ep12

28 5 87
                                    

Heeseung berjalan santai memasuki area tempat kerja kawannya sambil di tangannya membawa bunga maroon, dia mahu berlatih memikat bidadari dia jumpa dihospital haritu.

Mana tahu jay nanti akan bantu dia lebih sikit cara nak memikat gadis yang tergiang di kepalanya beberapa hari ini, dia pun sudah tahu nama gadis tersebut, itu pun dia sanggup scroll komen-komen di ig sang pujaan hatinya.

Anggaplah dia stalker, takpe dia dengan senang hati menerimanya.

Kaki heeseung melangkah keluar dari left, dahi dia mula berkerut apabila mendengar kegaduhan di bilik kawannya, dan ditambah pelik lagi pekerja-pekerja yang berada diluar bilik jay berbisik-bisik dan mengintip kejadian yang berlaku kat bilik sang kawannya.

Kaki heeseung mula perlahan mendekat menuju ruangan kerja jay.

"Apa yang sebenarnya jadi ni, kenapa ke--"

"AKU TENGAH MENGANDUNG ANAK KAU PARK JONGSEONG!!!!"

Deg!!

Langkah kaki heeseung terus terhenti tepat di depan pintu ruangan kerja kawannya yang terbuka, dia terus membeku apabila gadis yang dia rasakkan cinta pandangan pertama, gadis yang tergiang di kepalanya, gadis yang membuatkan jantungnya tak henti berdetak apabila mengingatkan betapa cantiknya tatapan matanya memandang kearahnya, berada di sini, di depan matanya.

Dalam fikiran heeseung dia sedang buat apa disini?

Dan apa tadi katanya dia mengandung anak j--

"Kau cakap macam ni sebenarnya kau taknak aku ceraikan kau kan?"

"Cerai?"gumam heeseung perlahan dan mata dia terus membulat apabila gadis yang dia sukai itu wajahnya penuh dengan lebam dan luka.

Siapa yang biadap buat bidadarinya seperti tu?!!

Tangan heeseung perlahan mengepal erat, dia mengamati pemandangan berada di depannya ni, dia rasa ada yang tidak kena di sini.

"Kesiannya kau ni, dah mandul tu mandullah, oh kalau pun kau betul-betul mengandung tu mesti bukan anak aku, kau jual badan kau kan sampai mengandungkan anak har--"

Plak!!

"JAGA MULUT KAU!!!"

"Kau nak tuduh aku?! How about perempuan ni yang betul-betul mengandungkan anak hara-- ARGHHH"

Brakk!!

"MAYRA!!!" Heeseung terus berlari masuk kedalam meraih tubuh gadis itu kedekapannya.

Mata dia membulat apabila melihat darah mengalir di kaki sang pujaan hatinya, dia menepuk pipi mayra yang memandang sayu kearahnya sebelum jatuh pingsan.

"M-MAYRA?! MAYRA!!!! BANGUN!! MAYRA!!"

"APA KAU DAH BUAT KAT ISTERI KAU PARK JONGSEONG!!!!"bentak heeseung memandang tajam kearah sahabatnya.

***

"Sayang sabar sayang heyy!!!"

"Diam park sunghoon jangan halang saya, kalau mayra tu tak percaya yang suami tak gunanya tu curang, biar saya sendiri datang kat tempat kerja lakinya ni, saya akan buktikan!!"

Sunghoon menghela nafas kasar apabila sudah memasuki lift dia memandang  isterinya yang sedang marah sekarang kerana dia melihat suaminya mayra itu sedang berdating tadi ditaman dengan seorang perempuan, dan terkejutnya mak mertua mayra pun ada disitu.

Tapi belum sempat dia nak pergi ke sana dia sudah diheret oleh suaminya.

Terus dia mengamok pada suaminya dan suruh membawanya ke tempat kerja jay, walaupun ada kegaduhan sikit, tapi adannya ancaman dari isterinya terus membuatkan suami aria itu terdiam kaku dan memilih menuruti.

SORRY MYLOVE - (Jay)Where stories live. Discover now