ep14

23 5 152
                                    

"mayra aku ada bawakkan buah kesukaan kau ni, nak makan? Aku suapkan nak? Ke nak makan nasi? Aku pun bawak sekali ni"

Mayra hanya diam tak menyauti percakapan Izeara yang cuba memujuknya untuk makan, posisinya duduk di atas katil, menyandar sambil matanya memandang kosong ke luar tingkap yang terbuka, yang dia rasakkan adalah sekarang hatinya hancur, sakit apabila kehilangan anaknya.

Melihat diamnya mayra, izeara memandang sedih kearah sahabatnya itu "Mayra.. janganlah macamni, nanti baby kat sana pun sedih, tengok mommynya tak makan dah 3 hari"

Mayra perlahan menolehkan kepalanya memandang izeara yang sedang memegang tangan kanannya yang kena infus itu sambil mengelus dengan lembut "aku tak layak ke bahagia?"

"Aku menunggu kedatangan dia kat perut aku, walaupun bertahun, walaupun kena hina dengan mak mertua sendiri, bila dah hadir, tuhan bagi aku ujian kat aku macamni"air mata mayra mengalir dengan raut wajah yang kosong memandang kearah izeara.

"Aku kena pukul, kena hina, kena tampar, lepastu tak sampai aku nak tengok anak aku membesar kat perut.. dia malah pergi sebab perbuatan--"

"Mayra dah ya.. kau dengan dia dah bercerai, kau dah bebas dah"potong izeara dan bangun dari kerusi, duduk di atas katil mayra dan memeluk sahabatnya itu dengan erat.

Berterima kasihlah kepada aria yang menolong membahagikan surat cerai itu kepada pihak mahkamah, dia mulanya nak menanyai tentang adakah mayra nak bercerai dengan Jay?, Belum sempat dia nak tanya semasa dia bukak file surat cerai tu terlihat tanda tangan mayra sudah ada disitu, bermakna mayra setuju tanpa fikir banyak kali.

Dan mereka pun sudah sah bercerai kerana alasan dan bukti yang kukuh.

Izeara mengusap bahu mayra apabila merasakan badan sahabatnya itu menggeletar kerana menangis dengan kuat "nangislah puas-puas, tapi esok janji jangan nangis lagi ya? Mayra kan kuat kan? Kalau kau sedih aku pun sedih, anak aku dalam perut ni pun sedih"

"Izeara aku hiks mintak maaf tak dengar cakap kau pasal kes tu aku--"

"Shutt, takpe mayra, kau jadi macam tu sebab kau dengarkan sangat dan simpan janji-janji manis jay tu, takpe aku fah--"

"LEPASKAN AKU LAH, BAGI AKU MASUK!!!"

"Maaf tuan, sebaiknya anda pergi sebelum kami melakukan kekerasan kepada anda!"

"KAU INGAT KAU SIAPA NAK HALANG AKU?! KAU TEPI SEBELUM AKU BUNUH KORANG SEMUA!! MAYRA!! SAYANG!! SAYA DATANG NI!! SAYANG!!"

Izeara dan mayra terus mengalihkan pandangan pada pintu apabila dengar kegaduhan diluar sana. Dia mengenali suara itu, dapat isteri Jung jaehyun itu merasakan bahu mayra menggeletar, bukan kerana menangis lagi, kerana takut.

"Tuan tolong bagi kerjasama!!, tuan taeil tak bagi anda dan keluarga anda masuk kerana kesalahan anda dah buat kepada puan mayra!!"

"APA YANG KAU TAK FAHAM BAHASA SANGAT NI?! AKU CAKAP JANGAN HALANG AKU!! AKU NAK PERBAIKI RUMAH TANGGA KAMI, JANGAN MASUK CAMPUR!!"

"Jeno dah bangun sayang?" Tanya izeara apabila melihat anaknya yang sedang tidur di sofa kerana kelelahan baru balik dari sekolah tadi terbangun dari tidurnya.

Mungkin dia terganggu terdengar suara kegaduhan di luar sana.

"Mommy itu suara uncle jay ke?"

"BERANI KAU TUMBUK AKU?!! KAU TAK KENAL AKU NI SIAPA JANGAN SAMPAI AKU BUAT KELUARGA KAU MISKIN!!"

"Tolong bagi kerjasama tuan!! Saya peringatkan sekali lagi!!"

SORRY MYLOVE - (Jay)Där berättelser lever. Upptäck nu