ep7

28 5 68
                                    

Sudah 3 bulan May dengan Jay tidak bertegur, boleh dikatakan mereka seperti orang asing, buat hal sendiri.

Ditambah pulak Jay yang dulu tidak suka ada maid, tiba-tiba dia ambil pekerja maid dirumahnya mereka, seakan tidak suka lagi masakkan isterinya.

Mereka pun sekarang tidur bilik berasingan, jay pulak sering tak pulang, katanya ada urusan kerja di luar negeri walaupun itu hari cuti pun dia kata ada pekerjaan.

Mayra taknak curiga tapi dia selalu dapat pertanyaan dari sedara sepupunya yang tinggal di luar negeri  siap foto gambar suaminya dengan perempuan lain pergi bercuti menginap di sebuah rumah berdekatan dengan pantai.

Paling sakitnya foto itu dia sedang berciuman dengan perempuan itu.

mayra pon hanya husnuzon menyedapkan hati saudaranya mengatakan "itu mungkin orang lain" atau "mungkin salah pandang".

Tapi rasa fikiran positif tu hanya sekejap kerana semasa dia nak basuh kemeja suaminya ada kesan lipstick di situ, dan disitulah pergaduhan terjadi lagi sampaikan tiba-tiba jay ambik maid dipekerjakan dirumah mereka.

Sekarang ni mayra tidak tahu mahu membuat apa, dia semenjak ni boleh dikatakan selalu murung, perut dia pon semakin membucit sedikit, dia mulai risau kalau dia ada penyakit apa-apa.

Dia kadang sering pakai baju kebesaran sbb taknak nampak dia gemok dimata suaminya walaupun sekarang suaminya layan dia macam nak taknak.

Mayra sekarang berada diluar lebih tepat dia sekarang berada di restoran mewah, dia tiba-tiba mahu makan daging lembu, selamani kalau dia keluar dengan lelakinya pun dia selalu makan tempat sederhana.

Tapi hey Jay tak tahu mayra tu orang kaya juga, kalau Jay tahu dia makan tempat restoran mahal mesti tak terkata.

Mayra termenung memandang orang lalu lalang, dia selepas makan nanti dia nak buat keputusan nak pergi hospital, dia nak cek keadaan dia takut ada penyakit apa-apa.

Nak fikir dia mengandung tapi dia takde alahan muntah-muntah. Lagipun doktor cakap dia disahkan mandul kan?.

Memikirkan itu mayra bertambah murung..

"Selamat menikmati makanan anda pretty!!"ujar pekerja tua di restoran itu dengan ramah kearah mayra, mayra pon hanya mengganguk mengucapkan terima kasih dan tersenyum lembut.

Mayra pun mula menikmati makanannya dia tersenyum cerah apabila rasa daging lembu yang sudah masuk ke dalam mulutnya terasa sangat sedap. Hatinya senang seketika.

"Mayra?"sapa seseorang membuatkan mayra mendongakkan kepalanya memandang kearah orang yang berdiri di depannya.

"Kau.."

**
"Kalau kau datang sini nak menyebuk hal aku baik kau keluar sunghoon" halau Jay sambil memandang keluar dinding kaca melihat kereta lalu lalang di bawah.

Sahabatnya sunghoon itu menghela nafas perlahan "bukan apa aku tegur kau ni untuk kebaikkan kau juga Jay!, Kau tak kesian ke kat bini kau? Bukan mulut kau sendiri ke cakap kau taknak duakan dia, kau akan sayang dia, tapi apa ni?"

"Aku ada alasan kenapa aku buat macamni!"Jay memandang sunghoon dengan tajam.

"Sebab dia mandul?"tanya sunghoon membuatkan jay membuang mukanya kembali memandang tempat lain.

Sunghoon ketawa sinis "tu bukan alasan, tapi memang keinginan kau sendiri kan? Tak semestinya penuturan doktor yang cakap bini kau mandul tu benar ditambah oh lupa"

Dia mendudukkan kerusi didepan meja kerja kawannya sambil memandang Jay dengan tatapan tajam.

"macam mana mommy kau tahu kalau mayra tu pergi hospital cek rahim dia subur ke tak, siap bawak doktor lagi tu pergi jumpa kau, dia kata mayra mandul?"kalini suara sunghoon kelihatan datar. Jay terus memandang kawannya dengan dahi mengerut

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now