ep1

57 5 32
                                    

Sinar matahari mulai masuk di celah langsir yang tertutup itu membuatkan salah seorang pasangan yang sedang tidur berpelukan itu terbangun.

Dia melepaskan lengan sang suami dengan perlahan yang memeluk pinggangnya, mulai bangun mendudukkan diri, dia mendongak melihat jam dinding sudah pukul 7:15.

Mata dia auto melebar, dengan gegabah dia pon mengoncang badan sang suami.

"Sayang!.. hey bangun!, dah lambat!"dia menepuk pelan pipi sang suami tapi tiada respon, membuat wanita itu--park mayra menghembuskan nafasnya perlahan lahan supaya sabar.

"Sayang!"mayra kalini mengoyangkan lengan sang suami, sang suami mengeliat tapi terus membungkuskan diri dengan selimut membuatkan mayra geram.

"Jay bangunnnn!!!"

"SAKIT SAYANG!!"sang suami-- jay park--..terus bangun dari tidurnya sambil menggosok perutnya yang kena cubitan kasih sayang dari isterinya.

"Tulah taknak bangun sapa suruh! Pergi mandi dulu saya nak buat sarapan, awak dah lambat ni tau!" Mayra mencebikkan bibirnya dan turun dari katil mereka.

Tapi belum sempat kakinya menyentuh lantai, Jay terus menahan pinggang mayra membuatkan isterinya jatuh terduduk di atas peha sang suami.

"IHH LEPAS AWAK DAH LAMBAT TAU!!"

"Who care? Saya boss"dia mencium pipi mayra dan ditambah gigit membuatkan mayra pepagi dah jerit.

"Awak boss kena bagi contoh yang baik untuk pekerja awak! Ihh Jay pukul 8 nanti awak ada meeting tau!!"

"Saya boleh cancel, saya tak kerja lah harini, kita buat anak je seharian" Jay tersenyum gatal memandang mayra.. mayra dengan geram terus mencubit dada suaminya.

"Semalam tak cukup lagi ke?! Eh awak pergi mandi siap-siap pergi kerja sekarang!"mayra menantap Jay dengan tajam. Tapi bagi Jay bukan menakutkan malah nampak comel.

"Mine.. saya--" mayra turun dari peha suaminya dan turun dari katil memandang suaminya dengan nyalang.

"Kalau awak tak pergi kerja jangan harap dapat sentuh saya lagi"ancam mayra membuatkan jay kelang kabut terus berlari masuk bilik mandi.

Mayra hanya menggeleng dan terus keluar dari bilik mereka, turun kebawah nak buat sarapan untuk mereka berdua.

Tak lama masakkan mayra pon siap, dia hanya menghidangkan nasi goreng dengan kopi panas sahaja sambil menunggu suaminya turun nanti.

"Morning sweetheart!" Suaminya berjalan menuju kearah mayra dan mencium bibirnya sekilas membuatkan mayra yang sedang termenung itu tersentak.

"Morning husband"mayra senyum kecil kearah suaminya yang sudah duduk di depannya.

"Sayang are you okay?" Tegur jay apabila melihat mayra makan sambil termenung, membuatkan mayra tersadar dari lamunanya lagi.

"H-ha o-oh Saya okay je, makan cepat nanti dah lambat" jawab mayra dan sambung makan dengan pelan.

"Sayang, kalau ada masalah bagitahu please" jay meraih tangan kiri isterinya dan mengelusnya dengan lembut.

"Ke ni sebab mommy?" Sambung Jay membuatkan mayra memandangnya.

"Eh taklah bukan sebab mo--"

"Jangan tipu saya sayang, can you? Apa mommy cakap kat awak? Dia ada chat awak ke? Call awak?" Tanyanya bertubi tubi membuatkan mayra menggeleng dengan cepat.

"Sayang bukan macam tu, tapi ermm"mayra memandang ragu kearah Jay yang memandangnya dengan dahi berkerut.

"Mommy suruh saya kahwin lagi kan?"jawab Jay membuatkan mayra terdiam.

"Serius mayra kalau awak tengah fikir lebih baik saya kahwin lagi,  awak buang je fikiran tu, jangan dengar cakap mommy"mayra menundukkan kepalanya tak lama dia mendongakkan kepalanya memandang suaminya.

"Jay kita kahwin dah 3 tahun dah, tapi kita-- saya tak mengandung lagi, memang betul cakap mommy mungkin saya mandul, and saya rasa baik awak kahwin je lagi, takpe saya oka--"

Brakk!

Mayra memejamkan matanya erat.

"Kata sapa awak mandul?! Doktor cakap awak okay je, semua tubuh dalaman awak okay! Saya tak suka awak sebut diri awak mandul! BERAPA KALI SAYA CAKAP, SAYA TETAP CINTAKAN AWAK?!"bentaknya membuatkan mayra terus menundukkan kepalanya dalam.

"SEKALI LAGI AKU DENGAR KAU SURUH AKU KAHWIN LAGI, SUMPAH MAYRA TENGOKLAH AKU HUKUM KAU MACAM MANA!"

Setelah itu Jay terus pergi dari meja makan diorang meninggalkan mayra mulai menangis.

Kalau sang suami dah keluarkan kau aku tu dia dah terlampau marah, mayra merasa menyesal membuat kegaduhan di meja makan. Dia menantap nasi goreng sang suami yang masih penuh itu, dia menghela nafas pelan dan terus mengemas meja makan, dia terus tak ada selera nak sambung makan.

Selepas sudah selesai dengan kegiatan dapur, dia pon terus naik membersihkan diri, ditengah kegiatan mandinya, dia berfikir nak membujuk suaminya balik nanti.

Setelah selesai mandi dan berpakaian, dia pon turun ke bawah, belum sempat dia nak mendudukkan dirinya di sofa, dia dikejutkan pintu utama dibukak dengan kasar oleh seorang wanita tua, mayra mengigit bibirnya perlahan, apabila orang itu--ibu mertuanya..memandang sinis kearahnya.

"Mommy..."

Utamakan vote & komen

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now