"Saya bertugas." Ringkas sahaja jawapan dari Aqil. Tangan diseluk ke poket. Masing-masing memandang ke arah sekeliling. Janggal benar rasanya.

"Isteri awak tak marah ke balik maghrib-maghrib ni?" soal Syafa menduga lagi.

"Oh... saya tak kahwin lagi." Tenang dan lancar Aqil menjawab.

Syafa sempat menguntum senyuman tapi cepat-cepat dia hapuskan. Aqil pulak garu-garu kepala, bingung nak cakap apa lagi. Sebelum ini, bukan main dia mengusik Syafa di hospital. Setelah dua tahun berlalu, tiba-tiba dia jadi bengap pula.

"Okay la... saya balik dulu ya." Syafa mempamitkan diri, bimbang terlepas solat, memandangkan waktu maghrib pendek sahaja.

Beberapa wang kertas dihulurkan tetapi Aqil menolak dengan kata penuh kelembutan, "tak perlu. Saya pun ada duit. Terima kasih... saya ikhlas tolong."

Syafa tersenyum mendengar kata Aqil. Melihatkan Aqil membalas senyuman itu, hati Syafa merasa berbunga-bunga.

Aqil dan Syafa akhirnya bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Rumah mereka terletak berhampiran saja cuma berbeza kawasan perumahan. Keduanya gembira mengenangkan pertemuan semula tak terjangka itu. Tetapi penyesalan masih ada mengenangkan keduanya terlupa untuk bertukar nombor telefon. Namun, melihatkan takdir tak menemukan mereka dua tahun lalu tapi menemukan mereka pada hari ini, tanda jodoh mereka masih kuat.

Costa Mahkota

Aqil masuk ke dalam rumah, melihatkan pintu tak berkunci. Dia kemudian ditegur ayahnya saat melewati mereka di ruang tamu.

"Aqil... sini sekejap!" pinta Tuan Adri. Matanya masih melekap pada skrin MacBook. Ibunya berada di sofa bertentangan sedang mengilap kuku, langsung tidak mempedulikan keberadaan sesiapa pun.

Aqil akur lalu dia meletakkan helmet hitamnya ke atas meja. Punggung dilabuhkan di sofa yang menghadap mereka berdua. Jarak dia dan ayahnya, hanya satu inci saja.

"Ada apa... pa?" Aqil bersuara melihat ayahnya masih berdiam diri, serius menatap skrin MacBook. Tuan Adri menghela nafas agak dalam sebelum melepaskan cermin matanya ke atas meja. MacBook diletakkan ke riba.

"Aqil... usia kamu tu bukan muda lagi."

Aqil setia memandang ayahnya menanti kata yang bakal keluar dari dua ulas bibir itu.

"Aqil bergabung dengan papa dalam syarikat dan kahwin dengan Raihana." Tuan Adri ambil masa beberapa hari untuk luahkan hasratnya. Dia fikir hari ini masa yang sesuai untuk beritahu semuanya.

Aqil terdiam sejenak sebelum menyusun bicara. Bukan mudah untuk seorang tentera berhenti jika sudah berkhidmat. Dia kini terikat dengan negara. Ada sumpah dan ikrar telah dibuat. Pekerjaan ini bukan boleh berhenti sesuka hati jika mahu.

"Pa... kita dah berada di tahun 2024. Perkahwinan aturan keluarga bukan kemahuan Aqil. Papa pun cakap Aqil bukan muda lagi. Jadi, Aqil berhak buat keputusan sendiri."

Puan Seri tersengih sinis lalu memandang ke arah Tuan Adri. "See, I told you right? Anak you memang keras kepala. Ariz memang not good like him. Sekurangnya dia bukan macam anak sulung you."

Tuan Adri berdehem membiarkan kata Puan Seri. Jika dilayan bimbang jadi lain pula. MacBook diletakkan ke atas sofa.

"Aqil... papa cuma harap kamu pertimbangkan dulu. Papa cuma nak yang terbaik untuk anak papa." Tuan Adri masih cuba memujuk.

"Maaf pa... Aqil tetap dengan keputusan Aqil. No one have right to choose for me." Aqil tak betah berlama disitu. Kaki mahu diatur meluru ke kamarnya. Namun kata ayahnya terlebih dahulu membantutkan langkahnya.

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now