Di suatu sudut Helena hanya memandang pasangan-pasangan yang gembira menari di tengah dewan beramai-ramai. Secawan air di tangan dicicip sedikit.

Kalau ikutkan dia juga mahu ikut menari bersama, tetapi melihat abang-abangnya yang kelihatan agak penat disebabkan waktu yang telah sampai ke larut malam, dia batalkan saja niatnya. Memang kebiasaannya dia akan menari bersama abangnya bergilir-gilir ketika menghadiri majlis keluarga begini. Tak akanlah nak menari dengan suami orang pula.

Leka dia menghayati adegan romantis setiap pasangan, tiba-tiba dia dihampiri seorang jejaka bertopeng separuh wajah.

Berkerut dahi Helena memandang lelaku itu. Ini bukannya masquerade ball, rasanya tak perlu kut nak pakai topeng bagai.

Lelaki itu menundukkan sedikit tubuh tegapnya. Tangan kanan dihulur manakala tangan kiri berada di belakang tubuh.

" Will you be my partner? " Soal lelaki itu. Dia mengangkat kepala memandang gadis di hadapannya. Matanya tepat mencengkam anak mata coklat terang milik Helena.

Jeda.

Helena pegun. Dirinya hanyut di dalam tatapan mata lelaki itu. Rasa macam sesuatu. Tak sempat dia jawab soalan lelaki tadi, tangannya terus digapai dan ditarik ke bahagian tengah dewan. Nasib baik lelaki itu memakai sarung tangan hitam.

Kakinya melangkah secara paksa. Sedar-sedar dirinya sudah berada di tengah kerumunan manusia yang leka menggerakkan tubuh menari mengikut rentak irama alunan lagu.

Sebelah tangan lelaki itu memegang tangan Helena dan sebelah lagi diletakkan di sisi pinggang Helena. Tidak bersentuh walau sedikit.

Helena hanya mendongak memandang anak mata hazel lelaki itu. Tak menyedari sebelah tangannya telah berada di bahu sang jejaka.

Lelaki itu melakar senyum indah.

Kanan dan kiri mereka bergerak bagi mengikut rentak.

Helena buka ulas bibir.

" Do... We know each other? " Helena bertanya. Ya, sejak daripada tadi dia merasa dekat dengan lelaki ini. Bagai dulunya berpisah kini kembali bertemu. Benar-benar sesuatu. Dia sendiri tak rahu mengapa dia tidak menolak apabila diajak menari oleh seseorang yang dia sendiri tidak pasti siapa.

Lelaki itu mengangkat tangan Helena tinggi. Tubuh Helena berpusing. Lelaki itu kembali meletakkan tangan di sisi pinggang Helena.

" What if I say... Yes? " Jawabnya. Bibirnya melorek senyuman manis. Matanya juga tidak henti melirik wajah gadis yang sangat dirinduinya itu.

" But who? "

" I don't know. Try to think about it. Maybe I used to be your good past. Or maybe the worst. " Katanya dengan nada yang cukup lembut.

Helena diam. Waktu beginilah sel-sel otaknya lambat berhubung. Otaknya ligat mengingati siapa lelaki ini. Wajah itu cuba dikecam. Mata itu ditenung lagi. Seketika mulut Helena melopong kecil.

" Amar... "

" Yes it's me, darling. Good to see you again. "






" Weh, Lena mana? " Lelaki itu menyoal kembarnya di sebelah dengan gula-gula dimulutnya. Serata dewan besar itu dia pandang, mencari sosok si adik perempuan.

" I don't know, dude. Just shut up for a minute. " Hafhiz menjawab. Wajahnya dibenam dalam lipatan tangan di atas meja. Dia mengantuk. Dari tadi kepalanya tersengguk-sengguk menahan kantuk. Ditambah lagi dengan mulut Hafiy yang tak henti bercakap. Hafhiz sendiri pening kepala, kembarnya itu tak makan pun bontot ayam, tapi kenapa mulut tu tak penat bercakap?

" Woi abe askar, Lena mana? " Hafiy menyoal Heidi pula. Ini pun nampak macam nak terlelap juga ni.

Heidi hanya memuncungkan bibirnya ke suatu arah. Dia nampak adiknya. Bukannya tak mahu menghalang, tapi dia fikir yang menari bersama adiknya itu adalah Hadif. Sebab Hadif tiada bersama mereka sekarang. Matanya pun sudah kabur-kabur, mengantuk betul.

Hafiy memandang arah yang ditunjuk Heidi. Matanya dipincing halus. " Who the hell is she dancing with? " Katanya perlahan. Kalau cakap kuat-kuat nanti memang kacau sesi dia nak tengok Helena menari dengan stranger.

Wajah abang-abangnya yang sibuk dengan hak sendiri dipandang satu persatu. Nampak macam tak perasan aje. Nice.

Hafiy sandar tubuh pada kerusi. Inilah masanya dia biarkan Helena bersama takdirnya, haha. Kalau tidak sampai bila adiknya harus dikongkong, ye tak? Mungkin lelaki itu jodoh adik perempuannya, mana tahu? Macam dalam drama Cinderella.

Nasib baik Hifzan terpaksa hantar Puan Dairisya dan Tuan Huzhaid pulang dahulu. Kalau Hifzan ada disini memang hancur majlis bila tengok Helena menari dengan stranger.

Kiri kanan depan belakang Hefzy pusing kepala cari kelibat abang keduanya. Lama betul pergi tandas. Baik dia tapau makanan dahulu dengan Xayn.

Habib? Awal-awal lagi sudah pulang, dia tak suka majlis begini. Sangat tidak halal.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now