4: menantu

142 20 40
                                    

Kampung Sempang

Sebuah kereta Axia berwarna merah berplate MDI047 memberhentikan di hadapan sebuah rumah berkayu-batu. Sawah padi terbentang di sepanjang laluan masuk. Sudah lama dia tidak menelusuri jalan kira-kira sebesar batas itu. Hampir-hampir Tok Imam yang menaiki motor jatuh ke petak bendang. Kasihan Tok Imam baru pulang dari tunaikan solat duha di masjid tiba-tiba mendapat bencana.

Mujurlah Tok Imam itu mengenali orang tuanya. Syafa menawarkan beberapa wang kertas sebagai tanda maaf tetapi ditolak mentah-mentah. Tok Imam bilang beres kalau ayah Syafa. Keluar sahaja dari perut kereta, Syafa menghidu aroma syahdu gulai buatan ibunya. Laju sahaja perutnya berkeroncong. Dedaun pintu kereta ditolak tutup rapat. Syafa menggalas beg dibahu lalu salam dilaungkan.

"Assalamualaikum.. mak,  ayah," laungnya. Lama sudah dia tidak menapak ke kampung halamannya itu. Tak banyak yang berubah. Reban ayam masih ada. Kambing-kambing perliharaan ayahnya juga bertambah. Kebun milik ayahnya dilihat penuh dengan tanaman hijau dan pohon-pohon kelihatan lebat berbuah.

Dalam pada itu, mata Syafa terpandang sebuah pohon mempelam yang  masak ranum. Pohon itu tempat Syafa dan Firash bermain. Disitu mereka selalu jadi mangsa diketik kerengga. Firash jadi mangsa kena menjolok buah.

Syafa tersenyum nipis. Sudah jadi kenangan ya. Sepupu tercintanya itu kini sudah beristeri. Anak lima pula tu. Syafa? Dia selalu fikir kisahnya biar dia sendiri coretkan. Tak perlu bandingkan dengan kehidupan orang lain.

Udara dihirup nyaman. Segar terasa. Selalunya dia hanya menghidu bau ubat-ubatan

"Allahuakhbar..  anak mak dah balik?" Gamat suara Puan Syamsiah memenuhi ruangan udara. Gembira tak terkata melihat anak sulung dari tiga orang anaknya akhirnya pulang. Syafa hanya pulang setahun beberapa kali. Selebihnya ibu dan ayahnya yang banyak melawatnya. Ditambah pula Covid-19 mereka hanya dapat Vc (Video call).

Beg galasnya dicapai ibunya. "Anak mak sihat ke? Pucat je muka.. tidur tak cukup lagi ke?" Wajah Syafa dibelek-belek seraya soalan dilempar bertalu-talu. Syafa bersalaman dengan ibunya.

"Syafa okey mak.. mak macam mana?" Sebelah keningnya terjongket ke atas menyoal.

Puan Syamsiah terus menjawab, "alhamdulillah... rezeki Allah bagi mak kuat lagi."

Syafa pun menadah tangan dan berdoa. "Terima kasih Ya Allah atas kurniakan-Mu yang memberi tubuh badan sihat kepada ibuku. Boleh dengar suara bebelan dia."

Puan Syamsiah menggeleng. "Eh!" Sempat pula Syafa kenakan dia.

Syafa menyambung, "boleh menikmati makanan yang dimasaknya..." Hidung Syafa bergerak-gerak tak sabar mahu menikmati hidangan yang disediakan ibunya.

"Dan yang paling penting... masih ada doa seorang ibu..." Mata Syafa bertemu ibunya. Ada sinar terbit dari pancaran mata itu. Doa ibu tanpa hijab. Syafa bersyukur sangat Allah masih pinjamkan ibunya di dunia.

Sama-sama mereka aminkan doa kemudian.

"Amboi..  sampai bila nak buat drama sketsa kat luar tu?" Teguran dari atas mengejutkan keduanya. Shaza, merupakan anak kedua keluarga itu saling tak tumpah wajahnya dengan Syafa. Wanita itu kini menjadi guru praktikal di sebuah sekolah rendah. Shaza la yang menjaga orang tua mereka menggantikan Syafa dan adik bongsu lelaki merek,a Sharul. Sharul pula sedang menuntut pelajaran di Uitm dalam bidang undang-undang.

"Sibuk sajalah kau. Bagilah aku chance nak bermanja dengan mak," tukas Syafa. Dia kemudian memanjangkan leher melihat ke atas. "Ayah mana Sha? Tak nampak pun," tambahnya.

"Ada... dekat atas tu masih tak sihat. Tengah baca berita kat I-pad," balas Shaza.

Syafa pulang ini pun kerana ayahnya dikhabarkan masuk zon hijau selepas terjatuh dalam bilik air. Mujur tiada kecederaan serius. Puncanya dia pitam akibat penyakit diabetes yang dihidapinya. Kerana tiada kecederaan serius, Tuan Shahir dibenarkan keluar setelah kawalan darah tinggi dan paras  gulanya baik.

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now