Memang corak itu adalah mimpi buruknya itu.

"Dahlia"

Dahlia yang ralit dengan dunia sendiri akhirnya tersentak lalu dengan cepat menutup kesan itu.

"Dahlia aku ada bawa kau makanan...aku nak kau makan sebab aku dengar yang kau tak sentuh pun lauk semalam" arah Xavier meletakkan dulang yang terisi bubur ayam dan segelas air kosong pada satu meja kecil.

Dahlia mengeleng kepala.

Memang betul dia tak senyum pun lauk semalam sebab dia tiada selera nak makan and now dia still tiada selera nak makan.

"Makan Dahlia...aku tak nak kau sakit...kalau kau tak makan nanti kau stress" ujar Xavier tapi dengan nada yang lembut tidak mahu menakutkan gadis ini.

"Tapi..Rean..saya betul-betul takde selera" kata Dahlia perlahan.

Xavier mengeluh perlahan sambil mata memandang tangan Dahlia yang berbalut itu. Lantas dia menarik satu kerusi kecil pada meja solek itu didekatkan pada sisi katil Dahlia itu.

Mangkuk yang terisi bubur ayam itu diambil lalu dikacau sedikit untuk sebatikan bubur itu lantas bubur itu dicedok sedikit lalu mendekatkan sudu yang dicedok bubur itu pada Dahlia.

"Rean.."

"Makan...lepas makan kau rehat balik nanti petang aku kejut kau balik" ujar Xavier terselit ketegasannya.

Dahlia yang teragak-agak mendekatkan bibirnya pada sudu yang dihulur Xavier itu.

Perit mahu menahan tekaknya.

Suapan demi suapan akhirnya Dahlia mengeleng kepala menandakan tidak mampu menelankan makanan itu lagi. Lantas air kosong dicicip oleh Dahlia.

"Rehat...nanti kalau ada apa-apa panggil je nama aku. Aku ada je dekat bawah" ujar Xavier lalu berlalu bangun dari tempatnya.

Namun baru sahaja Xavier mahu keluar Dahlia dengan pantas menarik baju t-shirt yang dipakainya itu.

Xavier memusingkan tubuh menghadap Dahlia yang menarik bajunya dari belakang.

"Hmm?" Xavier menjungkil kening pada Dahlia.

"Thanks" perlahan Dahlia tapi dapat didengari oleh Xavier.

"For what?"

"Sebab sudi jaga saya dan selamatkan saya"

"Kau rehat lah dulu aku ada kerja nak kena buat dekat bawah" Xavier berlalu pergi dan pintu bilik Dahlia ditutup perlahan.

Pintu bilik Dahlia disandar oleh badannya lantas dia tersenyum nipis.

"Anything for you,angel. Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau Dahlia" gumannya

"And apa yang kesan toreh tu buat kau jadi takut Dahlia" gumannya lagi.

Ya. Sebelum dia masuk ke bilik Dahlai dia terlebih dahulu sudah melihat Dahlia yang takut apabila merenung pada kesan torehan pada betis itu.

Dahlia memang tidak perasan yang dia sudah melihat kesan itu walaupun dia sudah melihat sebelum menyebut nama gadis itu.

"It's okay Dahlia ....aku akan buang semua mimpi buruk kau tu...because kau akan jadi milik aku" nekad Xavier kemudian berlalu pergi turun ke bawah.

========

"ARGHHH" jerit kuat oleh wanita yang berusia itu apabila rambut wanita itu ditarik kasar .

"Lepaslah..Zif"

"Lepas? Sorry aku tak akan lepas kau apa yang kau dah. Aku suruh bunuh perempuan tu asal kau tak bunuh je" bidas jejaka yang bernama Zif itu.

"At least aku dah bunuh kandungan dia tu" pantas Puan Aira berkata maklumat yang dia tahu.

Tuan Razif yang mendengar itu lantas melepaskan cengkaman pada rambut Puan Aira itu dengan kasar.

Lantas dia berjalan ke arah meja kerjanya lalu duduk menghempas pada kerusi ghahnya itu.

"So apa yang jadi dengan budak tu?" tanya Tuan Razif kepada bekas kekasihnya itu Puan Aira.

Puan Aira membetulkan kedudukannya sambil membetulkan rambutnya yang dicengkam oleh Tuan Razif itu tadi.

"Selepas dia tahu anak dia mati budak tu hampir je nak bunuh diri tapi anak tiri kau pergi halang" balas Puan Aira yang pernah pergi secara diam-diam tanpa Xavier perasan akan kewujudannya.

Tuan Razif mengetap bibir lalu tangan dihentak kuat pada permukaan meja kerjanya itu.

Terhinjut bahu Puan Aira apabila Tuan Razif menghentak meja secara tiba-tiba. Terlihat riak muka Tuan Razif yang marah gerangan rancangannya hampir berjaya namun dimusnahkan oleh anak tirinya.

"Budak-budak tu masih tak puas lagi dengan aku" guman Tuan Razif.

Ting!

Terbit satu idea yang bernas dari isi kepala Tuan Razif itu maka terbit juga senyuman sinis Tuan Razif itu.

Mata memandang Puan Aira yang masih tercegat disitu lantas dia menarik satu laci di meja kerjanya. Satu plastik kecil diambil.

"Nah...seperti biasa. Aku tahu maybe dia tak boleh tahan lama kalau takde benda alah ni...kan..jadi pandai lah kau jumpa dia dekat area mana pun yang aku tahu aku nak kau serah benda ni dekat budak tu" arah Tuan Razif menghulur plastik kecil itu.

"Yelah...pandai lah aku fikir nak jumpa budak tu..." dengan kasar Puan Aira merampas huluran Tuan Razif itu lantas pergi dari bilik Tuan Razif itu.

Tuan Razif menghantar susuk bekas kekasih hatinya dengan ekor mata lantas tawa jahat dipenuhi pada ruangan bilik itu.

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now