LAYLA 8

1.2K 149 1
                                    











SELEPAS dari sesi luahan kisah pahit masing-masing tempoh hari, tidak sangka ianya menambahkan lagi keakraban pasangan suami isteri itu. Ivy Layla yang semakin melekat seperti siput dan Malik pula menjadi batang pokok yang membiarkan sahaja dirinya dijalar Layla.

Malik sendiri, sudah banyak perubahan. Semakin banyak patah perkataan yang dikeluarkan dari mulut dan semakin banyak riaksi yang dipaparkan. Cuma pada waktu malam sahaja Malik akan menjadi serius orangnya. Tidak tahu kenapa.

"Baby, tengok ni dia masak ayam masak kicap. Teringin lah ayam kicap baby buat tu. Sedap," Layla sua telefonnya untuk Malik lihat.

Malik bukan tengok orang memasak, tapi Malik lihat jam. Inilah perempuan, kalau subuh dia tengok video memasak, boleh jadi subuh itu juga dia teringin nak makan macam-macam.

"Dah pukul 1:30 pagi Layla sayang,"

Kemanjaan Layla terus berkurangan. Dia muncungkan mulut dan berpaling sambil silangkan tangan ke dada. Tubuh Malik pun tidak sudi dipeluk lagi dah.

"Saya majuk! Taknaklah..."

Malik garu kening yang tidak gatal. Majuk-majuk pun tetap comel. Dan itulah yang Malik kena hadap sekarang. Layla buat akal baru pula dengan merajuk jika permintaannya tidak dipenuhi.

Boleh dibayang kalau mereka sudah mempunyai anak nanti. Pasti Malik kena menguruskan dua orang Layla dalam satu masa. Kalau ikut genetik Malik selamat lah sikit sebab Malik behave orangnya.

Malik bangun dan Layla habiskan rajuknya serta-merta. Dia pandang Malik yang sudah mahu keluar bilik.

"Baby nak pergi mana tu?" Tanya Layla dan Malik senyum saja.

"Masak,"

"Tapi tak payahlah, nanti nak keluarkan ayam nak nyahbeku lagi, lambat. Esok jelah baby masakkan. Sorry susahkan baby," Layla rasa bersalah dengan Malik sekarang.

Kemahuannya kadangkala tidak menentu. Layla pun sangsi dengan dirinya sekarang. Malik pun, tak boleh ke buat garang-garang sikit dengan dia? Ini tidak, Layla dah manja, Malik pula semakin memanjakan.

"Betul ni? Nak majuk lagi tak?" Tanya Malik masih ragu.

"Betul! Sini, nak peluk nak gigit" Layla menggamit comel dan Malik pun kembali mendapatkan si isteri.

"Layla, you are getting clingy and cheekier now," tegur Malik dan Layla terus peluk suaminya erat. Malik ketawa perlahan.

"Esok jom balik rumah ibu. Nak makan soto ibu buat," ajak Layla.

"Okay," jawab Malik yang mula pejamkan mata sambil mendodoi 'baby besar' yang masih belum dipujuk tidurr itu.













         PUAN Sri Aaliyah seronok melihat anak menantunya itu menjamu selera. Walaupun sebelum ini Malik tak reti pun nak makan soto, tapi sekarang bukan main berselera lagi Malik makan. Layla lagilah, memang betul-betul membaham.

"Nanti kalau anak-anak ibu nak makan apa-apa yang ibu masak, bagitahu lah ibu. Datang sini, ibu buatkan," beritahu Puan Sri Aaliyah.

Layla senyum malu dan tetap mengangguk. Sedap gila air tangan ibu mertuanya itu. Masak telur goreng pun sedap.

"Baby, sedap kan ibu masak? Dah reti makan pedas-pedas sikit dah," Layla lihat Malik ambil sambal kicap sedikit dimasukkan ke dalam mangkuk.

Ivy Layla  [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt