera, abah pasti berhenti makan dengan serta-merta. Ditinggalkan aja pinggan yang masih bersisa makanan di atas meja.

Pulang sahaja ke rumah, kedengaran bunyi pinggan mangkuk dari arah dapur.

Kelihatan abah yang sedang sibuk kehulur kehilir. Tidak lain tidak bukan untuk menyambut Safa balik. Setiap Jumaat, mama akan ambil Safa pulang dari asrama. Daisha yang menjenguk ke dapur dari tadi perlahan-lahan berjalan menghampiri Dato' Azim.

"Abah buat apa..? Nak Sofea tolong tak?"

"Boleh. Sofea tolong susun brownies ni atas dulang. Jangan makan pula. Ini untuk Safa." Kotak berisi manisan ditolak rapat pada anak sulung. Senang sikit ada pembantu, baru lah dia boleh sambung masakannya yang tergendala tadi.

Beg sekolah di letak atas lantai, Daisha patuh sahaja apa yang disuruh abah. Potongan brownies satu persatu diletakkan di atas pinggan. Bibir terangkat naik pada huruf-huruf yang disusun atas potongan brownies.

"Tahniah, Safa!"

"Ibu pergi ambil adik pukul berapa tadi, abah?" Satu potongan yang sedikit sadak berbanding yang lain dibetul-betulkan Daisha sambil cuba untuk berbual dengan abah.

"Pukul 2 tadi. Sekejap lagi baliklah. Dah siap?" Soal Dato' Azim, anak mata dibawa pada dulang di hadapan Daisha.

"Dah! Adik mesti suka brownies ni kan, abah?" Abah tak pernah mengadakan sebarang sambutan untuk dia. Entah kenapa, biarpun Daisha sedikit kecil hati dengan abah, dia gembira abah masih ingin berbual dengannya. Perit bila abah acap kali cuba untuk menjauhkan diri.

"Mestilah Safa suka. Sofea kalau nak abah dengan mama buat macam ni, kena belajar rajin-rajin. Jadi macam Safa."

Angguk Daisha dengan penuh semangat. "Kalau Sofea dapat keputusan macam Safa, abah buat macam ni juga untuk Sofea? Abah...sayang Sofea macam abah sayang Safa?"

Dato' Azim hanya menganggukkan kepala, mata masih tertumpu pada makanan untuk anak bongsu.

"Kalau macam tu, Sofea akan usaha lebih kuat!"

"Bagus. Barulah abah boleh buat surprise untuk Sofea juga. Dah besar, kena jadi anak yang berguna. Balas balik jasa mama dengan abah. Makan minum, pakaian yang abah belikan untuk semua, semua tu bukan murah. Sofea kena ingat, mama dengan abah dah bagi Sofea kemewahan, apa sangatlah kalau kami minta balasan daripada Sofea," ujar Dato' Azim dengan penuh rasa puas hati. Semoga makbul harapan dia untuk tengok Sofea jadi anak yang terbaik bagi membalas budi dan jasa yang dicurahkan dia dan isteri selama ini.

**

Pipi mulus yang dikesat berulang kali kini mulai rengsa dan tampak kemerahan. Wajah Daisha kekal menungau. Ayat terakhir abah berulang kali dimainkan dalam kepala.

Sebaik sahaja pacuan di parkir berhadapan dengan gerai yang menjual kuih-muih, Arash terus melepaskan tali pinggang. Arah muka diubah menghadap Daisha, si isteri masih diam tanpa sebarang kata.

"Sayang—"

"Kita minta maaf..." adu Daisha sambil bermain-main jari jemari di paha.

"Cantik," tangan Daisha yang merengket dibalut kemas oleh Arash. "abang tak pernah larang awak menangis."

"Kita dah tak menangis dah!" Dipaksa senyuman pada wajah.

"Ada lagi air mata ni? Ke air hujan?" Kecil tawa yang terlepas dari mulut Arash. "Abang nak pergi beli kuih. Nak bawa balik untuk ibu dengan ayah buat minum petang sekejap lagi. Awak nak tunggu dalam kereta je?"

Her ProtectorWhere stories live. Discover now