7: Takdir

160 17 98
                                    

Syafa menurunkan cermin tingkap kereta untuk kepastian. Benarkah dia? Lelaki yang dinantikannya?

Kedua mata mereka bertaut lama sebelum Aqil melambai-lambai ke arah Syafa untuk menyedarkannya. Syafa tersengih memohon maaf. Sungguh dia tak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Lelaki yang pertama kali dia jumpa di hospital. Kemudian menjadi misteri dengan berikan dia pek makanan selama sebulan. Setelah itu, menghilangkan diri selama setahun dan hari ini tiba-tiba dia ada, berdiri di sini. Takdir apakah ini?

"Kereta awak rosak ke?" soal Aqil cuba memecahkan keheningan.

"Aah ye... saya dari perjalanan balik kampung," balas Syafa.

Aqil mengangguk dalam hampa. Dia teringat kata Firash di restoran tersebut.

Syafa terus keluar berdiri di hadapan Aqil. Terlihat ketara ketinggian mereka. Syafa berada di paras bahu Aqil. Tingginya 154cm manakala Aqil pula 179cm. Syafa terpaksa mendongak jika mahu berbicara dengannya.

"Awak dah cek ke, apa jadi?" Aqil mulai memeriksa keadaan bumper wanita itu.

"Entahlah... tadi dia mati slow-slow then keluar asap." Aqil mengangguk faham mendengar kata Syafa. Setelah memeriksa, Aqil dapati kereta Syafa kekurangan air dalam bateri.

"Oh... awak ada tak botol air?"

Syafa mengangguk tanda ada. Dia segera pergi ke seat belakang dan mengambil air mineral dari kotak. Disebabkan cuaca panas, jadi dia standby air!

Syafa menyerahkan Aqil botol lalu Aqil menyambut perlahan. Aqil menuang air tersebut memandangkan tiada coolant, sementara itu sempat dia menyoal siasat Syafa.

"Macam mana majlis tunang awak?" Mata Aqil masih tetap pada bumper, mengelak bertemu mata Syafa.

"Ha? Majlis tunang saya? Eh, tapi adik saya yang tunang..." Di hujung ayat itu Syafa tuturkan separa berbisik kerana kehairanan. Sharul bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan 10 tahun ini nanti.

Raut wajah Aqil serta merta berubah. Ada kelegaan terbit di jiwanya. Dia segera memasuki perut kereta menghidupkan enjin. Syafa tersenyum saat melihat keretanya berjaya dihidupkan.

Aqil berdiri di hadapan Syafa malu-malu. Firash punya pasal la dia sudah tersalah faham.

"Awak sihat?"

Syafa mengangguk lambat-lambat. Segan sebenarnya, ditambah pula dia tiada pengalaman berkawan dengan lelaki mahupun ada kekasih. Aqil juga begitu.

Seiring itu sayup-sayup kedengaran telinga mereka disapa suara lunak bilal melaungkan azan dari masjid yang tak jauh.

"Terima kasih... dan maaf pasal tadi."

Aqil tertawa halus mendengar kata Syafa. Gelengan diberikan.

"Er... dah lama saya nak tanya...."

Aqil segera mendongakkan kepala mendengar bicara Syafa.

"Pek makanan dan sticky note tu... awak..."

Aqil laju mengangguk. "Ye, saya yang bagi. Maaf kalau awak rasa tak selesa."

Syafa laju menggeleng lalu berkata, "eh, tak... terima kasih sekali lagi! Saya tak balas apa-apa pun."

"Awk dah tolong saya rawat luka dua tahun lepas."

"Ah, ye!" Syafa mengangguk dengan mata terkebil-kebil.

Dikesempatan itu, Syafa memberanikan diri bertanya. "Mana awak pergi, selama setahun?" Syafa tidak memandang mata Aqil saat bertanyakan itu. Dia sudah dapat jawapannya dari Layla yang mengatakan sepupunya itu dan Aqil menyertai misi di luar negara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now