LAYLA : END

2K 174 14
                                    











          SHARIFAH Malika Al-Hamra dilaporkan telah menggigit rakan sekelasnya. Malik dan Layla terpaksa pergi ke sekolah persendirian anak mereka itu untuk bersoal jawab dengan guru dan juga waris kepada budak yang menjadi mangsa gigitan Malika.

"Maaf encik, puan atas perbuatan anak dara saya ni," ujar Layla.

Malik pandang Malika tajam. Dengan hantaran isyarat mata sahaja, Malika diam menekur lantai. Tak pasal-pasal berbekas telinga anak orang.

"Tak apa, Zayn ni tak biasa berkawan ramai macam dekat sekolah. Biasalah tak ada adik lagi itu yang manja sikit tu," Zetira menjawab bagi pihak anak lelakinya.

"Zayn, aunty minta maaf tau sebab Malika gigit Zayn. Mana telinga yang Malika gigit tu, sakit?" Layla belek telinga yang masih belum hilang kesan merahnya. Bertakuk kesan gigi Malika di situ. Sudahlah Zayn berkulit cerah. Anak oh anak...

Malik bersalaman dengan Shaqir dan meminta maaf juga. Aduhai anak, anda memang melatih ibu dan ayahmu menjadi insan yang penyabar lah.

Dekat rumah, Malika duduk diam dan menayang wajah meminta simpati dari ibu dan ayah supaya tidak dimarahi.

"Kenapa gigit orang? Tahu tak kalau luka, kakak boleh kena tangkap polis?" Gertak Malik dan Malika geleng dengn pipi yang kemerahan dalam cubaan menahan tangis.

"Kakak...kakak geram dengan Zayn sebab Zayn mayu-mayu. Kakak taknak dia diam, kakak gigit lah tinga dia sebab tak dengar kakak panggil. Bukan kuat pun kakak gigit, telinga Zayn yang wosak," Malika memberi keterangan dan Layla diam tidak mahu masuk campur hal soal siasat ayah dan anak perempuannya itu.

"Kalau dia diam, ajak lah dia borak. Tak payah attack orang. Kakak ni,"

"Tak boleh ayah, Zayn taknak cakap dengan kakak. Ayah, kakak taknak kena tangkap poyish. Kakak tatut..." rayu Malika yang percaya dengan apa yang Malik beritahu tadi.

"Hah tak apa, kejap lagi ayah cakap dengan polis jangan tangkap anak ayah. Tapi janji, jangan buat orang lagi tau. Berkawan elok-elok dekat sekolah tu," pesan Malik dan Malika angguk laju. Selamat, ayah dia boleh berbincang dengan polis.

Malik jeling Layla di sebelahnya. Ambik, muka ikut ayah tapi perangai seratus peratus terserap dari ibunya. Layla versi satu isterinya dan versi dua adalah anaknya. Memang tidak disangkal lagi.

"Ibu gigit ayah tak kena tangkap poyish pun," Malika mula mempertikaikan hal Layla yang sering menggigit Malik kalau bergurau. Masing-masing terdiam.

"Ibu tak apa, sebab ayah ibu punya. Kakak tak boleh la sebab Zayn bukan kakak yang punya. Kakak kecil lagi kan? Baru 4 tahun," Layla membela diri.

"Oh, kakak kena jadi besar macam ibu dengan ayah dulu la baru boleh gigit-gigit?" Tanya si anak dan Malik terlongo. Layla pula tepuk dahi.

"Ya, sekarang kakak kecil lagi. Nanti dah besar macam ibu ayah, dah kahwin baru kakak akan faham. Ingat jangat buat orang tau, berkawan elok-elok dengan kawan dekat sekolah tu," pesan Layla pula.

"Okay ibu, ayah" Malika buat muka comel agar segera bebas dari sebarang hukuman. Dia tahu, kalau ayah yang denda pasti Malika dipaksa makan sayur dengan ikan goreng. Malika tak suka sayur dan ikan. Ayam goreng nak lah!

"Pergi naik mandi, dah bau peluh dah. Petang kejap lagi mari mengaji dengan ayah. Jangan nak tidur pula," arah Malik tegas.

"Tapi, kakak ada school work lah ayah," Malika mencari akal nak mengelat. Ini pun turun perangai Ivy Layla juga ni.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now