"Alhamdulillah, Qmar aku bersyukur sebab Allah hadirkan aku pasangan yang tak pernah pandang rendah pada aku. Inilah penyokong aku dari awal sampailah semuanya berakhir. Tak ada dia, aku tak tahu apa yang jadi pada aku sekarang," Malik jongket bahu santai sambil memeluk pinggang Layla dari sisi. Layla mampu senyum sahaja bila dirinya dipuji.

"Alhamdulillah, rezeki lah namanya. Semoga yang baik-baik ni berkekalan sampai akhir hayat. Doakan aku juga, aku pun tak sangka dari crush dah ada tiga orang anak sekarang," akhir bicara Aqmar ada tawa senang. Segan!

"Inshaallah, aamin. Aqira tu sekejap je dah darjah satu. Kakak-kakak sangat dah dia," Cakap orang, Malik pun rasa macam baru lagi iqamatkan Malika dan sekarang puterinya itu dah 4 tahun, dah becok dah boleh berperang mulut dengan dia.

"Haah, kau? Takkan dua aje? Leis dah cerdik dah tu kau pun muda lagi. Tambah lagi sorang lepastu bersara lah," usik Aqmar dan Aralyn menyenggol pinggang suaminya. Pandai sangat suami dia tu. Time Aralyn minta anak bukan main trauma lah apa lah.

"Taknak dah Qmar, cukuplah saya tutup kilang dulu. Dua orang tu macam nak semput kalau kepung. Leis tu pula baru dapat akal. Ah pening!" Layla geleng kepala gaya bergurau.

Terus semua bantai ketawa. Serik sangat gayanya tu. Selalunya yang serik awal ni yang mendahului nanti. Aralyn angguk setuju. Dia dulu masa Aqira dan Aqisha pun rasa lelah juga sebab dua beradik itu rapat sikit jarak usianya. Dia rasa apa yang Layla rasa sekarang.

"Yang kakak kerjanya serang anak orang dekat sekolah. Sabar ajelah," Malik menambah dengan gelengan kepala. Syed Aqmar ketawa lucu. Beginilah bila dah jadi ibu bapa. Dunia mereka hanya dengan keluarga dan anak-anak.

"Ayah...tsk! Hiks..."

Semua terarah pada Malika yang datang dengan wajah yang basah dengan air mata. Malika datang peluk Malik. Layla mengintai dari sisi.

"Ya kakak, kenapa ni?" Tanya Malik pelik.

Tadi suara anak dia lah terpaling menonjol, tahu-tahu datang menangis pula.

"Aunty, nah Leis. Dia taknak duduk dah dengan Fisha," Nafisha datang menyua semula Leis yang menendang-nendang tidak mahu lagi bersosial.

"Okay, thankyou kakak Fisha jagakan Leis," ucap Layla lembut dan Nafisha angguk sebelum sambung berseronok dengan geng sebaya dia.

"Ayah, Asytar cakap kakak bukan anak ayah. Mata kakak tak sama dengan ayah tapi adik mata ikut ayah. Ayah, kakak anak ayah!" Teriak Malika semakin menjadi-jadi. Seperti tidak sanggup menerima hakikat jika dia bukan anak Malik.

"Lah, kakak anak ayah lah. Mata kakak saja lain sikit sebab ikut ibu. Yang lain semua kakak ikut ayah. Dah jangan nangis-nangis. Nama penuh kakak apa?"

"Sharifah Malika Al-Hamra Binti Syed Malik Eidrus," dalam sendu Malika sebut nama penuhnya.

"Hah, see? Belakang ada nama ayah kan?" Malika angguk. Mula reda dan okay sedikit.

Layla pula duk hantar isyarat pada Aqmar dan Aralyn tentang anak sulung mereka yang agak cemburu sedikit dengan adiknya.

Aqmar dan Aralyn angguk faham dan tahan lucu melihat mulut becok Malika sedang berbual dengan ayahnya.

"Tapi kenapa adik mata sama dengan ayah? Kakak nak mata sama dengan ayah juga! Mata ayah cantik," Layla jengulkan kepala dan menjegil mata.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now