3: Tidak berjodoh

135 22 16
                                    

Lapang Sasar Naqoura, Selatan Lubnan:  0800hrs - 1100 hrs (June 2022)

Aqil sebaris bersama ahli kumpulannya termasuk tiga orang anggota lain mengambil tempat masing-masing. Sebelah mata dipejamkan lalu muncung senapang dihalakan ke depan. Sebelah pupil mata yang melihat melalui lensa zoom laras senapang, fokus menumpu target.

Sejurus arahan tembak diterima, beberapa das tembakan dilepaskan serentak dalam jarak 100 meter. Seiring itu sekawan burung merpati putih dalam rimbunan melata hijau keluar bertempiaran terbang tinggi. Suara hingar-bingar mereka memenuhi ruangan udara.

Papan penembak dilihat penuh hasil kreativiti tompokan berlubang tembusan butir peluru. Aqil meniup hujung M4 Carbine di tangannya. Diusap senapang raifal itu penuh kasih. "Good job anak papa," ujarnya.

Barisan mereka diganti dengan baris yang lain. Aqil pergi kepada rakan-rakannya di hujung sana.

"Anak you jantan ke betina?" tegur Brandon, Si pengemar utama capati. Ada sedikit slang dalam intonasinya.

"Dihaiwankan senapang tu pulak." Emir turut mencelah. Pistol G-lock 14 ditangannya dihembus-hembus lalu digosok lembut. Anak kelahiran Sabah itu tak sedar, dia dan kapten pasukan mereka langsung tiada beza.

"Anak lelaki la baru boleh warisi itu bapak," selar Edward tak mahu kalah. Lelaki berbangsa cina itu berbalas sengihan dengan Brandon yang merupakan (a/l) anak lelaki  Selvaratnam. Tukang menganjing laju saja.

Aqil tidak menghiraukan sindiran mereka. Sengihan sinis dipamerkan. Sudah biasa jadi bahan perli.

Firash pula buat tidak dengar. Dia sibuk mencantumkan komponen pistol lalu mengambil tempat di ruang menembak. Mereka yang lain turut menyertainya.

Bang! Bang!

Tempoh dan jarak tembakan direkod. Aqil menjatuhkan G-lock 14 ke sisi tubuh. Berpuas hati dengan hasilnya.

Wajahnya kemudian dikerling ke kiri, segaris senyuman Edward dan Brandon hadiahkan. Emir dan Firash disebelah kanan juga menghantar anggukan kecil. Sejak hari pertama  mereka melaporkan diri sebagai 11RGK lagi semangat mereka sentiasa menjulang tinggi walau 1001 keluhan pernah meniti keluar di bibir.

Aqil mengemaskan beret biru cair di kepala. Lambang panji Malaysia di kanan dan tulisan United Nation  berwarna biru di kiri yang terletak elok pada seragamnya,  membawa maksud mereka yang menyarungkan seragam itu menjunjung amanah besar nama negara.

Muka skrin digelapkan dan berganti garis-garis yang diiringi bunyi dari mesin ventilator.

Mahkota Medical Centre Malaysia : 1400 pm (June 2022)

Lampu merah (OR) Operation Room di luar berada dalam keadaan bernyala. Team (ER) Syafa, disertai Doktor Arif sedang menjalankan pembedahan pesakit berusia 60 tahun. Pembedahan pundi hempedu.

Syafa bersuara, "lekatan antara tisu teruk." Wajah Doktor Arif, Doktor Seniornya dipandang. Lelaki itu yang memahami maksud pandangan Syafa turut bersuara, "kita buang dahulu."

Syafa laju mengangguk. Arif menyambut huluran forsep dari ER Senior Nurse, Jasmine.

Mesin ventilator tiba-tiba berbunyi mendatar. Fiena menjerit cemas, "Tekanan darah jatuh." Syafa membalas tenang, "pam lebih banyak darah. Bawakan 10 beg darah segera." Fiena mengangguk faham.

Doktor Arif bersuara kemudian, "pulihkan aneurisme." Aneurisme kebengkakan melebihi diameter 5 cm. Pecah, menyebabkan kehilangan banyak darah. Arteri dijepit. Pembuluh darah rosak dibuang dan dicangkuk arteri sintesis. Tiub berbentuk belalai gajah dipasangkan.

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now