ep9

24 5 61
                                    

Benda pertama yang mayra rasakan apabila tersedar dari pingsannya adalah sakit di tubuh badannya.

Sebelum dia jatuh pingsan Jay sempat menarik badannya supaya terlentang dan menindihnya dan menggigit lehernya dengan kasar disertai pukulan yang lain dia layangkan pada tubuhnya.

Selepas itu dia terus tidak sadarkan diri.

Dia meraba perlahan dirinya, terus menghela nafas lega dia masih memakai baju yang semalam dia kenakan, dia mahu bangun dari tidurnya tapi dia baru tersadar ada sebuah tangan memeluknya dari belakang.

Mayra menoleh dengan perlahan rupanya suaminya yang sedang tidur dengan raut wajah lelah. Dengan perlahan mayra menyingkirkan tangan suaminya dari perutnya dan bangun dengan perlahan, dia meringis tertahan, demi tuhan badannya terasa mati rasa, belum lagi mukanya dia merasakan sakit.

Dia tidak tahu sekarang ni sudah pukul berapa kerana melihat suasana di bilik itu pun masih gelap. Mayra pun mula melangkahkan kakinya dengan tartatih ke bilik mandi, menolak pintu itu dengan perlahan dan menutupnya dengan hati-hati takut menimbulkan bunyi membuatkan suaminya bangun.

Mata mayra terus berkaca apabila melihat dirinya di cermin, dia meraba mukanya dengan air mata yang mengalir di pipi, banyak kesan lebam dan sedikit luka di sudut bibirnya.

Selepas itu dia pun membalikkan tubuh supaya membelakangi cermin dia menarik bajunya sampai ke paras bahu dan menoleh kebelakang, hatinya hancur apabila melihat kesan garis kebiruan di tubuhnya. Dia menggigit bibirnya dengan kuat untuk menahan tangisan.

Tangannya yang menahan bajunya tadi terus terjatuh lemah di sisi tubuhnya membiarkan bajunya menurun menutupi tubuhnya kembali, dia membalikkan tubuhnya kembali menghadap cermin.

Sepanjang hidupnya ini pertama kali dapat perlakuan seperti ini, mendiang  daddy dan mommynya bahkan tidak pernah menaikkan tangan di mukanya apatah lagi di tubuhnya.

Tapi..dia-- jay yang merupakan suaminya orang pertama berani memukulnya sedemikian rupa.

Dia tiba-tiba teringat sesuatu dia meraba perutnya perlahan, dan bernafas lega apabila merasakan pergerakan di dalam perutnya.

"Nak.. terima kasih kerana bertahan ya nak, tetaplah kuat di dalam perut mommy sampai kamu lahir ya sayang"gumamnya sambil tersenyum kecil. Tak lama itu dia menghembuskan nafas dengan kasar.

Dia mulai ragu, dia nak bagitahu kepada suaminya yang dia mengandung tapi rasanya dia perlu pendam dulu keinginan tu kerana sekarang dia dengan jay ada masalah.

Mungkin boleh dikatakan salah faham. Mungkin?

Flashback

"Mayra aku bukan nak reka cerita, aku merupakan kawan jay setiap minggu datang kesana, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri jay ada perempuan lain, perempuan tu merupakan pekerja baru di tempat kerja dia "jelas sunghoon dan memandang muka mayra yang terlihat terkejut.

Sunghoon menghela nafas perlahan dan menyambung kembali "dan lagi satu Jay sebenarnya dah 7 bulan berhubungan dengan perempuan tu, aku minta maaf mayra tak bagitahu pasal benda ni, tapi bukan bermakna aku sokong apa yang Jay buat"

"Kenapa awak tak bagitahu saya pasal benda ni?!" Aria memandang tajam kepada suaminya, demi tuhan!!! selama itu sunghoon sembunyikan dari dia?!, Rasanya aria nak smackdown suaminya kalau dia tidak ingat dia berapa di tempat umum sekarang.

"Apa awak anggap saya selamani takde?! Saya isteri awak tahu!!, Sepupu saya dicurangi oleh suaminya sendiri park sunghoon!!!, Ke awak anggap saya ni tak penting??!" tangan aria terus naik memukul kepala suaminya dengan geram.

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now